Masih Makan Walau Pun Telah Masuk Waktu Imsak, Puasa Sah Atau Batal?

Share

Seringkali terjadi kemusykilan tentang waktu imsak sama ada boleh makan lagi atau tidak. Ini penjelasannya.

Soalan: Jika saya masih makan ketika waktu imsak telah tiba, adakah puasa saya batal?

Jawapan:

Waktu mula berpuasa ialah apabila terbitnya fajar sodiq (yakni masuknya waktu solat subuh). Di dalam     al-Quran, Allah membenarkan kita untuk makan hinggalah terbitnya fajar (sodiq). Setelah itu barulah disuruh memulakan puasa.

Firman Allah (bermaksud); “dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (sodiq). Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (datang) malam (iaitu terbenam matahari)…” (surah al-Baqarah, ayat 187).

Adapun waktu imsak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama (biasanya 10 minit sebelum masuk waktu subuh) hanyalah tanbih (peringatan) sahaja, iaitu untuk memperingatkan orang yang hendak berpuasa bahawa waktu untuk mula berpuasa sudah amat hampir. Maka orang yang masih menikmati makanan ketika waktu imsak itu tidaklah terbatal puasanya asalkan ia berhenti makan sebelum masuk waktu solat subuh.

Sumber: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

 

IKLAN