Akibat wabak penularan Covid-19, minggu lalu kerajaan Arab Saudi telah melarang jemaah untuk mengerjakan umrah buat masa ini.

Malah dalam beberapa gambar tersebar di alam maya menyaksikan Mekah kelihatan kosong tanpa kehadiran ribuan jemaah melakukan umrah sebelum ini.

Keadaan di Mekah sebelum wabak Covid-19.

Situasi ini menyebabkan rasa sayu di hati warga net yang tidak pernah meihat keadaan ini berlaku seperti ini. Pelbagai andaian bermain difikiran dan ternyata semua yang berlaku ini adalah dengan kekuasaan Allah.

Malah ramai juga yang telah menempah perjalanan umrah ke sana terpaksa ditangguhkah atas faktor ini.

Buat masa ini Arab Saudi sedang melakukan pembersihan dan hanya dibenarkan tukang bersih yang boleh memasuki lawatan berhampiran Kaabah.

Pembesrihan sedang dilakukan.

Namun dikatakan semalam Arab Saudi membuka semula kawasan sekitar Kaabah di Masjidil Haram, menarik balik salah satu langkah dalam memerangi wabak Covid-19.

IKLAN

Pihak berkuasa Arab minggu ini menggantung ibadah umrah dan mengumumkan penutupan sementara kawasan sekitar kiblat umat Islam itu.

Namun Raja Salman “membenarkan pembukaan Mataf (jambatan sementara mengelilingi Kaabah) untuk jemaah bukan umrah” bermula pada Sabtu pada waktu subuh, kata Saudi Press Agency (SPA).

Ratusan umat Islam dilihat mengelilingi Kaabah, namun kawasan antara Bukit Safa dan Marwah di mana jemaah haji melakukan sa’i tetap ditutup.

Penghalang digunakan untuk menyekat akses ke Kaabah, sementara lelaki dalam seragam hijau membersihkan lantai jubin di depannya.

IKLAN
Membenarkan pembukaan Mataf (jambatan sementara) untuk mengelilngi Kaabah.

Pihak berkuasa mengosongkan Masjidil Haram itu untuk pensterilan pada Khamis.

Penggantungan umrah yang belum pernah berlaku sebelum ini menimbulkan ketidakpastian mengenai ibadah haji tahunan, yang dijadualkan pada akhir Julai.

Pihak berkuasa berkata solat akan dibenarkan di Masjid Nabi di Madinah dan di Masjidil Haram di Mekah sementara umrah digantung melainkan ketika proses pemsterilan dan pembersihan pada waktu malam.

IKLAN

Dalam satu posting oleh Pencetus Ummah Amin, beliau turut memohon agar kita terus berdoa supaya Allah dapat segera memusnahkan makhluk bernama Covid-19 ini.

Beiiau turut menyeru supaya kita umat Islan agar banyakkan berpuasa, jangan tinggal solat, banyakkan berdoa, tinggalkan maksiat dan juga kembali menutup aurat.

Ternyata nasihatnya ini wajar kita ambil peduli kerana masalah ini bukan masalah membabitkan satu negara tetapi satu dunia terkesan dengan penularan wabak merbahaya ini.


Semoga Allah segera memusnahkan makhluk bernama Covid 19 . Pada semua ummat islam , banyakkan berpuasa , jangan tinggal solat . Banyakkan berdoa . Segera tinggalkan maksiat . Kembali menutup aurat . Allah memberi nasihat agar kita terus ingat dan ingat . Semoga Kaabah yang mulia akan terus disucikan . Supaya tanah haram ini segera dapat dikunjungi oleh seluruh manusia . Para Malaikat tidak henti melakukan tawaf di langit . Semoga Allah memelihara ummat manusia dari virus yang jahat ini . Ya Allah pada Mu kami berserah .