Innalillahiwainnailaihirajiun. Ibu kandung Ustad Abdul Somad telah kembali ke Rahmatullah. Perginya Hajah Rohana dalam keadaan yang cukup indah. Dalam keadaan berpuasa, dalam keadaan berwuduk dan ketika sedang menunggu masuknya waktu subuh. Allahuakbar, indah sungguh cara pemergian ibu Ustaz Abdul Somad.
Seperti biasa, setelah tahajjud dan witir, Mak membaca Qur’an dan zikir yang biasa beliau baca, setelah itu makan sahur.
Ads
Selesai santap sahur, Mak masih menonton video taushiyah UAS di Youtube. Kemudian Mak mandi, terasa sakit kepala.
Beliau terus wudhu’ persiapan sholat Shubuh. Lalu pingsan, dibawa ke Rumah Sakit, menghembuskan nafas terakhir.
Ads
Persis seperti ucapan Mak selama ini, “Aku kalau bisa, mati jangan pakai sakit lamo-lamo. Kalau bisa mandi dulu, jadi jasad awak bersih. Mandi, ambik aye sembayang, poneng, mati”.
Jenazah akan dimakamkan di Kampung Silau Laut, Kabupaten Asahan, Provinsi Sumatera Utara.
Ads
71 tahun Allah berikan usia pada Mak. Terimakasih tak terhingga kepada seluruh masyarakat yang telah mendoakan Mak, mohon dimaafkan segala khilaf dan salah Mak kami Hajjah Rohana binti Nuruddin.
Siapa yang tidak kenal Ayana Jihye Moon. Gadis ini adalah satu-satunya yang beragama Islam di dalam keluarganya. Ayana tetap dengan pendiriannya untuk memeluk Islam dan mengenakan tudung. Di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam daripada 50 juta penduduk.
Ayana memeluk agama Islam pada 2012. Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Baru-baru ini melalui laman Instagramnya, Ayana berkongsi berita gembira. Ia bermaksud Ayana memiliki dua orang ahli keluarganya yang memeluk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas, adik lelakinya pula memeluk Islam.
Hal tersebut dikongsikan Ayana menerusi Instagram peribadinya pada hari Isnin (11/3/2019).
Tulisnya: “Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar?
Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga. Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu penanda aras yang menandakan anda dan pasangan berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.
Imbau dan rasai kembali kasih sayang yang menyatukan perasaan anda dan pasangan selama hidup bersama. Anda dan pasangan juga dapat mengenal pasti apa yang menjadi kekuatan dan kelemahan dalam ikatan perkahwinan anda dan pasangan agar kelemahan yang ada mampu diperbetulkan. Melakukan refleksi bersama dengan pasangan akan menyedarkan anda seberapa jauh hubungan perkahwinan ini bermula.
Usia perkahwinan yang masuk tahun ke 5, 10 bahkan 20 tahun bukanlah alasan pudarnya api cinta dalam perkahwinan. Justeru pada momen ulang tahun perkahwinan, anda dan pasangan bolehlah merencanakan makan malam romantik mahupun percutian bersama.
Rencanakan aktiviti atau liburan yang sesuai dengan keinginan anda dan pasangan untuk mengisi agenda ulang tahun perkahwinan. Ini sangat bermanfaat untuk ‘menggebukan’ kembali perasaan cinta antara anda dan pasangan.
Penting untuk melakukan refleksi sejenak untuk menyedari betapa berharganya hubungan perkahwinan anda. Ambil juga sedikit masa untuk merangka masa hadapan dan impian anda bersama pasangan untuk masa depan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bila anak-anak demam tentunya ibu-ibu jadi susah. Kerisauan menjadi bertambah-tambah bila si anak jenis susah hendak makan ubat. Mana mungkin tidur malam si ibu menjadi lena gara-gara memikirkan keadaan kesihatan anak yang sedang sakit.
Ini ada cara untuk menurunkan suhu badan anak-anak kita yang tinggi. Ikuti perkongsian bermanfaat daripada Cik Puan Ammy
Jumaat lalu, Mahsuri demam. Panas badannya. Setelah mendapat rawatan dan doktor mengesahkan ianya hanya demam biasa, saya lega. Seperti biasa Mahsuri telah dibekalkan dengan pelbagai ubat-ubatan seperti ubat batuk dan demam tetapi dia amat ‘culas’ nak makan ubat.
Mengikut sukatan yang diberikan saya yakin hanya ‘suku’ sahaja berjaya masuk ke perut. Demamnya ‘on’ ‘off’, adakalanya suhu badannya ‘normal’ dan adakalanya suhu badannya naik mendadak. Makan dan minum lansung tidak disentuhnya, hanya susu semata-mata. Pilu sungguh hati saya bila tiap kali Mahsuri merengek…
“Awww mama akit yot ma…”
Bila tidak mahu makan, perut dah masuk angin… Menyusu jer seharian…
“Awww mama… Ebas aki maaa…”
“Awww mama… Ejuk maaa… Xnk andi maaa…”
Kadang kala kakinya kebas kerana hanya baring saja sebab tiada tenaga nak berjalan atau duduk.
GALI PETUA LAMA
Bila hati dah runsing… Mula lah otak saya bekerja keras ‘menggali’ petua lama arwah nenek. Teringat pada satu cara iaitu air ramasan bunga raya buat mandian untuk orang demam… Dulu masa saya kecil, tiap kali demam memang payah nak ke klinik dan ‘culas’ nak makan ubat.
Ramas daun bunga raya hingga keluar lendirnya… Begitu juga dengan limau nipis, ramas-ramas sehingga keluar airnya. Letak dalam ‘besen’ besar bersama air bersuhu biasa maka berendam lah saya didalamnya.
Alhamdulillah demam saya tak panjang… Jadi, bila sahaja saya dapat beberapa tangkai daun bunga raya yang dipetik ditepi-tepi jalan semasa dalam perjalanan nak pergi berniaga, kebetulan pula ada baki beberapa biji lemon di dalam peti, saya terus jalankan ‘misi’. Menjerit-jerit Mahsuri kerana mandi di malam-malam hari walaupun menggunakan air suam…
MANDI DUA MALAM BERTURUT-TURUT
Dua malam berturut-turut saya mandikan Mahsuri walaupun dia menjerit kesejukkan… Nak jadi mak-mak hati kena kental… Puas hati saya bila dapati hasilnya, suhu badan Mahsuri kembali normal dan alhamdulillah dalam 24 jam suhu badannya tetap normal dan Mahsuri kembali aktif. Makan dan minum seperti biasa.
Arwah nenek kata pokok bunga raya ni sebenarnya banyak khasiatnya terutamanya dari sejenis bunga raya putih. Daun bunga raya putih boleh menurunkan suhu badan. Ada juga yang menggunakannya sebagai melebatkan rambut dan menghilangkan gatal-gatal dan kurap di badan.
Banyak petua yang arwah nenek kongsikan cuma nak kena ‘cari gali’ lagi lah memandangkan faktor usia dah meningkat… Itu untungnya bila membesar di depan mata nenek… Macam- macam petua yang nenek ada. In sha Allah ada kelapangan nanti saya akan kongsi bersama ya…
Rezeki Mahsuri, bila sihat jer dapat hadiah, babanya belikan basikal baru. Semoga murah rezki awak En Suami kerana selalu bermurah hati dengan saya dan anak-anak… Amin…