Siapa yang tidak kenal Ayana Jihye Moon. Gadis ini adalah satu-satunya yang beragama Islam di dalam keluarganya. Ayana tetap dengan pendiriannya untuk memeluk Islam dan mengenakan tudung. Di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam daripada 50 juta penduduk.
Ayana memeluk agama Islam pada 2012. Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Baru-baru ini melalui laman Instagramnya, Ayana berkongsi berita gembira. Ia bermaksud Ayana memiliki dua orang ahli keluarganya yang memeluk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas, adik lelakinya pula memeluk Islam.
Hal tersebut dikongsikan Ayana menerusi Instagram peribadinya pada hari Isnin (11/3/2019).
Ads
Tulisnya: “Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar?
Siapa sangka dalam masa 15 jam sahaja, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar berjaya menamatkan Kejohanan Ironman 2019 yang disertainya di Langkawi semalam.
Dia berjaya menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.
Dalam postingnya di Instagram, Alif Satar memberitahu perasaan yang dialami sangat menakjubkan. Berterima kasih kepada yang datang beri sokongan, namun turut mohon maaf jika sorakan mereka tidak dibalas.
Ramai mengucapkan tahniah atas kejayaan peribadi Alif Satar. Dalam pada itu juga ada kalangan netizen turut bertanyakan perihal solat memandangkan pertandingan tu mengambil masa yang lama dan panjang.
Netizen bertanya jika sudah mengharungi detik selama 15 jam, bagaimana dengan solat. Adakah ada berhenti di mana-mana untuk tunaikan suruhan yang wajib ini.
delisya.stokis maaf tanya.. kalau dah lenjan 15 hours camtu, solat semua kat mana ye? dorg ada stop solat ke? maaf bertanya
Namun Alif Satar tidak melatah, sebaliknya menjawab pertanyaan netizen berkenaan. Menurut pelakon berusia 29 tahun ini ada disediakan ruang solat di persinggahan kedua antara untuk acara berbasikal dengan berlari.
Malah menurut Alif lagi, ada sukarelawan yang akan tolong ambilkan wuduk dan pengangkan botol untuk kesenangan peserta sendiri. Malah penganjur turut menyediakan ruang khas untuk atlit yang beragama Islam.
@delisya.stokis ada ruang solat di transition 2 (bike to run). bila amik wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol.. organiser ironman sediakan ruang khas utk muslim athletes.
Ternyata sikap yang ditunjukkan oleh Alif ini sangat bagus dan berinsprasi, walaupun sibuk beraktiviti namun tidak melupakan kewajipan untuk tunaikan solat.
Rata-rata warganet memuji sikap Alif yang tidak lupakan kewajipan yang satu ini dan menganggap dirinya adalah Ironman sebenar.
sindora82 @alifsatar congratulations bro, Islam should make you be more free to do whatever you want in a proper way. Inspired bro,
nekbayan_kb94 @alifsatar terbaik , alhamdulillah tak jadi juara pun takpa , yg wajib tak tinggal yg turnment pun awak pulun, awak dah menang alif dlm erti kata sebenarnya
nur_fateema31 @alifsatar nunggu Jawaban ni.. Dari kemaren mau nanya.. Tapi ga jadi Karena udah miikir sendiri, gak mungkin ga fasilitas sholatnya ya kan.. Terbaik Lah
KASHOORGA: Islam itu sebenarnya cukup indah, mudah dan tidak menyusahkan. Kewajipan solat itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa sebaran alasan kerana ia adalah suruhan yang wajib.
Melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jika mahu mendidik anak-anak, didiklah ketika masih kecil lagi. Cara didikan ibu bapa berlainan. Setiap ibu bapa punya cara tersendiri untuk mendidik anak-anak. Bagi Ameera Zaini atau pemilik nama sebenar, Nor Ameera Zaini cara dia mendidik anaknya dilakukan secara bersahaja.
Putera sulungnya, Mateen tidak terlalu didedahkan dengan gajet. Hal ini kerana Ameera lebih gemar anaknya itu menikmati zaman kecil secara natural. Walaupun Mateen masih berusia 18 bulan, Ameera telah mula mengajar Mateen untuk membaca surah-surah pendek.
Tidak terlalu ‘memaksa’ Mateen untuk belajar namun Ameera mengambil pendekatan mendidik secara santai. Lihat sahaja cara Ameera mengajar Mateen membaca surah lazim, dalam Mateen bermain-main, sempat juga Ameera mengajar Mateen. Walau pun Mateen membaca hujung-hujung surah namun ia satu perkembangan yang membanggakan bila dalam usia 18 bulan, Mateen sudah boleh mengingati bait-bait ayat lazim.
Kurang mendedahkan Mateen dengan gajet, Ameera lebih banyak menggalakkan Mateen bereksperimen dengan aktiviti mewarna.
Ramai yang memuji cara Ameera mendidik Mateen termasuklah Fara Hanim Razak yang mempunyai anak kembar.
TIP UNTUK MENGAJAR ANAK KECIL MENGINGATI SURAH LAZIM:
1.Bacakan setiap hari kepada anak-anak. Otak anak-anak kecil adalah seperti span yang mudah menyerap. Ulang dan ulang setiap hari. Dengan cara ini anak-anak akan mudah mengingati.
2.Jangan paksa jika anak tidak mahu. Ajar bila mood anak berada dalam keadaan baik.
3.Berikan penghargaan kepada anak-anak apabila mereka berjaya mengingat sesuatu ayat misalnya. Dengan cara ini anak-anak akan rasa lebih seronok untuk belajar.
Sumber: Instagram Ameera Zaini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pendakwah bebas yang juga pelakon, Riz Ismail kini bangkit dengan semangat baru. Apa yang berlaku baru-baru ini cukup mematangkan dirinya mengenai selok belok dunia seni seterusnya mengorak langkah alam perniagaan.
Riz, 24, yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat ini memilih untuk mempromosikan restoran miliknya, Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral) yang sudah sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.
SAMBUNG LEGASI BAPA
Hakikatnya juga Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan.
“Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.
“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk restoran ini dipromosikan dengan lebih meluas,” katanya dalam satu pertemuan santai secara ‘private’ membabitkan sekumpulan teman media dan blogger.
SAMBUNG BELAJAR
Riz pada masa sama juga kini meneruskan kembali rutin sebagai pelajar undang undang peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti.
“Dalam hal sambung belajar ini saya mahu penuhi permintaan ibu. Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.
“Ikutkan apabila sudah ada duit di tangan hasil menjadi penceramah dan bergelar anak seni, saya memang rasa berat hati nak sambung belajar lagi. Tapi saya kena realistik kerana hal menuntut ilmu ini takkan pernah rugi,” katanya yang pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir pada 2012 selama setahun dan kembali ke Malaysia kerana pergolakan di negara berkenaan.
DAHULUKAN MANA YANG LEBIH UTAMA
Melakukan banyak perkara dalam satu juga menuntut Riz membahagikan masa sebaik mungkin.
“Ikutkan ketika membulatkan hati nak sambung pengajian, tawaran berlakon itu memang datang dengan banyak. Memang menguji diri sungguh.
“Tapi saya kena pilih apa yang perlu diutamakan. Macam sekarang pun nak terima tawaran berlakon saya kena pilih yang tak makan masa panjang dan ganggu jadual kuliah.
“Pada masa sama, saya juga kena utamakan tanggungjawab untuk perniagaan restoran yang diuruskan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Riz juga berdebar menanti tayangan filem sulungnya berjudul Ada Apa Dengan Dosa. Filem terbitan Pencil Pictures itu menggandingkannya dengan Wanna Ali.
Penggambaran dilakukan hujung tahun lalu dan turut mengambil latar lokasi di Scotland.
“Agak gementar… Takut bercampur teruja dapat menggalas watak utama dalam filem sulung ini.
“Insya-Allah, saya sudah cuba melunaskan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi sebaik mungkin,” katanya
Selain Pencetus Ummah, Riz juga pernah menyertai program pencarian pendakwah, Akademi Sahur Asia atau AKSI Asia 2017 di Jakarta yang membabitkan penyertaan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.
Biarpun tidak meraih kemenangan dalam program itu, Riz bersyukur apabila kehadirannya disedari beberapa produser yang menghulurkan peluang berlakon.
“Selepas tamat perjuangan di AKSI Asia 2017, saya ditawarkan berlakon empat telefilem di sana. Saya turut diberikan peranan utama dalam telefilem, Permintaan Suami Terakhir Di Bulan Ramadan,” kata pelakon telefilem Jatuh Cinta Buta itu.
ANJUR CERAMAH AGAMA
Bercerita lanjut mengenai restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu, Thailand dan Barat.
“Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.
“Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain,” katanya.
Malah Riz turut menganjurkan ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.