Bila anak-anak demam tentunya ibu-ibu jadi susah. Kerisauan menjadi bertambah-tambah bila si anak jenis susah hendak makan ubat. Mana mungkin tidur malam si ibu menjadi lena gara-gara memikirkan keadaan kesihatan anak yang sedang sakit.

Ini ada cara untuk menurunkan suhu badan anak-anak kita yang tinggi. Ikuti perkongsian bermanfaat daripada Cik Puan Ammy

Jumaat lalu, Mahsuri demam. Panas badannya. Setelah mendapat rawatan dan doktor mengesahkan ianya hanya demam biasa, saya lega. Seperti biasa Mahsuri telah dibekalkan dengan pelbagai ubat-ubatan seperti ubat batuk dan demam tetapi dia amat ‘culas’ nak makan ubat.

Mengikut sukatan yang diberikan saya yakin hanya ‘suku’ sahaja berjaya masuk ke perut. Demamnya ‘on’ ‘off’, adakalanya suhu badannya ‘normal’ dan adakalanya suhu badannya naik mendadak. Makan dan minum lansung tidak disentuhnya, hanya susu semata-mata. Pilu sungguh hati saya bila tiap kali Mahsuri merengek…

“Awww mama akit yot ma…”

Bila tidak mahu makan, perut dah masuk angin… Menyusu jer seharian…

“Awww mama… Ebas aki maaa…”

“Awww mama… Ejuk maaa… Xnk andi maaa…”

Guna Bunga Raya Putih, Limau Nipis & Bunga Cengkih Turunkan Suhu Badan Tinggi

Kadang kala kakinya kebas kerana hanya baring saja sebab tiada tenaga nak berjalan atau duduk.

GALI PETUA LAMA

Bila hati dah runsing… Mula lah otak saya bekerja keras ‘menggali’ petua lama arwah nenek. Teringat pada satu cara iaitu air ramasan bunga raya buat mandian untuk orang demam… Dulu masa saya kecil, tiap kali demam memang payah nak ke klinik dan ‘culas’ nak makan ubat.

Nenek akan ramas daun bunga raya putih bersama beberapa biji limau nipis dan beberapa tangkai bunga cengkih juga dicampur sekali ke dalam mandian (untuk Mahsuri, saya gunakan 10 tangkai bunga cengkih).

Guna Bunga Raya Putih, Limau Nipis & Bunga Cengkih Turunkan Suhu Badan Tinggi

Ramas daun bunga raya hingga keluar lendirnya… Begitu juga dengan limau nipis, ramas-ramas sehingga keluar airnya. Letak dalam ‘besen’ besar bersama air bersuhu biasa maka berendam lah saya didalamnya.

Guna Bunga Raya Putih, Limau Nipis & Bunga Cengkih Turunkan Suhu Badan Tinggi

Alhamdulillah demam saya tak panjang… Jadi, bila sahaja saya dapat beberapa tangkai daun bunga raya yang dipetik ditepi-tepi jalan semasa dalam perjalanan nak pergi berniaga, kebetulan pula ada baki beberapa biji lemon di dalam peti, saya terus jalankan ‘misi’. Menjerit-jerit Mahsuri kerana mandi di malam-malam hari walaupun menggunakan air suam…

Guna Bunga Raya Putih, Limau Nipis & Bunga Cengkih Turunkan Suhu Badan Tinggi

MANDI DUA MALAM BERTURUT-TURUT

Dua malam berturut-turut saya mandikan Mahsuri walaupun dia menjerit kesejukkan… Nak jadi mak-mak hati kena kental… Puas hati saya bila dapati hasilnya, suhu badan Mahsuri kembali normal dan alhamdulillah dalam 24 jam suhu badannya tetap normal dan Mahsuri kembali aktif. Makan dan minum seperti biasa.

Arwah nenek kata pokok bunga raya ni sebenarnya banyak khasiatnya terutamanya dari sejenis bunga raya putih. Daun bunga raya putih boleh menurunkan suhu badan. Ada juga yang menggunakannya sebagai melebatkan rambut dan menghilangkan gatal-gatal dan kurap di badan.

Banyak petua yang arwah nenek kongsikan cuma nak kena ‘cari gali’ lagi lah memandangkan faktor usia dah meningkat… Itu untungnya bila membesar di depan mata nenek… Macam- macam petua yang nenek ada. In sha Allah ada kelapangan nanti saya akan kongsi bersama ya…

Rezeki Mahsuri, bila sihat jer dapat hadiah, babanya belikan basikal baru. Semoga murah rezki awak En Suami kerana selalu bermurah hati dengan saya dan anak-anak… Amin…

Sumber kredit: Cik Puan Ammy

VIDEO KASHOORGA:

https://www.youtube.com/watch?v=3RHRDSTj3ks&t=5s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI