Kita selalu mengeluh kita susah sedangkan hakikatnya lebih ramai lagi yang hidup susah berbanding dengan diri kita. Ya! Tiada orang yang ingin hidup susah namun fikirkan sejenak, berapa banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita tanpa kita sedari. Kita lupa dan sering mengeluh. Mengapa hidup kita tidak begini, tidak begitu.
Jangan hanya memandang ‘ke atas’ sahaja sebaliknya sekali-sekala, pandanglah ‘ke bawah.’ Hanya dengan cara itu kita lebih bersyukur dan menghargai segala nikmat yang kita miliki. Sedangkan tanpa kita sedar, ada orang yang ‘menginginkan’ kehidupan seperti yang kita lalui.
Kisah meruntun hati seorang lelaki warga emas yang berjalan kaki di bawah terik mentari di lebuhraya PLUS dari Sungai Dua, SPU ke Taiping. Sepanjang dia jalan tepi highway, takda sapa pun yang naik kereta tergerak hati nak bantu tumpangkan pakcik ni. ?
“Aku dah nampak dia dari jauh berjalan kaki menghala ke simpang tol Jawi. Aku terus sebab aku nak pi tol Alor Pongsu. Tapi hati aku tergerak nk tolong pakcik ni. Aku pusing balik dan lawan arah sampai ke simpang tol tu. Aku berhenti dan tunggu pakcik tu sampai kat aku.”
Sementara menunggu aku simpan wallet dan fon dalam pocket kerana aku tak tau pakcik ni jahat ka baik lg pun aku perempuan. Lepas 2 minit macam tu pakcik tu sampai.
Ads
Aku : Assalamualaikum pakcik (Pakcik tu berkopiah). Pakcik : Waalaikumusalam ya anak , ada apa ? Aku : Pakcik nak pi mana jalan tengah-tengah highway ni? Pakcik : Pakcik nak pi taiping … Lps jawab dia terus sambung perjalanan Aku : ???? pikiaq pny pkiaq …. Aku pun gerak depan sikit dkt pakcik tny dia “nak saya tumpang kan pakcik”
TAWAKAL HANTAR KE STESEN BAS TANPA TOPI KELEDAR
Pakcik : xpa la nak (dalam nada sayu ,takut dan serba salah dan smbung lg jalan Aku : trpkiaq lg nk tlg hantaq xdak helmet tapi niat nak tlg … Xpa la pakcik saya tolong pakcik, saya nk hantar sampai taiping tapi saya pulak xda helmet lebih , saya tawakal tumpang kan pakcik p bustop parit buntaq dan saya ambek tiket kat pakcik … Itu saja sya mampu tlg Pakcik : x menyusahkan anak ke , pakcik xnak susah kan sapa² (ayaq mata pun jatuh?) Aku : mgkin rzeki pakcik dari bantuan saya ni …
PAKCIK pun naik dan kami teruskan perjalanan dgn pakcik x ber helmet dan aku pun tawakal.
Ads
Sambil atas moto aku tnya pakcik:
Aku : pakcik dari mana dan nk kemana? Pakcik : pakcik dari SG DUA SEBERANG nak ke TAIPING aku : pakcik org taiping ke? Pakcik : tak , pakcik org Lenggong ,.pakcik p sg dua sebab nak cari KERJA tapi xda kerja jadi pakcik nak balik rumah pakcik d Taiping Aku : dah berapa jam perjalanan pakcik ,saya rasa mgkin lebih 30km dr SG DUA Pakcik : pakcik keluar sesudah SOLAT SUBUH dan smpai skrg
Aku : pakcik dah makan ? Pakcik : Belum nak (dengan nada suara yg sayu) Aku : xpa lah pakcik sat lg sampai stesen bas saya beli tiket kat pakcik kemudian kita makan
ELOK SAMPAI STESEN BAS PARIT BUNTAQ
Ads
Pakcik : aNakkk !!!!! Ni bas taiping !!!! Dgn gembira trsenyum dia habaq kat aku , Aku pun p tanya kaunter bas pukul berapa dan kami smpai 3.38pm ada lebih kurg stgh jam sblm bas brgerak pukul 4… Aku toleh tgk pakcik tu tengah duduk d kerusi urut kaki dia …
Berlinang ayaq mata aku ??? Aku p dekat dia ckp “pakcik bas pukul 4 , jom saya belanja pakcik makan ” Pakcik : tak pa lah anak ,pakcik nak tggu bas … Aku : aku merayu “jom la pakcik ,terima laa bantuan saya ni “ Pakcik : xpa anak , anak dah banyak tolong pakcik. Moga murah rezeki anak , d panjang kan usia anak ?. Aku pn p kedai beli bekalan Roti 3 paks air 1botol dan bg duit rm15 … Rm5 utk tambang dan rm10 utk makan
Moga Allah swt permudahkan kan perjalanan pakcik. Elok aku p dkt parking moto dan pandang pakcik tu dah naik bas dan aku ternampak pakcik tu menangis?
Benar sekali kata pepatah yang hidup kita ini memang penuh cabaran dan tidak bermakna hidup, andai tidak disertakan dengan dugaan.
Jika tidakpun dari orang luar, keluarga sendiri yang menjadi punca. Namun semua itu harus ditangani dengan baik, ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut jangan putus, tepung pula tidak berselerak.
Kisah pergolakan antara menantu dan mentua sangat sulit untuk diselesaikan. Isu ibu mentua dengan menantu perempuan memang tidak akan habis sampai bila-bila pun. Jika tidak ditangani secara bijak maka akan rosaklah rumah tangga yang dibina.
Menantu Bukan Pilihan dan Mentua Perosak Rumah Tangga
Aku cintakan kamu, kamu cintakan aku. Hari ini, kita bergelar suami isteri. Kita akan bersatu dan hidup bahagia hingga ke akhirnya.
Ringkas dan mudah bukan? Ini perkara yang berada di dalam kepala pasangan yang baru sahaja bernikah.
Tapi ianya sering tidak semudah itu. Kerana ada anasir luar (baca : dalam) yang mempengaruhi kehidupan suami isteri. Anasir luar yang dimaksudkan ialah ibu-bapa mentua. Ibu dan bapa pasangan itu sendiri.
Apabila anak sudah meningkat dewasa dan bersedia untuk berkahwin, sudah pastinya anak itu sudah cukup matang untuk membuat keputusan. Betul, ibu dan bapa mempunyai pendapat dan boleh memberi pendapat tentang pilihan hati anak. Ini dipanggil menjadi ibu-bapa. Pastinya ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya.
TERLEBIH MELINDUNGI
Tidak salah sebenarnya, kadang-kala kerana cinta, mata yang celik pun boleh menjadi buta. Ada yang jatuh cinta dengan penagih yang tidak berniat untuk berhenti. Ada juga yang jatuh cinta dengan wanita liar yang tidak mahu berubah. Di sini, ibu-bapa memang patut memainkan peranan membawa kembali pandangan mata anak kepada realiti dan akibatnya nanti.
Masalah tiba apabila bila ibu-bapa pula yang terlebih melindungi anak hanya kerana hatinya tidak berkenan dengan bakal menantunya. Di sini bermulalah segala jenis masalah yang dikaitkan dengan menantu bukan pilihan.
“Kalau kau aku tak suka, dengan keturunan kau pun aku tak suka”. Ya, memang ada yang sampai ke tahap itu. Benci, menyampah, buruk, huduh, tak layak, murahan dan macam-macam lagi perasaan yang bermain di minda mentua apabila anaknya berkahwin dengan yang bukan pilihan hatinya.
Bermacam alasan diberi, pilihan anak itu tak cantik, belajar tak pandai, kerja tak bagus atau tidak bekerja, keturunan tak kaya dan tak sama taraf. Kadang-kala sehingga kehabisan sebab, tetapi masih lagi tidak boleh terima. Di carinya lagi sebab lain yang boleh teruskan kebencian di hati.
Biasa dengar mentua yang tak suka negeri itu ini?
“Jangan kahwin dengan orang Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur”
Habis semua negeri tak boleh kahwin, itu tak boleh, ini tak boleh.
Masakan menantu sentiasa tidak kena dengan selera. Asam pedas tak cukup masam, kari tak cukup pekat, masak lemak tak cukup pedas, ikan goreng tak garing, nasi lembik, sambal belacan tak pedas, rendang tak sedap, ayam goreng tak garing, masakan terlalu manis, masin, pahit, tawar sampai air kosong pun tak cukup sejuk.
Hidangan pula tak menarik, pinggan tak tersusun rapi, mangkuk tak guna yang sama tema, sumbing sikit tak boleh, pinggan basah pun kena lap bagi sempurna semua.
Pakaian menantu bukan pilihan sentiasa tidak kena. Terlalu singkat, terlalu labuh, tidak menarik, tak cantik, warna kelam, tudung senget dan macam-macam lagi.
Alasan untuk tidak menyukai dah habis. Walapun menantu dah ikut semuanya tetapi sangat susah mulut untuk memuji apa yang menantu buat. Seperti satu kesalahan yang besar jika mentua memuji menantu yang tidak disukainya itu.
JADI BAHAN UMPATAN
Menantu bukan pilihan juga sering jadi mangsa umpatan mentua dengan orang lain. Sama ada dengan ipar atau orang terdekat. Kadang-kala dengan sengaja membiarkan menantu itu dengar.
Antara yang menyakitkan hati, mentua sentiasa berkias-kias apabila bercakap dengan menantu bukan pilihannya. “Kedutnya baju anak aku, kenapa la tak bergosok?”, “Makin kurus anak aku ni sejak kahwin, tak cukup makan la tu”, “cucu aku semua putih, yang ini sahaja hitam legam”.
Menantu bukan pilihan juga akan sentiasa dipantau. Paling mentua tak suka apabila anaknya melebihkan isteri sendiri. Memang tak senang duduk dia. Sentiasa ingatkan anak yang Ibu lebih penting dari isteri. Tengok isteri berpakaian baru, diperli-perlinya, tengok isteri ada cincin baru, cepat sungguh kena tegur, membazir la, tak cantik la.
Ada juga yang membanding-bandingkan menantu. Yang disukai sentiasa disebut-sebut, diangkat tinggi, dipuji selalu. Menantu yang itu kerjanya bagus, bukan suri rumah. Menantu yang ini belajar sampai PhD, bukan takat SPM je. “Bodoh tu nanti berjangkit kat anak” katanya.
Bila ada menantu yang selalu beri duit, dicanangnya satu kampung. Saudara mara yang datang pun habis dicerita semua. Menantu ini bagi gelang, menantu itu bagi duit, menantu yang ini tak pernah bagi apa pun. Setakat bagi tudung, apalah sangat. Tak penting pun untuk diceritakan.
Yang menyedihkan, anak kepada menantu bukan pilihan menjadi mangsa diskriminasi. Cucu yang itu la yang selalu dimarahi. Cucu yang itu la yang tidak dilayan berbanding cucu menantu yang disukainya.
Tidak cukup dengan itu, anak akan dihasut dengan pelbagai perkara yang tak elok. Kadang-kala sehingga mereka-reka cerita, diburuk-burukkan dan difitnah. Tujuannya supaya anaknya itu membenci isteri sendiri.
Seperti tidak masuk akal juga apabila perkara yang di luar kawalan dan kemampuan disentuh. Menantu yang masih tidak mempunyai anak akan sering diperli dan diperlekehkan kononnya itu semua salah menantu.
Yang pastinya, menantu bukan pilihan ini jika mahu mengambil hati, perlulah patuh dan mengikut 100% seperti apa yang dimahukan, barulah hatinya puas.
Itulah serba sedikit apa yang dilalui menantu bukan pilihan dan perangai ibu mentua yang merosakkan. Memang sangat menyedihkan.
Kadang-kala orang tua ini memang tidak boleh berubah. Anak perlulah memainkan peranan yang teramat penting untuk seimbangkan kembali situasi yang sentiasa tegang ini.
DENGAR RAYUAN DAN ADUAN PASANGAN
Anak perlu sedar mengenai perangai ibu atau bapanya sendiri. Dengarlah rayuan dan aduan pasangan. Jika perlu bertegas, bertegaslah. Pasangan andalah yang akan bersama dengan anda, membesarkan anak anda dan melayan anda hingga ke akhirnya. Hati mereka amat penting untuk dijaga.
Janganlah menjadi anak emak yang membutakan mata serta memekakkan telinga apabila ada ketidakadilan berlaku dari ibu-bapa sendiri terhadap pasangan. Pasangan perlu dibela, pasangan perlu dipujuk. Mereka amat tertekan. Nak marah tak boleh, nak menangis pun tidak dilayan. Jadilah suami atau isteri yang bertanggungjawab. Jangan biarkan anasir luar mempengaruhi kegembiraan hidup berkeluarga.
Hargai pasangan anda, itu pilihan hati anda. Jangan biarkan mereka menghadapi semua ini seorang diri. Berdiri di hadapan mereka. Bela mereka bila diperlukan, jangan biarkan pasangan dilukai sewenang-wenangnya.
Ini adalah situasi yang benar. Terlalu ramai menantu bukan pilihan yang sedang menderita. Bukalah mata dan lihat serta dengar sendiri. Jangan abaikan masalah ini.
Kepada mentua, insaflah. Berhenti merosakkan keluarga anak anda sendiri. Buang ego itu ke tepi, pilihan anak perlu dihormati selagi ianya tidak memudharatkan. Berhenti cuba mengawal semua benda. Janganlah memaksa anak dan menantu menjadi seperti yang anda mahukan dan menjadi keluarga yang sama seperti keluarga anda. Setiap manusia itu unik dan ada keperluan dan minat masing-masing. Biarlah anak dan pasangan mereka menentukan arah tuju keluarga mereka. Itu hak mereka sendiri, bukan anda.
Kepada menantu bukan pilihan, bersabarlah. Jangan berhenti berkongsi masalah ini dengan pasangan. Mereka patut tahu apa yang ibu atau bapa mereka sendiri sedang buat. Teruskan tabah, dan buatlah sebaik mungkin. Fokus kepada keluarga sendiiri, jangan biarkan orang yang tidak menyukai kita menentukan kebahagiaan rumah tangga kita.
Melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jika mahu mendidik anak-anak, didiklah ketika masih kecil lagi. Cara didikan ibu bapa berlainan. Setiap ibu bapa punya cara tersendiri untuk mendidik anak-anak.
Bagi Ameera Zaini atau pemilik nama sebenar, Nor Ameera Zaini cara dia mendidik anaknya dilakukan secara bersahaja.
Putera sulungnya, Mateen tidak terlalu didedahkan dengan gajet. Hal ini kerana Ameera lebih gemar anaknya itu menikmati zaman kecil secara natural. Walaupun Mateen masih kecil, Ameera telah mula mengajar Mateen untuk membaca surah-surah pendek.
Tidak terlalu ‘memaksa’ Mateen untuk belajar namun Ameera mengambil pendekatan mendidik secara santai. Lihat sahaja cara Ameera mengajar Mateen membaca surah lazim, dalam Mateen bermain-main, sempat juga Ameera mengajar Mateen.
Walau pun Mateen membaca hujung-hujung surah namun ia satu perkembangan yang membanggakan bila dalam usia 18 bulan, Mateen sudah boleh mengingati bait-bait ayat lazim.
Kurang mendedahkan Mateen dengan gajet, Ameera lebih banyak menggalakkan Mateen bereksperimen dengan aktiviti mewarna.
Ramai yang memuji cara Ameera mendidik Mateen termasuklah Fara Hanim Razak yang mempunyai anak kembar.
TIP UNTUK MENGAJAR ANAK KECIL MENGINGATI SURAH LAZIM:
1.Bacakan setiap hari kepada anak-anak. Otak anak-anak kecil adalah seperti span yang mudah menyerap. Ulang dan ulang setiap hari. Dengan cara ini anak-anak akan mudah mengingati.
2.Jangan paksa jika anak tidak mahu. Ajar bila mood anak berada dalam keadaan baik.
3.Berikan penghargaan kepada anak-anak apabila mereka berjaya mengingat sesuatu ayat misalnya. Dengan cara ini anak-anak akan rasa lebih seronok untuk belajar.
Sumber: Instagram Ameera Zaini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menghormati dan taat kepada ibu bapa adalah kewajiban yang wajib dipatuhi oleh setiap anak. Malah, derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam dosa besar, lebih-lebih lagi jika melibatkan ibu yang telah mengandung dan melahirkan anak dengan penuh susah payah.
Kedudukan ibu dalam Islam sangat tinggi. Kewajiban berbuat baik kepada ibu bahkan didahulukan berbanding bapa, sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Maka Rasulullah SAW menjawab: “Ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.” Riwayat Muslim (2548)
Namun dalam kehidupan, ada juga anak yang diuji dengan sikap ibu bapa sendiri.
Ada ibu yang suka bercakap buruk tentang anak kepada orang lain sehingga membuatkan si anak berasa kecil hati dan terluka. Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan dalam keadaan sebegini?
Menurut perkongsian Ustaz Azhar Idrus ketika menjawab soalan berkaitan perkara ini dalam satu video di YouTube, anak-anak sepatutnya tidak kecil hati terhadap ibu bapa.
Jika terasa hati, cubalah pujuk hati dan bersabar. Ini kerana sebesar mana pun kesilapan mereka, merekalah insan yang melahir dan membesarkan kita di dunia ini.
“Itulah ibu yang melahirkan kita,” kata beliau.
Dalam pada masa yang sama, bukan bermakna anak hanya perlu berdiam diri tanpa sebarang usaha.
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah menegur ibu bapa dengan cara yang baik dan penuh adab. Ini kerana dalam Islam, agama itu adalah nasihat. Teguran boleh dibuat dengan lembut, sopan dan tidak meninggikan suara.
Anak boleh mengingatkan ibu bapa bahawa Allah SWT tidak menyukai perbuatan memburuk-burukkan orang lain, apatah lagi jika ia membawa kepada fitnah.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 11, ketika menceritakan tentang golongan yang menyebarkan fitnah terhadap Saidatina Aisyah RA:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar.” (Surah An-Nur: 11)
Ketika menegur, jagalah tutur kata dan pilih waktu yang sesuai. Jangan sesekali membalas dengan kata-kata kasar atau menunjukkan reaksi yang boleh mengundang pergaduhan yang lebih besar.
Adab seorang anak tetap perlu dipelihara walaupun hatinya sedang terluka.
Jika teguran tidak mengubah keadaan, maka jalan terbaik adalah bersabar.
Bukan mudah untuk memendam rasa, namun sabar itu adalah sebahagian daripada kekuatan orang beriman.
Selepas itu, iringilah dengan doa agar Allah SWT melembutkan hati ibu bapa, memberi mereka petunjuk dan memperbaiki hubungan dalam keluarga.
Sesungguhnya hati manusia berada dalam genggaman Allah. Sehitam mana pun hati seseorang, Allah mampu membolak-balikkannya menjadi lembut dengan izin-Nya.
Ujian dengan ibu bapa sendiri sememangnya berat, apatah lagi apabila hati terguris oleh kata-kata mereka.
Namun sebagai anak, kita tetap dituntut untuk menjaga adab, tidak membalas keburukan dengan keburukan, sebaliknya memilih jalan nasihat, sabar dan doa.
Mudah-mudahan kesabaran itu menjadi asbab turunnya rahmat Allah dalam keluarga, lalu hubungan yang renggang kembali pulih dan hati yang keras kembali lembut.
Jangan pernah berhenti berdoa kerana doa seorang anak yang ikhlas mampu menjadi jalan perubahan yang tidak disangka-sangka.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.