Mati itu sudah pasti, cuma kita tidak tahu bila dan di mana. Urusan rezeki, ajal dan maut ini terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dan sangat beruntung jika seseorang itu meninggal dunia pada hari Jumaat nan mulia.
Tidak kiralah seseorang itu masih kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Sangat beruntungnya dijemput Illahi pada Jumaat mulia dan juga penghulu segala hari.
Seperti perkongsian di laman sosial SR Islam Al-Irsyad Balok memberitahu bahawa hari ini adik Ahmad Daniel Muhammad Ahmad Suhairi telah bertemu Illahi pada jam 4 pagi tadi.
Adik Ahmad Daniel sebelum ini telah di sahkan menghidap kanser otak jenis Diffuse Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat pada Mac yang lalu.
Malah kisahnya juga menjadi viral kerana hasrat untuk mengenakan pakaian seragam anggota bomba lengkap dengan tanda nama tercapai.
Ads
Pada awal Oktober lalu, hasrat arwah telah ditunaikan apabila berpeluang menyarung baju uniform itu dan turut menaiki jentera bomba.
Kredit Foto: Sinar Harian
Menurut bapanya, arwah Danial memang sangat berhajat untuk menjadi angota bomba. Malah setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun
Ads
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Pagi Jumaat yang hening. Pihak @SR Islam Al Irsyad Balok mendapat perkhabaran duka perginya anak didik kami yang tercinta, Adik Muhammad Daniel b Muhammad Suhairi bertemu Ilahi lebih kurang pukul 4 pagi tadi.
Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Almarhum Ahmad Daniel disahkan menghidap DIPG iaitu sejenis kanser otak pada Mac yang lalu.
Ads
Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.
Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga.. 02022012-25102019
KASHOORGA: Semoga Adik Daniel tenang dan berehatlah di sana. Dan kepada ahli keluarga bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini. Ternyata Tuhan lebih menyayangi arwah dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Elak berdua-duaan, apatah lagi bersentuhan.’ Mentua tiri tak sama dengan mentua kandung kerana mentua tiri tiada ikatan dengan suami atau isteri kita.
Oleh hal yang demikian, batas aurat dengan mentua tiri adalah sama seperti dengan yang bukan mahram kita kerana mentua kandung tak sama dengan mentua tiri.
Ikuti perkongsian Husna Ghani ini dan hadam baik-baik batasan di antara menantu dan mentua tiri.
Kalau bapa mentua kandung, maksudnya bapa kandung suami kita statusnya sudah tentu sama macam ayah kita sendiri.
Tak pakai tudung pun tidak menjadi masalah, hendak bersalaman pun dibenarkan dan sentuh pun tak batal wuduk kerana sudah jadi mahram kita.
Sebaliknya, kalau mentua tiri, dia tidak sama kerana mentua tiri tidak mempunyai ikatan mahram dengan kita bahkan bapa tiri (suami) tu dikira lelaki ajnabi.
Oleh hal demikian, sebaiknya kita perlu menjaga batas aurat serta kena tutup ‘full’ macam biasa. Berdua-dua pun kita kena elakkan apatah lagi nak bersentuhan.
Sebagai contoh, hendak bersalaman time raya atau hendak peluk dan sebagainya itu, tak boleh iya.
Sebaliknya kalau dengan mertua kandung, sah saja akad kita sebagai menantu, hukumnya jadi haram berkahwin dengan mentua kandung itu sampai bila-bila.
Sekalipun kita ni sudah bercerai ataupun pasangan kita meninggal sebab menantu dan mentua ini adalah haram muabad tapi kalau dengan mentua tiri.
Dalam kitab Mughni al-Muhtaj, karangan Syeikh Khatib Asharbini ada menyebut,
‘Kalau suami itu meninggal, tidak jadi kesalahan pun untuk isteri dia berkahwin dengan bapa tiri (suami) sebab kedudukan menantu tiri ini dia tak sama dengan menantu kandung.’
‘Allah lebih sayangkan dia.’ Bulan cukup sebulan kahwin, lelaki viral bersanding atas katil dijemput Ilahi. Allahuakbar, berat sungguh ujian buat isterinya, suami pergi di saat mengecap bahagia berumah tangga.
Bayangkan belum sebulan menikah, suami yang disayangi pergi jua. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah. Al-Fatihah.
Sebelum ini, kisah pasangan ini tular kerana rata-rata warganet kagum dengan keikhlasan hati Siti Marha yang juga ibu tunggal dua anak kerana menerima lamaran pesakitnya iaitu Mohd Hashmi Arifin.
Namun begitu, belum genap sebulan mendirikan rumah tangga, seorang isteri Siti Marha Azuar yang merupakan seoran g jururawat terpaksa menerima hakikat pemergian suami Mohd Hashmi Arifin yang meninggal dunia akibat barah otot tahap empat.
Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, wanita ini tidak lupa berkongsi berita sedih ini menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok sehingga meraih rasa simpati orang ramai. Ternyata ramai yang tak menyangka arwah pergi secepat ini.
Menerusi video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan foto hitam putih Mohd Hashmi dan rakaman sekumpulan lelaki mengangkat keranda untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.
Suasana syahdu dan hiba melatari video yang dimuatnaik. sebagai isteri sudah tentu, Siti Marha merasa lebih perit.
Sebelum ini, kisah pasangan itu dilaporkan media sehingga membuatkan warganet kagum dengan ketulusan Siti Marha yang juga ibu tunggal dua anak kerana menerima lamaran pesakitnya.
Acara persandingan mereka yang diadakan pada 13 November lalu memperlihatkan Allahyarham Mohd Hashmi terpaksa diusung di atas katil untuk ke lokasi acara di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Setiap pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan, terutama suami perlu memastikan tanggungjawab dilaksanakan sebaiknya dengan menyediakan segala keperluan buat isteri tercinta.
Namun permulaan kepada sebuah hubungan berumah tangga itu pastinya sukar. Dengan komitmen yang pelbagai pastinya sedikit sebanyak setiap pasangan akan menghadapi masalah kewangan.
Seperti perkongsian seorang pengguna akaun di laman sosial Facebook, Mohd Fadhli Salleh yang menceritakan pengorbanan dilakukan mereka suami isteri di awal perkahwinan.
Menurut Mohd Fadhli, gajinya 10 tahun dulu sangat kecil berbanding isterinya yang memiliki segulung ijazah.
Namun itu bukanlah alasan untuknya melupakan tanggungjawab dengan memberikan duit nafkah kepada isterinya. Bukan itu sahaja, isteri tersayang juga turut meminta izin darinya sebelum membeli apa-apa barangan yang dihajatinya.
Baca perkongsiannya yang cukup menyentuh hati ini dan memberi pengajaran bahawa hidup berumahtangga itu memang saling memerlukan satu sama lain.
Sebaik lafaz akad nikah disahkan 10 tahun lalu, terus aku semat dalam hati bahawa aku kini punya amanah dan tanggungjawab besar.
Masa tu gaji kecil sahaja. Gaji diploma. Puan isteri pula gaji lebih besar. Dia degree.
Namun itu tak bermakna tanggungjawab nafkah itu aku boleh abaikan. Nafkah ini dihukumkan wajib oleh Tuhan. Bukan Perdana Menteri yang tetapkan, bukan juga hakim majistret.
Maka sejak bulan pertama perkahwinan, semuanya aku tanggung. Baik dari segi sewa rumah, belanja dapur (sebahagian), belanja hospital, pakaian, bil-bil, bahkan bil telefon peribadi dia pun aku yang bayarkan.
Jika puan isteri aku berkenan nak beli apa-apa, dia akan minta izin aku untuk beli. Biasanya dia beli sendirilah. Aku cuma bagi untuk raya. Bonus raya biasanya memang aku tak sempat rasa. Semuanya aku bagi kat dia untuk pakaiannya.
Aku punya cukuplah mana yang ada. Namun biasanya puan isteri akan hadiahkan aku baju juga untuk beraya. Kalau tak, padan baju Melayu je lah. Hihi.
Tempoh 10 tahun ini, tidak pernah sekali puan isteri aku bayar apa jua bil. Duit barang dapur pertama kali aku beri padanya cuma RM50 sahaja.
“Ini sahaja abang mampu beri untuk barang dapur. Selebihnya awak topup la ya. Nanti ada rezeki lebih, abang tambah lagi.”
“Tak apa la bang. Barang dapur tu biar saya yang urus semua,” balas puan isteri 10 tahun lepas.
“Tak boleh. Ini kewajipan abang. Wajib pada seorang suami memberi nafkah ni. Walau sedikit, sekurangnya ada. Lepas dah depan Tuhan abang nak menjawab kelak,” ujarku padanya.
Puan isteri hanya mengangguk sahaja. Waktu tu, setiap kali gaji, lepas bayar segala benda baki gaji sekitar RM600 sahaja.
Dengan baki itulah aku nak survive makan minum, minyak kereta, anak-anak nak aiskrim ke, mainan ke, keluar jalan-jalan hujung minggu ke. Memang sesak yakmat.
Kadang anak minta nak beli itu ini pun aku terpaksa menolak. Dalam dada punya la rasa loser tak mampu tunaikan kehendak anak-anak ni.
Namun perangai aku, walau terdesak, walau kesempitan, aku tak pernah minta duit dengan isteri.
Aku rela berhutang dengan kawan-kawan dari minta duit isteri. Rela makan berhutang kat kantin dari minta duit isteri. Sejenis ego seorang suami.
Dulu-dulu, lepas tengah bulan biasanya puan isteri akan intai-intai dompet aku waktu aku tidur. Dia tengok tinggal RM2-RM3 dalam tu, dia letak senyap-senyap RM10-RM20.
Dia tahu dah, harapkan aku minta memang takkan sesekali. Jadi gitu la cara dia bantu aku. Masukkan dalam dompet waktu aku tidur.
Esoknya pergi kerja, tengok-tengok dalam wallet ada lebih 20 ringgit. Padahal sebelum tidur ada 3 ringgit je. Terharu betul masa tu.
La ni, bila aku agak lega, bila boleh bernafas dengan agak teratur, sesekali aku akan bawa kereta puan isteri keluar. Bukan nak bawa sangat sebenarnya, aku lebih selesa naik motor ke mana-mana.
Cuma aku nak tengok minyak kereta. Kalau minyak bawah setengah, memang aku bawa ke stesen minyak dan isi penuh. Topup Touch n Go kereta pula tak pernah bakinya bawah RM50.
Biar puan isteri aku tak perlu fikir apa dah kalau pegang stereng kereta. Bawalah ke mana, minyak ada, Smart Tag dengan Touch n Go pun tersedia.
Setiap tahun ada kenaikan gaji, maka duit dapur puan isteri turut sama bertambah. Dari RM50, kini dah jadi 10x ganda.
Dan sesekali, sebelum aku tidur aku letak duit atas meja untuk kegunaan dia. Duit bulanan tak pernah miss, namun ini sebagai hadiah.
Dia bersiap nak keluar kerja, tengok ada nota ringkas dan duit belanja pula. Siapa tak seronok dapat hadiah ye tak?
Gitulah hidup ini. Ada masa kita sesak, ada masa kita lega. Masa sesak tu, orang terdekat juga yang bantu. Maka bila lega, kita pula bantu dan gembirakan mereka.
Bila ada rezeki lebih, bukan bermaksud kita kalut nak cari yang lain. Sebaliknya Tuhan kirim rezeki lebih pada kita supaya kita layan orang yang setia bersama kita saat sukar dan susah dengan lebih baik.
Bila ada rezeki lebih, gembirakan ibubapa dan isteri dahulu, baru kita bantu orang lain. Itu yang sebaiknya.
Kerana tiada orang lebih ikhlas dengan kita melebihi ibubapa dan keluarga kita sendiri.
Itulah dia.
#MFS – Family man –
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...