Seperti yang kita ketahui, wabak COVID-19 masih lagi ada di sekitar kita. Malah pandemik ini begitu senang menyerang orang tua yang mempunyai tahap ketahanan antibodi rendah.
Baru-baru ini pelakon Daler Yusuf berkongsi berita duka apabila nenek kesayangan yang berada di Uzbekistan telah meninggal dunia setelah disahkan positif COVID-19.
‘Ibadat haji beri kesan mendalam.’ 8 tahun tiada tawaran kerja, Shamsul Ghau Ghau percaya rezeki Allah. Benarlah bila kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik seperti berhijrah pasti ada ujiannya.
Bagi Shamsul Ghau Ghau, dia berusaha menjadi insan yang lebih baik selepas pulang mengerjakan ibadat haji pertama kalinya pada tahun 2012. Memang haji pertama yang dia lalui memberi impak yang besar buat kehidupannya.
Malah empunya diri turut mengakui pintu hatinya terbuka untuk memperbetulkan segala kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. Namun perubahan ini tidak bermakna dia meninggalkan dunia seni.
“Sebenarnya mereka salah anggap. Bila kita berhijrah, ramai orang anggap kita berhijrah termasuklah dalam urusan kerja contohnya panggil shooting tak boleh, pergi show tak boleh.
‘Masyallah, saya bukan begitu. Saya perlu bekerja sebab saya ada anak-anak dan mempunyai hutang untuk dibayar. Tapi bila saya berhijrah, orang pun tak nak panggil saya lagi.
“Bila saya berhijrah, saya banyak lalui perkara sukar kerana tiada job. Paling sedih ada orang gelar saya ‘bekas selebriti’. Tapi saya tetap berdoa dan anggap segala yang berlaku adalah ujian selepas hijrah,’ kongsi Shamsul Ghau Ghau yang mesra disapa Paksu.
Menurut Shamsul, dia bernasib baik sepanjang diuji dia memiliki simpanan untuk digunakan. Semua yang berlaku adalah atas jasa dan nasihat almarhum Mr Os.
‘Suatu ketika dahulu, Mr Os ada remind saya dan suruh simpan duit kalau dapat duit job. Dengar nasihat Mr Os, memang saya mula menyimpan sampai saya mampu beli 3 biji rumah dan ada duit simpanan dalam bank.
‘Jadi bila kita diuji dengan tidak ada kerja. Simpanan dan rumah yang ada memang membantu. 8 tahun tiada kerja, sudahnya saya jual rumah untuk teruskan hidup. Tapi tetap yakin dengan Allah, alhamdulilah ada kerja datang, saya terima,’ terangnya lagi.
Shamsul paling teruja dalam kesempitan dia meneruskan kehidupan, dia direzekikan untuk belajar Al-Quran dan akhirnya mendapat tauliah untuk mengajar mengaji di negeri Selangor.
Semuanya gara-gara tiada tawaran kerja, dirinya mempunyai banyak masa untuk pengajian Al-Quran. Shamsul aktif sebagai guru al-Quran selepas menjadi artis pertama menerima pentauliahan mengajar kitab itu daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Mac 2018.
Firman Allah SWT bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran, ayat 185).
Di dunia, kita dipertemukan dan di akhirat kita menjadi diri sendiri kerana masing-masing sibuk mengira amal kebaikan dilakukan semasa hayat.Jika direzekikan masuk syurga Allah yang sangat mahalnya, kita akan bertemu kembali ahli keluarga kita dan ianya pasti pertemuan sangat indah.
Diuji dengan kematian adalah saat paling menyedihkan dalam kehidupan manusia. Tak kira kematian mak, ayah, atuk, nenek atau anak, pastinya ia satu kesedihan yang sangat berbekas di hati kerana rindu itu sangat sakit pada orang yang telah tiada.
Dikongsi dari Tik Tok @Murni_nurnasuha, ibu ini berkongsi momen paling sedih dalam hidupnya bila mana anak lelakinya, Mohamad Affan yang mengalami komplikasi jantung dilihat sudah lagi tidak bernyawa walau sudah cukup sifatnya. Kejadian ini berlaku pada 6 November 2021 yang lalu.
Kelihatan dirinya mencium dan mengusap penuh sayang anak syurganya itu buat kali terakhir. Terlihat anak lelakinya itu seakan “terlena dalam pangkuan si ibu” untuk kali pertama dan terakhir sedangkan masa yang sama Allah sudah menjemputnya ke syurga. Dan video ini sudah ditonton lebih dari 7.5 juta yang turut merasai kesedihan dialami ibu ini.
Dan jelas dari video dikongsinya itu ramai yang menangis sama. Walau bukan sebagai ibu melahirnya tapi kerana sudah bergelar ibu jadi mereka memahami perasaan dirasai oleh Murni_nurnasuha ini.
Di satu video lain, saat menziarahi kubur anak syurganya itu selepas lebih 100 hari pemergiannya, Murni memaklumkan anak perempuannya, kakak kelihatan suka dapat “bertemu adiknya” kerana memikirkan adiknya boleh dibawa balik ke rumah, namun ianya tidak akan menjadi kenyataan. Mungkin belum memahami adiknya sudah tersenyum di syurga.
Semoga ibu ayah yang diuji dengan kesedihan begini tersenyum bahagia kerana anak dilahirkan dari rahim kita sudah memasuki syurga Allah yang mahal dan susah untuk dimasuki kecuali dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
Allah janjikan syurga buat anak kecil belum baligh
Anak-anak orang Islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Sepakat para ulama dalam hal ini. Berkata Imam Nawawi berkata dalam kitabnya Syarh Muslim:
أجمع من يعتد به من علماء المسلمين على أن من مات من أطفال المسلمين فهو من أهل الجنة ؛ لأنه ليس مكلفا
Maksudnya:
“Telah bersepakat para ulama Islam yang diambil kira perkataan mereka bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.”
Semua tahu bahawa membasuh anggota wuduk adalah wajib sebelum bersolat. Kita sedia maklum, anggota wuduk dibasuh sebanyak tiga kali. Namun, ada juga sama ada terlupa, disengajakan atau was-was semasa ambil wuduk sehingga terlajak lebih daripada tiga kali membasuh anggota badan.
Kita ikuti penjelasan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini. Dalam mendirikan solat, ada sebab mengapa Allah telah aturkan tertibnya atau dalam bahasa popular sekarang SOP nya.
Soalan: Assalamualaikum w.b.t Saya selalu melihat ada orang berwuduk dan membasuh anggota wuduk berkali-kali. Mencuci wajah dan tangan berkali-kali, berkemungkinan empat atau lima kali. Apakah hukumnya serta adakah ia dibenarkan? Harap Datuk Mufti dapat beri pencerahan.
Jawapan : Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ Maksudnya :“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah : 6)
Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyebutkan rukun wuduk ada enam. Empat daripadanya adalah berdasarkan ayat al-Quran iaitu membasuh muka, membasuh kedua tangan, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kedua kaki. Manakala dua yang berbaki adalah berdasarkan sunnah iaitu niat dan tertib. Anggota-anggota wuduk yang wajib untuk dibasuh
Oleh itu, secara ringkasnya kita dapat ketahui bahawa anggota wuduk yang wajib dibasuh ialah :
Selain daripada anggota-anggota wajib tersebut maka hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ini seperti membaca Basmalah ketika mula mengambil wuduk, membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung, membasuh seluruh kepala, membasuh kedua-dua telinga, memulakan setiap anggota dengan anggota sebelah kanan, melaksanakannya secara berturut-turut, menggosok, membasuh setiap anggota dengan tiga kali basuhan dan lain-lain.
Sunat membasuh setiap anggota wuduk dengan tiga kali basuhan Syeikh Daud al-Fatani menyatakan bahawa dikira tiga kali bagi air yang mengalir dengan melalui tiga kali olak (pengaliran) air ke atas anggota berkenaan, dan bagi air yang tenang dengan digerak-gerakkan anggota sebanyak tiga kali. Membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali basuhan
Walau bagaimanapun, di dalam riwayat Abdullah bin Amr ada menceritakan bahawa : جاءَ أعرابيٌّ إلى النَّبيِّ -ﷺ- يسألُهُ عنِ الوُضوءِ؟ فأراهُ الوُضوءَ ثلاثًا، ثمَّ قالَ : هكَذا الوُضوءُ فمَن زادَ على هذا فقَد أساءَ وتعدّى، وظلمَ Maksudnya : “Seorang Arab Badwi telah datang bertemu Nabi SAW, bertanyakan mengenai (cara) wuduk? Baginda telah mengajarkannya supaya berwuduk dengan tiga kali basuhan (bagi setiap anggota). Kemudian, baginda bersabda : Beginilah cara berwuduk (yang benar), sesiapa yang menambah daripada ini (melebihi 3 kali basuhan), maka dia telah melakukan keburukan, melampaui batas dan berlaku zalim.” Riwayat al-Nasaie (140)
Para ulama telah menyatakan bahawa membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali adalah makruh hukumnya. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi ada menyebutkan : وَقَدْ أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ عَلَى كَرَاهَةِ الزِّيَادَةِ عَلَى الثَّلَاثِ وَالْمُرَادُ بِالثَّلَاثِ الْمُسْتَوْعِبَةِ لِلْعُضْوِ وَأَمَّا إِذَا لَمْ تَسْتَوْعِبِ الْعُضْوَ إِلَّا بِغَرْفَتَيْنِ فَهِيَ غَسْلَةٌ وَاحِدَةٌ
Maksudnya :“Para ulama telah bersepakat (Ijma’) bahawa hukumnya adalah makruh (membasuh anggota wuduk) melebihi tiga kali. Dan yang dimaksudkan dengan tiga kali basuhan tersebut ialah aliran air yang mengenai seluruh anggota. Adapun, jika tidak dapat mengalirkan air (membasuh) ke seluruh anggota melainkan dengan dua kali siraman. Maka, dua kali siraman itu, baru dikira satu kali basuhan.”
Imam Syafie juga ada menyebutkan mengenai perkara ini di dalam kitabnya : وَلَا أُحِبُّ لِلْمُتَوَضِّئِ أَنْ يَزِيدَ عَلَى ثَلَاثٍ وَإِنْ زَادَ لَمْ أَكْرَهْهُ Maksudnya : “Dan aku tidak suka bagi seseorang yang berwuduk untuk menambah (dalam basuhannya) melebihi tiga kali. Akan tetapi, sekiranya dia menambah (melebihi), aku tidak memakruhkannya.”
Imam al-Nawawi menerangkan bahawa maksud perkataan Imam Syafie ‘tidak memakruhkannya’ di atas ialah ‘tidak mengharamkannya’. Begitu juga, dengan kenyataan Imam Syafie yang lain menyebutkan bahawa beliau tidak suka jika seseorang melebihi 3 kali basuhan (ketika berwuduk), akan tetapi sekiranya dia buat, perkara tersebut tidak memudaratkannya iaitu tidak berdosa. Ini menunjukkan bahawa perbuatan melebihi tiga kali basuhan bagi setiap anggota ketika berwuduk adalah makruh.
Sekalipun membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali makruh hukumnya, perbuatan tersebut tidak membatalkan wuduknya selagi mana air diratakan ke seluruh anggota wuduk dengan sempurna. Wuduknya tetap sah.
Hal ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi : إذَا زَادَ عَلَى الثَّلَاثِ فَقَدْ ارْتَكَبَ الْمَكْرُوهَ وَلَا يَبْطُلُ وُضُوءُهُ هَذَا مَذْهَبُنَا وَمَذْهَبُ الْعُلَمَاءِ كَافَّةً وَحَكَى الدَّارِمِيُّ فِي الِاسْتِذْكَارِ عَنْ قَوْمٍ أَنَّهُ يَبْطُلُ كَمَا لَوْ زَادَ فِي الصَّلَاةِ وَهَذَا خَطَأٌ ظَاهِرٌ
“Sekiranya seseorang menambah (basuhan) lebih daripada 3 kali, maka dia telah melakukan perbuatan yang makruh. Namun, (perbuatan itu) tidaklah membatalkan wuduknya. Ini adalah merupakan mazhab kami (Syafie) dan mazhab kebanyakan ulama. Al-Darimi telah menukilkan daripada segolongan ulama di dalam kitabnya al-Istizkar, bahawa wuduk terbatal, sebagaimana (hukum) sekiranya seseorang menambah-nambah (rukun) di dalam solatnya. Pendapat ini telah jelas kesilapannya.”
Kesimpulannya Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa membasuh anggota wuduk secara melebihi tiga kali basuhan adalah makruh. Akan tetapi, wuduknya tetap sah dan tidak membatalkan wuduknya selagimana air diratakan ke seluruh anggota wuduk dengan sempurna.
Walau bagaimanapun, basuhan tersebut hanya dikira setelah dia sempurna mengalirkan air (membasuh) ke seluruh anggota wuduk berkenaan. Adapun, jika tidak dapat mengalirkan air ke seluruh anggota melainkan dengan dua kali siraman contohnya. Maka, dua kali siraman itu, baru dikira satu kali basuhan. Imam al-Ramli ada menyebutkan bahawa syarat sebelum membasuh untuk kali kedua dan ketiga adalah perlu menyempurnakan basuhan wajib (yang pertama).
Marilah sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Mulla Ali al-Qari yang menyatakan berlebihan dalam berwuduk seperti menambah lebih dari tiga kali basuhan, tidak ada kebaikan dalam perkara yang berlebihan tersebut.
Semoga bermanfaat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...