Suatu ketika nama penyanyi dan ahli perniagaan Rosma, 35, yang digilap bakat menerusi pertandingan Akademi Fantasia (AF1) musim pertama pernah menjadi siulan.

Lebih 17 tahun bergelumang dengan dunia seni, Rosma atau nama lengkapnya, Rosmayati Sidik, akur biarpun haluannya kini lebih kepada mengemudi perniagaan syarikat KR Successful Sdn Bhd bersama suami, Khai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

Perniagaan yang ditubuhkan sejak tahun 2014 itu kini memberi fokus kepada produk kesihatan dan pelangsingan badan termasuk minuman detoks, MS SenaRos

“Ada yang cakap dulu saya bersusah payah nak kurus sampai keluarkan produk pelangsingan sendiri. Tapi rezeki nyanyian tetap tak menyebelahi diri sampai sekarang biarpun sudah berjaya susutkan badan.

“Saya akur dengan suratan hidup. Tapi saya puas hati, Tuhan beri peluang merasa nikmat jadi penyanyi dengan menyertai AF1 biarpun seketika. Sejak kecil nak jadi penyanyi dan impian itu berjaya direalisasikan.

“Cuma kini saya sedar walaupun sebesar mana bakat yang dikurniakan kepada seseorang itu, jika Allah sudah katakan bukan rezeki… maka begitulah suratannya.

“Tapi Allah buka laluan untuk saya menceburi dunia perniagaan yang selama ini tak pernah langsung terlintas menjadi kerjaya tetap. Dunia nyanyian menjadi asbab atau platform untuk saya berniaga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Ada org tanya..Akak..Saya ni tak mkn nasi.Tak pe ke? Sebenarnya terpulang pada individu. As long as mkn dgn rutin yg teratur dan amalkan pemakanan yg sihat dan seimbang.Dan yg penting kita enjoy dgn apa yg kita buat.🤗 Baru proses penurunan berjalan dgn baik. Kte?? Kte mkn nasi..😁 Nasi tak salah dlm hal ni.Yg salah kita sbb selalu nak mkn lebih.😅 Cukup menyalahkan itu ini sbb hakikatnya kita sendiri yg tak boleh kawal. Didik diri utk ubah habit makan. Kita perlu buat sbb org lain tak boleh buatkan utk kita. Tindakan itu bermula dari kita bukan org lain. Kalau org lain dah bertindak,merekalah yg akan dapat result nanti. Kita??.Sampai bila nak tengok je.🤔 Jom ubah habit mkn..Berat turun,kesihatan bertambah baik.👍🏻🤩 #kupenggunamssenaros #mssenaros #khairosma

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

Tambah Rosma lagi, sekalipun sudah rancak berniaga, dunia nyanyian tak dilupakan begitu saja.

IKLAN

“Kini nyanyian jatuh di tangga kedua. Perniagaan di tempat pertama. Tapi itu tak bererti saya tak mahu menyanyi lagi. Sebelum ini pun ada tawaran menyanyi secara tertutup, selain membuat persembahan di hotel ketika bulan Ramadan .

“Cuma ketika diuji dengan pandemik Covid 19, kerjaya nyanyian itu tak dapat diteruskan macam biasa. Saya tak kisah pun orang nak kata saya artis sendu atau apa sekalipun.

“Mungkin ada yang kata pintu rezeki nyanyian tak serancak dulu. Tapi Allah Maha Kuasa buka pintu rezeki dalam dunia niaga. Saya percaya rezeki itu ada di mana mana. Pokok pangkalnya niat dan usaha kita,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

Berkongsi mengenai perniagaannya, ibu kepada tiga cahaya mata ini semuanya berlaku secara kebetulan.

Malah paling utama, suami tersayang yang menjadi individu penting di sisi antara yang terus membakar semangat serta memberi motivasi.

IKLAN

“Ikutkan sejak zaman remaja, saya jenis yang comot dan tak fikirpun soal nak cantik. Orang nak cakap apa itu, lantaklah. Cuma saya mula terfikir nak jaga segala serbi fasal diri selepas keluar AF1.

“Masa itu kejutan budaya sebenarnya sebab jadi artis dan mula dikenali. Tapi antara masalah utama saya ketika itu ialah mendapat tajaan termasuk baju kerana berbadan tembam. Memang lepas masuk AF1, berat badan saya naik mendadak.

“Ketika zaman jadi artis itu, berat badan saya pernah mencecah 70 kilogram. Dalam hati pernah terdetik besar sangat ke badan aku ini? Ikutkan zaman solo sebelum kahwin pun berat saya sekitar 48 kilogram. Tapi sekarang selepas berkahwin dan ada anak, berat saya dalam 47 kilogram.

“Sebab nak kurus sangat, saya ketika itu juga pernah diet dengan cara silap. Sampai pernah jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya. Biasalah tak ada ilmu, tapi berlagak pandai diet itu ini. Hinggalah saya berdiet dengan betul dan menjadi testimoni kepada formula produk sendiri.

“Khai sendiri antara yang mencetus idea kenapa saya tak buat produk pelangsingan sendiri jika boleh berjaya kurus,” katanya yang nekad mengeluarkan produk sendiri selepas melahirkan anak kedua.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

Kata Rosma, fasa memulakan perniagaan sejak awal itu bukan mudah. Apatah lagi ramai persaingan di luar sana turut mengeluarkan produk yang hampir sama. Namun percaya dengan bakat anugerah Tuhan padanya.

Jika diimbas kembali, Rosma sebenarnya sudah kalis kecaman sejak dulu kerana memiliki badan tembam.

“Kalau ketika zaman dulu wira papan kekunci sehebat masa kini, mungkin lagi teruk saya dikecam kerana memiliki badan ‘plum’. Ikutkan hati memang terasa hati. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Sebaliknya cuba lawan kecaman itu dengan membuktikan diri boleh kurus dan sihat.

“Pernah ketika terbabit dengan promosi di ruang sembang maya, ada yang beri komen pedas membabitkan fizikal diri. Antara komennya berbunyi…sudahlah gemuk, ada hati nak bercinta dengan artis kacak (Khai yang digosipkan sejak zaman AF1 hingga berkahwin).

“Komen lain siap cakap usia muda tapi lagak saya dengan berbadan tembam seperti sudah pangkat makcik makcik yang ada ramai anak. Begitu juga yang terang terangan cakap saya tak cantik, debab dan bulat. Selain tak layak berdampingan dengan Khai ketika itu,” katanya

Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM KHAI ROSMA

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI