Kredit foto Canva

Menipu jangan sampai Allah tahu. “Isteri ini ajaib, 1 suami tipu, 10 rahsia akan terbongkar satu-satu.

Oleh itu sebelum menipu, suami seharusnya fikir panjang-panjang kerana dalam bab menyiasat suami menipu dan curang ini memang kepakaran seorang isteri.

Isteri bila tahu suami berubah hati atau makan luar, memang hatinya tidak tenang. Apa lagi ini bukan kesalahan pertama, setelah berkali-kali beri peluan g tetapi anda tetap ulang kesilapan.

Lama-kelamaan hati yang mulanya masih ada rasa sayang akan semakin tawar. Ikuti perkongsian Sarah Saifuddin dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.

Artikel Berkaitan : Curang Itu Pilihan, Tak Melayan Memang Tak Jadi. Kajian Dapati Lelaki Curang Lebih Cepat Mati 

Menipu Jangan Sampai

Kadang kita tak tahu kenapa pasangan tiba-tiba berubah. Dari cakap lembut jadi biasa-biasa. Malah, dari biasa sudah bertukar kasar dan mencuka.

Kita hulur tangan hendak pergi kerja, dia tak bersambut pun. Selalu berlaga pipi, peluk kanan dan kiri. Kali ni dia senyap sunyi.

Duduk membatu tiada lagi pesanan penaja buat diri. Balik rumah tersedia nasi. Rumah kemas tak ada sepah-sepah.

Nak cari baju semua tersusun cantik dekat almari. Tapi kali ini sudah suram, sakit mata bersepah sana-sini.

IKLAN

Allah Tahu

Pasangan, tak akan menyepi kalau kita pandai jaga hati. Kita khianati dia dalam diam.

Malah, kita menipu dengan anggapan dia tak akan tahu. Tanpa sedar pesan orang tua, menipu jangan sampai Allah tahu.

Kerana pasangan ini ajaib. 1 kita tipu, 10 terbongkar satu persatu. Tak perlu dia siasat. Apabila Allah “berkehendakkan” segalanya kun fayakun.

Isteri Ini Ajaib, 1 Suami Tipu

Kita mula cakap dia sudah berdosa. Dia itu, dan dia ini. Cuba kita nafikan apa silap kita pada dia.

IKLAN

Mulalah nak protes macam dia semua salah. Padahnya, dia tetap membisu. Kerana bukan kali pertama dia memaafkan silap kita.

Jaga hati pasangan bukan sekadar perasaan. Jaga diri dan jaga air mukanya juga.

Jangan pernah terniat untuk mengkhianati. Kerana sekali hatinya terluka, dia bukan dirinya yang dulu.

Baca Di Sini

Curang Itu Pilihan, Tak Melayan Memang Tak Jadi. Kajian Dapati Lelaki Curang Lebih Cepat Mati

Mahu Suami Dimurahkan Rezeki & Dilimpahi Harta, Syaratnya Isteri Harus Lakukan 5 Perkara Ini

IKLAN

10 Rahsia Akan Terbongkar Satu-Satu

Berdoalah moga kesalahan mu dimaafkan. Atau bersedia untuk berjauhan. Tak perlu apa lagi perbincangan.

Kerana bagi dia sudah cukup peluang dikhianati. Rumah yang indah bukan yang serba mewah.

Tapi rumah yang dihiasi dengan sejuta kasih sayang dan senyuman pasangan.

Renungkan.
#sarahsaifuddin

Jika anda masih sayangkan rumah tangga, cuba amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah tautkan kembali rasa kasih dan sayang yang mulai tawar.

Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri :

Menipu Jangan Sampai Allah Tahu. “Isteri Ini Ajaib, 1 Suami Tipu, 10 Rahsia Akan Terbongkar Satu-Satu
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, sabarlah, cukupkanlah kesabaran, perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan. – (Surah Ali ‘Imran 3: 200)

Kashoorga: Kalau sudah berkahwin, ikutlah cara orang berkahwin.

Sumber: Sarah Saifuddin

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI