Tulis Guna Kaki, Kekurangan Fizikal Bukan Alasan Gadis OKU Ini Tidak Boleh Berjaya Dalam Pelajaran

Share

Islam melihat kedudukan individu manusia itu sebagai amat mulia tanpa perlu wujud perbezaan termasuklah yang memiliki fizikal atau mental yang serba kekurangan. Kagum dengan mereka yang serba kekurangan dari segi fizikal mampu mencipta kejayaan yang adakalanya lebih baik daripada mereka yang memilik kesempurnaan.

Firman Allah SWT dalam surah al Isra’ ayat 70 yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Kami telah memuliakan kedudukan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di darat dan di laut dan Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka ke atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.’


Subhanallah … insan terpilih ini bukan sembarangan. Biarpun memegang pen dan menjawab kertas periksa dengan kaki .. insan hebat ini telah membuktikan itu bukanlah alasan dia tidak mampu berjaya.
Tahniah buat penuntut UITM Merbok ini

Nur Adila Bt Gahzali @ Dila – ( 20 tahun) datang ke PKS OKU Bedong utk Majlis Karnival Pekerjaan OKU Peringkat Negeri Kedah dengan tujuan membantu ibunya berniaga air jus mangga.
Dia yang sangat ramah dan mesra itu senang sekali bila disapa dan diajak berbual.

Anak bongsu dari tiga adik beradik ini merupakan OKU fizikal sejak lahir ini telah membuktikan bahawa kekurangan yang ada bukanlah alasan untuk tidak boleh berjaya dalam pelajaran. Mula berjalan pada usia tiga tahun .. namun dia sudah lancar membaca ketika usia 5 tahun.

“Kita selalu rasa kita teruk ..  tapi bila kita lihat dunia luar … ada  lagi orang yang lebih teruk dari  kita. Jadi saya sangat bersyukur dan tak pernah bersedih  dengan keadaan saya.”

Menuntut di UITM Merbok … dia melahirkan rasa syukur yang amat sangat kerana sepanjang perjalanannya selama ini .. ada saja insan-insan di sekeliling yang sudi membantunya samada ketika zaman sekolah atau pun setelah dia berada di UITM.

Ayah bekerja kilang dan ibu menjaja air … dia berazam untuk berjaya demi membalas jasa ibu-ayah dan mereka di sekelingnya .

Menulis dengan menggunakan kaki … dia mengaku memerlukan masa tambahan setiap kali peperiksaan berbanding mereka normal yang lain.

Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup insan istimewa ini


Kesimpulannya kekurangan fizikal itu bukanlah pengalang untuk seseorang berjaya mencipta kejayaan. Apa bila ada kemahuan, di situ ada jalan.

Sumber kredit: FB: Natipah Abu

IKLAN