Guru adalah unsur penting dalam dunia pendidikan dan mempunyai pengaruh besar terhadap keberkesanan sesuatu pendidikan. Keperibadian dan amalan pengajaran guru mempunyai pengaruh besar kepada minda, akhlak dan jiwa pelajar.
Bagi seorang guru wanita bernama Hayati Aini Ahmad, sungguh pun guru ini sudah tiada lagi di alam yang fana ini namun ‘warisan ilmunya’ menjadi manfaat kepada pelajar-pelajar. Mengajar subjek Matematik Tambahan, guru wanita ini dijemput pergi oleh penciptanya pada tanggal 11 Mac baru-baru ini.
Arwah meninggal dunia akibat barah payudara. Arwah Cikgu Hayati Aini Ahmad dikatakan telah lama bertarung melawan penyakit yang dihadapinya itu. Namun sebelum pemergiannya, Cikgu Hayati telah memuat naik lebih daripada 100 video tutorial berkenaan mata pelajaran Matematik Tambahan di YouTube.
Malah, bagi membantu lebih ramai pelajar untuk memahami subjek berkenaan, Cikgu Hayati turut memuat naik video-videonya ke Facebook.
Video-video tersebut telah banyak membantu ramai pelajar yang menghadapi kesukaran dalam subjek itu.
Ads
Ads
“Isteri saya akan merakamkan video di dalam Bahasa Melayu supaya pelajar-pelajarnya dapat memahami dengan lebih mudah walaupun dia lebih cenderung untuk mengajar subjek ini di dalam Bahasa Inggeris,” kata Abdul Jalil Daud, suami Cikgu Hayati.
Abdul Jalil turut menceritakan bahawa arwah isterinya sanggup melakukan apa sahaja demi membantu para pelajarnya. Antaranya menjawab segala persoalan pelajar meskipun di luar waktu persekolahan.
Salah seorang bekas pelajar Cikgu Hayati yang kini berusia 34 tahun turut mengingati bagaimana arwah mendidik para pelajar dan berusaha untuk menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih mudah difahami. Bukan sahaja itu, Cikgu Hayati juga dikatakan sebagai seorang guru yang sangat baik hati dan pemurah.
Ads
Cikgu Hayati yang mengajar di SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang telah disahkan menghidap kanser payudara sejak Januari 2017 lagi. Tahap kesihatannya bagaimanapun semakin merudum dan membuatkan Cikgu Hayati terlantar sakit bermula September tahun lalu. Cikgu Hayati akhirnya pergi meninggalkan semua insan tersayang di usia 46 tahun…
Bukan semua orang berpeluang untuk bertemu dengan insan baik hati seperti Cikgu Hayati. Semoga video-video beliau dapat dijadikan sebagai panduan buat para pelajar yang memerlukan bantuan untuk memahami subjek Matematik Tambahan.
Berita mengenai pemergian Aktivis Muslim Care Malaysia dan juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa, 52, dimaklumkan ahli keluarga dan rakan yang turut bersamanya mengerjakan umrah di sana. Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ustaz Azli Taliban ke Madinah sejak 2 Mac lalu untuk mengerjakan umrah bersama keluarganya selain bagi menghadiri konvokesyen anaknya di Universiti Madinah.
Meninggal dunia di Madinah pada 5.30 pagi waktu Malaysia atau 12.30 tengah malam, waktu tempatan pada tanggal 12 Mac, pemergiannya cukup indah. Perginya di bulan Rejab, di Kota Madinah Al Munawwarah ketika menunaikan ibadah umrah.
Pastinya ia satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azli terutama anak-anaknya. Berikut catatan yang menyentuh jiwa daripada anak lelaki Allahyarham Ustaz Azli.
Nukilan Perpisahan Buat Abi Tersayang.
“Akir, jangan macam itu”
“Akir, kenapa buat macam tu”
“Akir, kena buat macam ini”
Demi Tuhan belum masih cukup aku belajar dan dididik oleh abi. Masih belum puas rasanya aku berbakti berbuat ihsan pada abi. Banyak perkara lagi yang aku perlu belajar. Mahu belajar. Berpisah dari keluarga sejak di bangku menengah benar benar mengusik perasaan kesal dan rasa masih belum cukup berbakti. Baru sahaja haritu aku berbual dengan rakan rakan tentang ke mana hala tuju kami selesai belajar, dengan selamba aku menjawab,
“Aku nak kerja dekat perak sahaja nanti. Cukuplah dulu berjauhan dengan keluarga. Ini masa untuk aku balas dan berbakti pada Umi dan Abi”
Demi Tuhan, Abi merupakan insan yang luar biasa. Semangat dan kesungguhannya dalam dakwah dan perjuangannya sedikitpun tidak mengabaikan kami ahli keluarga. Makan minum kami, segala kelengkapan kami sentiasa diambil kira biarpun kadang kadang abi terpaksa outstation 3-4 hari ceramah sana sini atau mengikuti misi kemanusiaan sana sini.
TIDAK DIDUGA
Pemergian abi sangat tidak diduga. Kerana abi langsung tidak menunjukkan tanda sakit atau kepenatan. Yang aku dapati senyum dan kegembiraan terpatri di wajahnya sepanjang berada di sini.
Masih aku ingat antara jenaka yang selalu beliau modalkan dalam tour ceramah ceramahnya dahulu,
“Kita berjuang untuk Islam ini kena banyak juga berkorban. Saya sendiri sampai keluar malam balik bila jumpa anak, anak takut ingatkan benggali mana”
dan seperti biasa jenaka abi jarang tidak mencuit hati.
Sejak dari semalam tidak putus putus orang menceritakan jasa abi buat umat islam. Bukan sahaja dalam urusan agama, abi juga telah buktikan dengan imej serban dan janggut abi juga mampu menyumbang jasa dalam sukan, dalam misi misi kemanusiaan. Demi Allah tuhan pemegang nyawa, kami semua menjadi saksi atas kebaikan abi.
Menguruskan jenazah abi menjadi momen paling berharga dan kritikal buat aku. Benar air mata ini sukar ditahan. Air mata rindu dan gembira bercampur baur turun sepanjang menguruskan susuk jenazah abi. Rindu kerana tiada lagi susuk tubuh yang sentiasa memberi tunjuk. Gembira kerana abi dijemput Allah di tempat kekasihNya, di tempat Baginda menjanji syafaat, dibangkitkan bersama Kekasih Rasulullah SAW, dan para sahabat. Benarlah sabda nabi kita semua akan dibangkit dengan siapa kita sayang.
ABI SANGAT SAYANGKAN AGAMANYA
Abi sangat sayangkan agamanya. Oleh sebab itu abi sayangkan kami ahli keluarga dengan agama. Bab agama paling dijaga dan diambil berat.
Abi sangat sayangkan imannya. Oleh sebab itu abi paling pantang jika ada benda yang boleh merosak imannya dan iman saudara saudaranya yang lain.
Abi sangat sayangkan agamanya, dan itulah membuatkan beliau terus cekal meneruskan usaha dakwahnya tanpa jemu dan penat mendidik dan berjasa pada saudara seagamanya.
Tidak mengapalah abi, kami adik beradik tidak kisah berkongsi abi. Berkongsi dengan perjuangan dan ummah ini.
Selalunya, aku malu untuk mengaku aku anak abi di hadapan kawan kawannya semasa ketiadaan abi. Oleh kerana itu tidak ramai yang mengenali aku berbanding abi. Kerana bimbang kalau kalau aku melakukan perkara perkara yang boleh memalukan abi. Tetapi tidak pada hari ini. Biar semua tahu kami adik beradik sekeluarga redha dan bangga dengan pemergian abi!
Sungguh cantik perancangan tuhan, Abi dijemput tuhan saat sudah selesai urusannya di sini. Selesai umrah, selesai hadir majlis ramah mesra bersama ibu bapa pelajar Madinah, selesai hadir Majlis Konvokesyenku. Langsung tidak tertera raut kesakitan atau sedih dengan senyum dan gembira beliau sepanjang di bumi madinah ini. Siapa sangka potret konvo yang dirakam bersama keluarga bakal menjadi potret yang paling mahal yang paling sedih untuk dikenang dan ditatap.
Saat tulisan ini dikarang, masih lagi tangan ini berbau wangian ketika memandikan abi. Sungguh waktu itu aku rasakan abi seperti tidak sabar lagi bersiap bersolek untuk menghadap tuhan rabbul izzati. Anak tunggal lelakimu ini berjanji akan menggalas tugas sebagai nahkoda keluarga kita mengikut acuan yang telah abi bentuk selama ini seberat mana pun ia. Akir janji jaga adik adik dan umi!
Kalau ditanya apa yang paling aku kesali tak sempat berbuat semasa abi hidup, aku kesal tidak salam dan cium peluk abi di pagi hari kematian kerana aku sangka esok masih ada lagi hari untuk aku dan abi. Sentiasalah hargai momen dan nikmat tuhan selagi masih ada sebelum ia ditarik kembali. Kerana tiada yang kekal di dunia ini melainkan Yang Abadi.
Cukuplah dahulu tulisan dan perkongsian ini. Jika mahu dicoretkan kehidupan abi, sungguh tidak cukup aksara untuk disusun dan ditulis. Semoga tulisan tulisan tentang jasa jasa abi menjadi inspirasi kami untuk kami contohi. Semoga yang masih lagi memusuhi abi diberi taufiq dan hidayah dan menjadi lebih kuat dirinya untuk berjasa dengan agama dan umat ini.
Siapa yang tidak kenal Ayana Jihye Moon. Gadis ini adalah satu-satunya yang beragama Islam di dalam keluarganya. Ayana tetap dengan pendiriannya untuk memeluk Islam dan mengenakan tudung. Di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam daripada 50 juta penduduk.
Ayana memeluk agama Islam pada 2012. Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Baru-baru ini melalui laman Instagramnya, Ayana berkongsi berita gembira. Ia bermaksud Ayana memiliki dua orang ahli keluarganya yang memeluk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas, adik lelakinya pula memeluk Islam.
Hal tersebut dikongsikan Ayana menerusi Instagram peribadinya pada hari Isnin (11/3/2019).
Tulisnya: “Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar?
Solat Jumaat tidak akan berlangsung di masjid Al Noor dan Linwood, hari ini berikutan polis masih belum selesai siasatan di dua lokasi berkenaan. News.com melaporkan, dua masjid itu yang diserang pengganas Jumasa lalu hanya akan dibuka semula esok.
Sementara itu, ribuan orang dijangka berkumpul di Hagley Park yang terletak berhampiran Masjid Al Noor, tengahari ini untuk memberi penghormatan kepada mangsa tembakan.
AZAN DI KUMANDANGKAN SECARA LANGSUNG
Pada jam 1.30 petang waktu tempatan, solat Jumaat akan berkumandang secara langsung di stesen televisyen dan radio seluruh New Zealand.
Ketua Persekutuan Persatuan Islam New Zealand, Mustafa Farouk meluahkan penghargaannya atas sokongan rakyat terhadap komuniti Islam di negara itu.
“Kami gembira solat Jumaat dapat bersiaran ke seluruh dunia agar semua orang dapat menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.
Seramai 30 individu terhormat termasuk Perdana Menteri Jacinda Ardern akan menghadiri majlis berkenaan.
Majlis pengebumian besar-besaran turut dijangka berlangsung hari ini selepas polis mengumumkan selesai mengenal pasti identiti semua 50 mangsa tembakan, Khamis lalu.
Jenazah 25 mangsa sudah disediakan untuk disemadikan di tanah perkuburan Memorial Park.
Berikut perkongsian Wafi Shaik di laman Facebooknya tentang suasana di Masjid Al-Huda, Dunedin yang terletak kira-kira 350km dari bandar Christchurch.
Heartwarming.
Hari ni aku pergi ke Masjid Al-Huda, Dunedin. Ia terletak di salah satu bandar di South New Zealand kira2 sejauh 350km dari bandar Christchurch. Waktu sudah petang, aku hendak menunaikan solat Asar.
Masjid sudah DIBENARKAN untuk solat bagi beberapa daerah dengan kawalan pihak polis. Mereka menjaga dari awal masuk waktu hingga habis waktu solat.
Ketika menuju ke pintu masjid aku menyapa anggota polis yang bertugas,
“Can I enter this mosque and doing my prayer?”
Beliau menjawab dengan senyuman yang amat menenangkan,
“Please my friend, I am here to protect you from outside”
Kami pun berbalas senyuman dan aku masuk terus ke masjid melakukan ibadah wajib. Deep inside, I feel blessed.
Sejurus aku habis menunaikan ibadah, seorang lelaki sesama muslim yang bernama Fauzan menegur aku. Beliau menetap di Dunedin.
Kami bersalaman and having a chat together. Pelbagai topik yang diborakkan lagi2 berkaitan dengan tragedi yang berlaku di Christchurch baru2 ini.
One of the conversation that I always remembered ialah apabila Fauzan mengetahui bahawa aku sedang musafir, beliau meminta didoakan agar keadaan disini kembali aman seperti biasa dan mendapat kesejahteraan dunia juga akhirat. Because for them, it means a lot.
Aku tersentuh hati dengan masyarakat New Zealand yang tidak membiarkan minoriti umat Islam disini rasa “terasing”. Pelbagai bunga dan ucapan di hadapan perkarangan masjid diberi oleh mereka untuk menunjukkan sokongan bersama.
Even they feel sorry this happened, and they promise that we will facing this together.
Heartwarming is the best way to describe this, no hate just spread love.
Kia Kaha, semoga para syuhada yang terbunuh akibat serangan dikurniakan syurga yang tertinggi.
To all New Zealanders, thank you for always be with us no matter what happens.
We are one. ?
Wafi Shaik
18 March 2019
Masjid Al-Huda,Dunedin
New Zealand
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...