Perceraian atau talak adalah pembubaran hubungan suami-isteri daripada ikatan pernikahan atau perkahwinan yang sah mengikut syariat. Islam membenarkan perceraian apabila tidak ada lagi persefahaman antara suami isteri dan bahagia sudah hilang.
Lebih memilukan jika talak ‘dilafazkan’ melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp atau media sosial.
Berikut ulasan yang dipetik dari Mufti Wilayah Persekutuan.
Talak akan jatuh jika dilafazkan oleh suami kepada isteri sama ada secara sarih (jelas), sekalipun tanpa niat dan juga secara kinayah (samar-samar) jika disertakan dengan niat. Tiada pengecualian di dalam syarak jika talak berkenaan disebutkan ketika waktu normal, bergaduh mahupun bergurau-senda.
Ini berdasarkan sebuah hadis:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk.” [Riwayat Abu Daud (2194), al-Tirmidzi (1184) dan Ibnu Majah (2039)]
Lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu sarih (jelas) dan kinayah (samar-samar). Bagi lafaz sarih ada tiga perkataan yang jika disebutkan jatuhlah talak, perkataan tersebut ialah cerai, pisah dan lepas.
Kata Imam al-Baijuri:
“Talak yang sarih tidak memerlukan kepada niat. Iaitu niat jatuhnya talak. Kerana tidak dihtimal kepada selain daripada talak.” [Lihat: Hasyiah al-Baijuri ‘ala Syarh Ibn al-Qasim ‘ala Matan Abu Syuja’, 2/263]
Ads
Manakala lafaz kinayah adalah lafaz yang samar-samar. Sama ada jatuh atau tidak talak adalah bergantung kepada niat si suami. Kata Ibnu al-Qasim al-Ghazzi:
“Kinayah ialah setiap lafaz yang membawa makna talak ataupun selain daripada itu. Dan ianya memerlukan kepada niat. Jika berniat untuk menceraikan ketika melafazkan lafaz kinayah maka jatuhlah talak. Jika tidak, talak tidak jatuh.” [Lihat: Syarh Ibnu al-Qasim ‘ala Matan Abi Syuja, 2/264]
Lafaz cerai melalui whatsapp termasuk di dalam bahagian kinayah bukannya sarih. Ini bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59, talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.
Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk menthabitkan talak tersebut. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak.
Ads
Tambahan pula, dar al-Ifta’ al-Misriyyah menyatakan hal yang sama iaitu talak yang diucapkan melalui pesanan ringkas (sms) atau sebagainya termasuk di dalam talak secara kinayah. Talak seperti ini tidak akan berlaku melainkan apabila si suami memang berniat untuk menceraikan isterinya.
Ini kerana, pesanan ringkas ini termasuk di dalam khabar (berita) yang boleh jadi ia benar dan boleh jadi ia dusta. Apabila berlaku perkara seperti ini, si suami akan ditanya akan niatnya. Jika dia memang berniat untuk menceraikan isterinya, maka ia dikira (jatuh talak tersebut). Jika sebaliknya, maka ia tidak akan dikira.
Walau bagaimanapun talak tidak jatuh atau berlaku jika suami tidak berniat menceraikan isteri ketika mengirimkan pesanan tersebut. Setiap pasangan yang diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas ini perlu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah berdekatan dengan rumahnya di negeri yang didiami apabila berhadapan dengan situasi sebegini.
Kepada sang suami, kenanglah saat-saat manis dan episod indah bersama isteri supaya jika berlaku perceraian ia dilakukan secara baik dan gentleman sebagaimana saat indah anda menyunting gadis tersebut untuk memperisterikannya dulu.
Sumber kredit:
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan kehilangan orang tersayang mendatangkan kesedihan yang mendalam. Apatah lagi jika pemergian itu berlaku sekelip mata atau secara tiba-tiba. Yang pasti melalui saat getir itu membuatkan seseorang sukar untuk melupakan kenangan hidup yang pernah dilalui bersama. Pun begitu orang yang berhadapan dengan saat sedih ini harus reda dan menerima setiap yang berlaku sebagai ujian Allah kepadanya.
Perkongsian kakak usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Noor Hayati Kamarzaman bersama arwah bapanya menjentik perasaan netizen. Akui Noor Hayati yang lebih mesra dengan panggilan Yatie, sebelum ini dia jarang berkongsi gambar bersama arwah ayahnya.
Pemergian bapanya benar-benar meruntun jiwa usahawan wanita ini. Ikuti perkongsian Yatie seperti yang tercoret di laman Instagramnya.
Saya jarang letak gambar abah. Tapi hari ni lepas semua selamat dikebumikan, terimbas gambar raya tahun sudahnya. Saya masih x boleh terima abah dah x ada. Saya cuba belajar redha. Abah jumpa dulu arwah Ani.
Alhamdulillah abah berjaya tgk kesemua anak2 nya (anak dgn isteri kini) mandikan beliau. Itulah hajat arwah sebenarnya. Untuk tengok anak-anak dia sekali berkumpul.
Saya sedih. Sebak. Tapi tersangat tersentuh sebab arwah meninggal dalam keadaan tersenyum lebar. Badannya juga tak ada sedikit najis pun. Memandangkan doktor tak sempat buat pembedahan lanjut, badannya elok dari luka.
TAK MAMPU BELI MAKANAN SEDAP-SEDAP
Abah saya orang susah. Jadi guard di hotel. Tak mampu belikan saya dengan adik @aliffsyukriterlajaklaris makanan sedap-sedap. Dia kumpul dari makanan yang dibuang dari hotel. Letak dalam tisu untuk bagi kami berdua setiap kali kami berjumpa. Itu je yang dia mampu bagi selain sedikit duit poket. Saya pernah mogok nak jam tangan. Padahal duit abah ada tu je sampai cukup bulan.
Minta walkman. Abah tolak gaji 6 bulan. Sedikit pun x pernah marah saya sebab arwah teramat penyabar orangnya. Sepanjang saya kenal abah, tak akan keluar dari mulut dia cerita buruk orang lain. Semua orang keliling dia baik katanya.
Jauh sekali meminta saya & adik duit walau sesak macam mana pun. Oh abah, kalaulah keluarga kita seperti keluarga normal yang lain.. kami akan berikan apa sahaja. Tapi Allah lebih hebat mencaturkan hidup kita semua.
Perkongsian ini mendapat respon daripada netizen. Rata-rata bersimpati dengan Yatie dan mendoakan agar roh ayah mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Perkongsian Heliza Helmi ke Syria baru-baru ini untuk misi kemanusiaan benar-benar menyentuh hati. Sumbangan yang dikumpul oleh rakyat Malaysia telah berjaya sampai ke Syria. Namun perkongsian Heliza mengenai kereta mainan kecil milik kanak-kanak Syria yang ditemui oleh para aktivis menyebabkan hati menjadi sebak.
Menurut video tersebut, pemilik kereta mainan itu bernama Abdullah dan baru berusia 7 tahun.
Kalian rasa apa terjadi pada pemilik KERETA MAINAN ini? Kongsi Heliza.
Kenderaan bermandikan DARAH!
Abdullah, berusia lebih kurang 7-8 tahun , sedang bermain-main dengan kereta ini, di luar tiba tiba serangan berlaku, dan Abdullah syahid.
Video itu sengaja Heliza kongsikan bagi menunjukkan kepada umum mengenai kesusahan penduduk Syria. Oleh hal itu, dia menyeru kepada semua agar sama-sama menyumbangkan sedikit dana bagi meringankan beban penduduk di bumi Syria.
Marilah kita menyumbang demi membantu meringankan beban saudara-saudara kita di sana.
Siapa yang tidak kenal Ayana Jihye Moon. Gadis ini adalah satu-satunya yang beragama Islam di dalam keluarganya. Ayana tetap dengan pendiriannya untuk memeluk Islam dan mengenakan tudung. Di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam daripada 50 juta penduduk.
Ayana memeluk agama Islam pada 2012. Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Baru-baru ini melalui laman Instagramnya, Ayana berkongsi berita gembira. Ia bermaksud Ayana memiliki dua orang ahli keluarganya yang memeluk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas, adik lelakinya pula memeluk Islam.
Hal tersebut dikongsikan Ayana menerusi Instagram peribadinya pada hari Isnin (11/3/2019).
Tulisnya: “Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar?
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...