Memandang wajahnya yang tenang sudah menggambarkan peribadi si empunya diri. Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh bukanlah calang-calang nama di pentas ceramah. Nama beliau sering meniti di bibir lantaran kepetahan bicaranya ketika menyampaikan dakwah.
Mesra disapa dengan panggilan Ustazah Nik Salida, wanita berwajah keibuan ini kini sedang bercuti sabatikal selama sembilan bulan sehingga Julai 2018 untuk menyiapkan penyelidikan dan penulisan buku. Dalam masa yang sama beliau juga sibuk dengan tugas sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM.
Dalam pada kesibukan menguruskan tugas-tugas hakiki, Ustazah Nik Salida juga turut sibuk memenuhi pelbagai jemputan untuk menyampaikan ceramah dan forum berkaitan hak asasi, integriti, isu-isu agama dan undang-undang, kekeluargaan dan hak wanita.
Selain itu Ustazah Nik Salida juga sering memenuhi jemputan sebagai tetamu di pelbagai rancangan TV dan radio bagi membincangkan isu-isu semasa dan agama.
Sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan dalam masa yang sama turut ‘menyandang’ jawatan sebagai isteri dan juga ibu, agihan masa antara kerjaya dan juga pengurusan keluarga amat penting. Support system yang berkesan amat membantu perkembangan dan jatuh bangun dunia kerjaya seorang wanita.
“Saya bertuah kerana mempunyai suami yang menjadi tunjang utama dalam menguruskan keluarga. Walaupun beliau sendiri amat sibuk dengan kerjayanya sebagai peguam tetapi beliau jugalah yang menguruskan aktiviti saya dan anak-anak.
“Syukur juga kerana saya mempunyai pembantu rumah yang cekap dan boleh membantu saya menguruskan anak-anak dan keperluan rumahtangga dengan baik.
“Sebab itulah saya merasakan bahawa saya boleh mengagihkan masa antara kerjaya dan keluarga dengan baik setakat ini. Bahkan saya memasak dan menggosok baju setiap hari kerana saya tidak benarkan pembantu lakukan ini.
Ads
“Saya mempunyai dua orang anak yang tinggal di asrama dan saya serta suami pastikan kami menziarahi mereka setiap hujung minggu,” tutur Ustazah Nik Salida suri kepada Mohd Najib Abas.
Menjalani gaya hidup yang sibuk, ibu kepada Muhammad Naquib Izzul Wafiq, 17, Najeeha Izzatul Hana, 13, Najeeya Khyra, enam tahun dan Naiela Tihani, tiga tahun mengakui bahawa beliau tidak mempunyai masa lapang.
Sekiranya ada sedikit waktu terluang, beliau turut berkongsi aktiviti rutin harian, program-program dan bertukar maklumat di laman sosial.
Ads
“Saya lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, memasak untuk kawan-kawan dan saudara-mara yang saya undang ke rumah. Selebihnya saya suka membawa anak-anak membeli belah.
“Saya suka memasak tetapi tidak mempunyai masa yang banyak. Jika ada sedikit waktu terluang, saya membakar kek cawan dan menghiasnya dengan anak-anak dan kami berkelah di halaman rumah. Bersama anak-anak juga saya suka melayan mereka melukis dan mewarna.
KEHIDUPAN PERIBADI
Berkongsi cara mendidik anak-anak, jelas Ustazah Nik Salida seperti orang lain juga, sejak kecil, anak-anak dibiasakan dengan adab dan akhlak. Mereka juga perlu khatam al-Quran sebelum berusia 10 tahun.
Ads
“Sebenarnya ia agak lewat khatam al-Quran dalam usia tersebut tetapi memandangkan saya sendiri yang mengajar mereka, ia terbatas kepada waktu saya berada di rumah sahaja untuk mengajar. Saya juga pastikan anak-anak belajar di sekolah aliran agama
“Anak-anak wajib mengetahui ilmu-ilmu agama atau diniah sebelum meneroka lebih jauh pelbagai cabang ilmu lain. Saya ingin pastikan mereka mendapat pendidikan agama di peringkat rendah dan menengah tetapi di peringkat ijazah, saya lebih suka sekiranya mereka mengambil jurusan profesional dan menamatkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi,” ungkap Ustazah Nik Salida.
Kehidupan yang sentiasa ‘dikejar’ dengan kesibukan memerlukan Ustazah Nik Salida sentiasa kekal bertenaga. Apa yang diamalkan oleh beliau ialah setiap pagi beliau mengambil madu, minyak zaiton, cuka epal dan segelas air masak sebagai sarapan.
“Waktu tengahari saya mengambil satu hidangan protein dan dua per tiga jenis sayuran tanpa nasi. Begitu juga untuk makan malam.
“Saya berasa sihat dan cergas sekiranya tidak mengambil nasi. Saya pastikan mempunyai tidur yang cukup walaupun tidak tidur di waktu siang,” kongsi Ustazah Nik Salida ringkas.
5 TIP BINA KELUARGA BAHAGIA:
1. Tahu misi, visi dan objektif berumahtangga dan berkeluarga dengan jelas dan berusaha merealisasikannya 2. Memilih calon pasangan yang tepat (kita perlu kenal dan tahu peribadinya) untuk saling melengkapkan kekurangan yang ada. 3. Mencari bahagia berlandaskan hukum syarak. 4. Melakukan semua aktiviti secara berjemaah dan menggalakkan kecenderungan minat yang sama di kalangan ahli keluarga. 5. Menjadikan sifat Islam sebagai agama yang membawa rahmat serta tunjang untuk mengamalkan cara hidup Islami. Mudah-mudahan menjadi sebab kehidupan berkeluarga kami sentiasa di dalam rahmat Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebaik selesainya musim haji pada 1440H lalu yang menyaksikan beberapa rakan selebriti menjadi tetamuNya, kini barulah Tanah Suci Mekah dibuka pula untuk mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah.
Nampaknya seperti biasa rakan selebriti lain tidak ketinggalan dipanggil menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah umrah di sana.
Antara yang pergi kali ini adalah penyanyi Lan Solo yang bukan sahaja pergi seorang diri, tetapi juga bersama seluruh ahli keluarga, termasuk anak kecil berusia setahun.
Dalam posting terdahulu di laman Instagramnya, Lan ada memaklumkan dia dan keluarga kini dalam perjalanan sedang mengerjakan umrah. Justeru Lan memohon maaf kepada semua follower dan memohon agar segala urusanya dipermudahkan.
Menurutnya juga dia bukanlah insan sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi dia memohon mereka yang membaca postingnya itu memaafkan segala kekhilafannya.
Lan juga menganggap jika ini adalah perjalanan terakhirnya, dia meminta agar segala keburukan mereka sekeluarga dapat dilenyapkan dan mungkin dengan hanya satu kebaikan yang pernah dilakukannya.
Rata-rata rakan selebriti dan netizen memberi komen positif. Malah mereka turut mendoakan agar urusan ibadah umrah Lan sekeluarga berjalan lancar.
Assalamualaikum.. Hari ni..8 sept 2019, Ahad.. Kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan umrah.
Dgn rendah hati, sy mewakili isteri serta anak2 memohon semua sama2 berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar.
Sbg manusia,kami tidak sempurna dan tidak lepas drpd melakukan kesilapan. Dgn kesempatan ini, dpt la andainya semua yg membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dr segala segi.
Terlanjur perbuatan,terlanjur tuturkata,terhina tanpa sengaja,tutur bicara yg menghiris hati sesiapa,terusik harta, terlebih kira, terdgr berita yg tidak sepatutnya.
Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yg keruh dapat dijernihkan dr hati ke hati.
Seandainya perjalanan ini adlh perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dgn hanya satu kebaikan yg pernah kami lakukan sekiranya ada.
Semoga perjalanan kami ke tanah suci, penuh dgn redha dan berkat illahi.
Berita yang amat mengejutkan pagi ini. Chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dijemput Penciptanya pada usia 29 tahun. Berita duka itu dikongsikan oleh sepupu Allahyarham, Natasha Amran menerusi laman Instagramnya.
Adamdidam meninggal dunia awal pagi ini dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
“Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar.
“Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin,” tulisnya menerusi posting tersebut.
Melalui instastory Natasha Amran, wanita ini turut berkongsi yang hajat Adam untuk dikuburkan di sebelah kuburan bapanya ‘tertunai.’
Selebriti dan pengacara Neelofa yang berpangkat anak saudara kepada Adam turut memuat naik semula posting tersebut di Instastory beliau dan berkongsi gambar mereka ketika kanak-kanak.
Seorang sepupu lelaki Adam yang enggan dikenali berkata, chef tersebut meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi akibat jangkitan paru-paru.
“Kami (pihak keluarga) memang mengetahui tentang keadaan kesihatan Adam yang menderita sudah lama.
“Sejak Februari lagi keadaan dia sudah tidak berapa okay,” katanya ketika dihubungi mStar pada pagi Ahad.
Tambahnya, Adam meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot.
Kemudian, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.
Terdahulu, Adamdidam seolah-olah memberikan bayangan tentang keadaan kesihatan diri beliau menerusi posting kedua terakhirnya di Instagram.
“Sudah terlalu lama saya menghilang… apabila sesuatu berlaku, memang sukar untuk mengembalikan kehidupan anda kepada sediakala. Sekelip mata, hidup anda berubah 360! Dan perancangan anda? Lupakan sahaja. Ia hilang. Anda rasa tidak berdaya.
“Terlalu banyak berfikir dan semua perkara mengarut menerjah ke fikiran. Sekurang-kurangnya itu apa yang saya rasa. Tetapi percayalah, selepas semua masalah, ada kehidupan yang kuat, sihat dan bahagia yang menanti anda.
“Sebuah hidup yang lebih baik! Diri anda yang lama akan hilang, tetapi yang baharu ada di sini. Bukannya buruk, tetapi semangat yang lebih baik. Sesiapa yang berdepan ujian, ingatlah, Dia memberikan ujian paling getir kepada hamba-Nya yang paling disayangi,” tulis Adam pada 20 Februari lalu.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un
Festival bunga yang diselenggarakan oleh Royal Commission of Yanbu telah menarik puluhan ribu pengunjung. Kota industri yang terletak 300 km dari arah barat laut kota Jeddah itu menyaksikan pameran bunga tahunan di tengah cuaca yang menyenangkan.
Siapa sangka di Saudi ada flowers festival. Saya terlepas festival yang di Makkah, tetapi rakan saya di sana bersungguh-sungguh nak bawa saya ke Yanbu Al Sinaiyah, tak jauh dari Madinah. Katanya flowers festival di Yanbu lebih menarik.
Selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi dan ziarah makam Rasulullah SAW, kami bergerak ke sana. Perjalanan ke Yanbu tak sampai 1 jam dari Kota Madinah. Cantik Yanbu … perumahan di sini pun nampak moden dan menarik.
Flowers festival – Hujung Mac 2019. (Dah lama saya ingin nak datang sini)
Untuk makluman, Saudi pemegang rekod dunia sejak 2014 for the largest carpet of flowers yang merangkumi area seluas 16300 square meter. Festival diadakan setiap tahun, biasanya during spring dan tahun hadapan pada 28 Feb-30 Mac 2020 (estimated date) .
KASHOORGA: Kalau ada peluang, datanglah ke sini
Sumber kredit: MK Mohamed via Kenangan Haji & Umrah
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kebelakangan ini kita banyak melihat perkongsian di sosial media yang dikaitkan dengan istidraj. Melakukan dosa terang-terangan dan merasa bangga dengannya kerana hidup masih senang...