Setiap dari kita pastinya memasang niat untuk menjadi tetamuNya di rumah Allah. Tetapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan hanya Tuhan yang menentukan.
Siapa sangka perjalanan sekumpulan jemaah dari Madinah untuk ke Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan.
Dalam kemalangan itu, 35 jemaah umrah terkorban manakala empat lagi cedera dalam nahas di Arab Saudi selepas sebuah bas yang disewa khas berlanggar dengan jentera angkut semalam.
Saudi Press Agency memetik kenyataan jurucakap polis melaporkan kemalangan itu berlaku di laluan Hajra kira-kira 170km dari Madinah berhampiran perkampungan al-Akhal.
Ads
Menurut Sinar Harian Online, kejadian yang kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan) itu membabitkan penumpang ekspatriat warga Asia dan Arab. Susulan insiden itu, siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Dalam satu rakaman video yang dimuat laik Facebook Sinar, rata-rata netizen yang melihatnya mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlihat dalam kemalangan berkenaan dan semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya.
Ads
Abdullah FaezahInnalillahiwainnailaihirojiun Salam Takziah keluarga jemaah2 yang terlibat Semoga Rohnya Cucuri Rahmat Aamiinn….
Mohd ZamriSalam takziah buat kuarge jemaah yg trlibat..smge rohnye dicucuri rahmat aminnn..al fatihah
Hamidah Haji KatanInnalillahiwainnalilahirojiun…. Salam takziah buat keluarga… Semoga arwah mereka semua ditempatkan dikalangan org2 beriman…. Aaminnn
Siti Nurjanah MukhsonSalam Takziah buat keluarga jemaah yg terlibat semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman Innalillahiwainnalillahirajiun
JustmeAre MayInnalillahi Wainna Ilayhi Rojiun… Slm takziah utk keluarga mangsa. Semoga dtmptkn dlm kalangan ahli syurga… Aamiiin44x ya robbal Alamiiin
Ads
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Alangkah indah dan sempurnanya hidup seseorang itu jika dipertemukan jodoh dengan seorang suami yang mampu jadi pembimbing kita hingga ke jannah.
Dia bukan sahaja kita anggap suami, tetapi teman baik dan jadi dahan tempat bergantung dan satu anugerah terindah dalam hidup. Tiada kata dapat meluahkan rasa syukur ini dipertemukan dengan insan yang mampu bimbing kita hingga ke jannah.
Perkongsian Ustazah Asma Harun di laman Instagramnya menyatakan rasa kasih, cinta dan syukur tidak terhingga dikurniakan suami yang baik.
Dia juga menjadi tempat untuk dipinjam bahunya, telinga untuk meluah dan melakukan segala-galanya untuk dirinya.
Ternyata catatan cinta buat suaminya itu adalah sempena haru ulang tahun kelahiran insan yang sudi untuk susah senang bersama dalam membina keluarga bahagia.
Malah suaminya inilah yang memberi kekuatan padanya saat diri rebah dan mahu mengalah.
“SubhanAllah, saya pasti ada sesuatu dlm hidup kita yg akan menguatkan rasa syukur mengatasi rasa tersungkur, sehingga walau ujian sedih & pedih datang, kita boleh hadapi dgn tenang.
“Alhamdulillah, dalam hidup saya, Suami tercinta adalah satu anugerah terindah, tiada perkataan yg boleh disusun untuk menyatakan rasa syukur kepada ALLAH. Kerana itu saya malu, bila ingin mengeluhkan ujian, sy teringat pemberian.
“Jika manusia melihat saya kuat, Allah ya Qawiyy berikan kekuatan itu melalui dia. Saat sy rebah dan mahu mengalah, dialah yg mengangkat sekuat hatinya supaya sy terus gagah, meminjam bahu dan telinganya untuk meluah, dia buat tanpa lelah.
“Dialah, Setiap Subuh hari minyak kereta diisi, Makanan dan air mesti diberi, Diletakkan ditengah antara kerusi, Kerana dia tahu perangai si isteri, Culas sarapan pagi.
“Dialah bapa, kadang dia jualah ibu, ketika berhari² saya keluar 7 orang anak dialah yang menjaga. Katanya pernikahan adalah satu perkongsian tanggungjawab & amanah, dia bukan lakukan tugas sy & sy bukan buat tugas dia, tapi itu memang tugas bersama.
“Menitis air mata, saat dia menyatakan bahawa saya adalah pinjaman Allah yg sementara di Dunia, untuk kekal bersama di Akhirat sana, maka dia kembalikan saya kpd Allah, pergilah kepada ummah & dakwah, dia benar² membenarkan kata²nya, kerana itu dia selalu mengalah, tak apa.
“Allahu Akbar, hari ini hari lahirnya, tiada apa yang dimahunya, dan saya tahu tiada hadiah yg boleh menggambarkan rasa syukur ini, seorang ibu melahirkan seorang anak lelaki, dibesar dididik dengan penuh kasih cinta, lalu akhirnya dilepaskan utk menjadi suamiku, dialah ibu mulia, moga saat ini arwah dlm salah satu taman SyurgaNya.
“Ya Allah, bantu aku utk menjadikan diriku hadiah terindah buatnya, sebagai isteri solehah penyejuk hatinya, semoga hidup & matiku dalam redhaMu dan redha suamiku.
“Selamat hari kelahiran buat suami yg saya muliakan, Tengku Fazli Tengku Yahya, hanya semata² Allah yang berhak dan mampu membalas segalanya, semoga sepnjg hidupmu dlm rahmat & pengampunanNya, dilimpahkn rezeki yang barakah, kekuatan menjadi qudwah hasanah, diberikan Husnul Khatimah dan berakhir di Jannah.
Aameen ya Mujib
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Suatu ketika dulu hidupnya pernah dibelengu dengan masalah kegiatan gengsterisme. Bukan itu saja, malah beban hutang serta masalah rumahtangga membuatkan hidup jadi tidak keruan.
Namu siapa sangka Tuhan telah menemukan dirinya dengan seorang insan yang akhirnya membawa dirinya ke jalan yang baik dengan memilih Islam sebagai agama baru.
Dia bertemu insan bernama Adam ini di perkarangan sebuah masjid di Alor Star bagi berkongsi masalah dihadapinya.
Ternyata hidayah Allah itu datang tanpa mengira siapa dan di mana. Hanya Dia yang mengetahui dan serta insan bertuah sahaja berhak menerima hidayah dariNya.
Perkongsian lelaki mualaf ini Chee Yin Wei atau nama islamnya Abdul Rahman Abdullah dari Taman Verga Jaya Alor Setar yang bersyukur dapat memeluk Islam Ogos tahun dan kini telah menjalani kehidupan yang semakin tenang.
Menurut artikel di Harian Metro, dia yang berketurunan Tionghua kemudiannya diajak oleh Adam untuk bersolat.
“Apabila sampai di situ, saya diajak Adam untuk solat, saya bertanya kepada Adam adakah saya boleh solat sedangkan saya bukan Muslim, Adam kata boleh lalu mengajar saya berwuduk dan menunaikan solat Asar, ketika itu.
“Saya hanya mengikut sahaja pergerakan solat sehinggalah selesai dan ternyata setiap sujud itu memberi ketenangan kepada saya, sejak itulah saya sering memandang ke langit seperti mencari sesuatu.
“Akhirnya saya sedar, apa yang perlu saya cari adalah Tuhan yang mencipta kita, dari situ saya berhasrat memeluk Islam dan pergi ke masjid untuk mencari imam, tapi sayangnya empat buah masjid yang saya pergi, tidak ada imam pada waktu itu,” katanya.
Bercerita lanjut, Chee atau nama Islamnya Abdul Rahman Abdullah berkata, pada masjid terakhir iaitu Masjid Jalan Pegawai, di Alor Setar, semasa menghidupkan motosikal untuk pulang ke rumah, tiba-tiba bilal memanggilnya memberitahu imam sudah sampai.
Katanya, selepas mengucapkan dua kalimah syahadah 7 Ogos tahun lalu di hadapan imam dan ahli jawatankuasa masjid berkenaan, dia akhirnya merasa semua masalahnya selesai.
“Ketenangan yang saya perolehi tidak dapat digambarkan dengan kata, walaupun pada mulanya ibu saya tidak dapat menerima saya sudah memeluk Islam, namun kini dialah insan yang menghantar saya menunaikan solat Jumaat di masjid.
“Kehidupan saya sebelum ini ternyata hanya nampak hebat di sisi manusia tapi ia sebenarnya tidak menenangkan jiwa… jiwa yang tenang adalah dengan mengingati Allah.
“Agama Islam adalah agama yang sempurna, mengajar manusia dengan penuh adab dan ilmu dalam setiap perbuatan walaupun hendak masuk tandas dan menukar pakaian.
“Saya dahulu sudah tiga kali dipenjarakan, selepas peluk Islam saya tinggalkan dunia gengsterisme, walaupun hidup saya kini susah tapi saya tetap bersyukur kerana berada di landasan dengan agama Allah,” kata bapa kepada dua orang anak ini.
Bekas chef sebuah hotel di Singapura ini berkata, dia kini mengambil upah memasak namun tidak selalu mempunyai tempahan.
Katanya walaupun ada kalanya terpaksa mengikat perut dengan hanya makan mi segera, namun ia tetap menganggap itu rezeki dari Allah.
‘Semoga roh arwah dicucuri rahmat.’ Mulianya hati penderma, tiga pesakit pulih penglihatan selepas dapat sumbangan organ. Benarlah orang yang baik, kebaikannya akan disebut-sebut biarpun telah pergi.
Malah pemergiannya memberi sinar baru buat pesakit yang memiliki masalah penglihatan. Bayangkan tanpa sebarang pertalian darah, namun dengan keluhuran hatinya telah mendermakan kornea mata kepada yang memerlukan.
Seramai tiga pesakit mata pulih penglihatan selepas mendapat sumbangan organ daripada seorang lelaki yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat masalah perubatan.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, proses pemindahan kornea Finno Joitol, 54, telah dipersetujui oleh pihak keluarga selepas dimaklumkan mengenai pilihan untuk menderma organ.
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya, berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit yang masing-masing menghadapi masalah kornea kiri dan kanan.
“Kornea yang didermakan juga berjaya ditransplan dan memulihkan penglihatan tiga pesakit iaitu kornea kanan kepada seorang penerima, dan kornea kiri dibahagikan kepada dua orang penerima.
“Pihak keluarga turut berbesar hati supaya kisah pendermaan ini boleh menjadi dorongan kepada orang ramai khususnya masyarakat di Sabah supaya tampil menjadi penderma organ,” ujar Rose Nani dalam satu kenyatan media.
Pada masa sama, Rose Nani turut mengucapkan takziah kepada keluarga Finno atas pemergian beliau serta merakamkan penghargaan terhadap kemuliaan penderma dan seluruh ahli keluarga atas sumbangan terhadap pesakit yang memerlukan.
Beliau turut mengingatkan orang awam yang ingin menderma organ agar mendaftar diri sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan pihak keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini. JKNS menyeru orang ramai agar menjadikan kemuliaan para penderma organ dan keluarga mereka sebagai teladan.
“Pendaftaran sebagai pengikrar penderma organ juga boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera”, Rose Nani menambah.