Kata orang kalau sudah jodoh tidak ke mana. Siapa sangka perkenalan yang terjadi disebabkan hanya ingin disebabkan ingin menambah ilmu menjadikan satu titik permulaan kepada sebuah hubungan yang serius dan halal.

Kisah perkenalan Ustazah Asma Harun dan suaminya yang disifatkan sebagai posting bersemut di laman sosial Facebooknya.

Menurutnya, suaminya itu yang  terlebih dahulu memulakan hantaran pesanan ringkas kepadanya untuk bertanyakan sesuatu berkaitan hukum agama.

Mula-Mula Kenal Tanya Bab Agama, Lama-Lama Hati Terpaut. Kisah Cinta Ustazah Asma Harun Ini Memang ‘Bersemut’!
Keluarga bahagia Ustazah Asma Nasa.

Namun begitu beliau memberikan syarat untuk berhubungan hanya atas urusan beberapa perkara sahaja.

Tetapi memang beliau dan suami sudah ditakdirkan untuk hidup bersama walaupun sebenarnya sebelum itu Ustazah Asma menyimpan hasrat mahu berkahwin dengan lelaki yang bergelar Ustaz.

Ayuh, ikuti perkongsiannya yang memang cukup ‘bersemut’ dan buat kita tersenyum sendiri ketika membacanya.

MAAF, POSTING BERSEMUT 

~ KISAH KASIH ~

“Assalamualaikum, ni Intan ke?” satu SMS masuk.

“Waalaikumussalam, maaf saya bukan Intan, tapi PERMATA”. Spontan sahaja tanpa fikir, lagipun tak mahu dedahkan nama sendiri.

“ok, maaf saya salah no.”

Berhenti disitu sahaja. Tak ada balasan. Hingga beberapa minggu.

Satu SMS masuk, “Assalamualaikum wbt, saya akan telefon petang ni dalam jam 5 petang, harap bersedia”.

Tanpa minta kebenaran, ayat penyataan sahaja. Tak ada balasan, yang ada hanya debaran. Entah kenapa debaran itu sangat luar biasa. Kebetulan hujung minggu, pagi tersebut ada usrah. Tugas sebagai naqibah terasa berat sekali saat itu, kerana fikiran dan hati tertumpu kepada SMS pagi tadi.

Pulang ke hostel, hati terus bermonolog, siapa yang nak telefon petang ni, lelaki ke perempuan, atas urusan apa, kenapa kali ni seolahnya terkunci untuk berkata tidak, atau bertanya seperti kebiasaan. Debaran makin kuat, cuba diredakan dengan pelbagai zikir dan doa. Lain macam sungguh.

IKLAN

Memang benar, tepat jam 5 petang no. tel itu naik. Seram sejuk dan suasana menjadi sepi.

“Assalamualaikum wbt”, suara lelaki. Terus tiba-tiba menyirap darah rasa nak marah.

“Waalaikumussalam, awak ni pelajar kusza kan, awak ni termasuk geng yang nak permainkan saya tu ke?, apa masalah muslimin dengan saya sebenarnya? Bla..Bla.. Dengan nada marah berdesup² keluar isi hati. Terus teringat akan segelintir yang berniat tidak baik, mereka agak marah dengan sikap garang dan tegas tak bertempat katanya.

Senyap. Mungkin dia pun terkejut tiba² kena marah bertubi².

“Maaf, saya memang tak kenal awak ni siapa, tapi saya bukan pelajar KUSZA, awak ni pelajar kusza ke, pengajian Islam ke, boleh ke jika nak jadikan awak sebagai rujukan. Begini, saya pelajar UTM bidang Chemical Enggeneering. Kawan² non Muslim ramai yang suka bertanya soalan tentang Islam tapi saya tak mampu nak beri jawapan, boleh ke?”.

Dan kenapa, tiba² alasan dan permintaan itu seperti masuk di akal. Sedangkan banyak perkara yang boleh diragukan.

“Ok, baiklah. Iya saya pelajar Pengajian Islam. Saya terima permintaan ini dengan beberapa syarat. Pertama, dilarang berhubung melalui telefon, semua soal jawab hanya melalui email sahaja. Kedua, dilarang bertanya atau mencari maklumat tentang saya hatta nama sekalipun, dan saya pun tidak mahu tahu apa² pun maklumat awak hatta nama sekalipun. Dan yang ketiga, Ini yang paling penting, jika urusan ini lari daripada tujuan asal untuk soal jawab, maka urusan ini akan terus terbatal. Setuju?”

Ketika itu, benar² enggan terlibat dengan sebarang perkenalan dengan lelaki, lebih² lagi bukan pengajian Islam. Biasalah, pelajar pengajian islam biasanya pasang impian sesama pengajian. Ustaz dengan ustazah.

IKLAN

“Ok baik, saya setuju”. Ringkas pendek dan yakin sekali jawapannya.

Begitulah perbualan itu berakhir. Maka bermulalah soal jawab berlangsung menerusi email sahaja. Hanya soalan dan jawapan. Bukan mudah juga soalan yang diberi, banyak melibatkan Aqidah, maka hikmahnya selalu mencari pensyarah untuk dapatkan jawapan.
Sekitar 6 bulan ia menjadi satu rutin migguan.

Sehinggalah satu ketika tiada lagi soalan. Benar² tiada. Sunyi sepi. Buat kali pertama, saya pula emailkan soalan, kenapa sudah tiada soalan?. Namun tetap tiada jawapan. Keadaan itu sangat mengujikan hati. Tidak semena air mata mengalir. Berhari² air mata mudah sekali tumpah. Kenapa dengan diriku ya Allah. Kenapa dia tidak lagi bertanya. Kenapa sangat menantikan soalan daripadanya.

Satu SMS masuk, “Assalamualaikum, maaf saya tak dapat teruskan lagi soal jawab antara kita, saya perlu berhenti, terima kasih atas jawapan² yang sangat baik selama ini. Mohon maaf salah silap”.

Digagahkan diri bertanya, dengan hati yang sangat kecewa, “boleh tahu kenapa?”

“Saya mungkin akan langgar syarat yang ketiga, kerana ia bukan lagi sekitar soal jawab agama, tapi soal jawab hati”.

Chia Chia Chia 

SubhanAllah, Begitulah bermulanya kisah kami . Lalu bermulalah tempoh istikharah, siasatan latar belakang dan terbukalah kisah sebenar disebaliknya. Menerimanya tanpa pernah lihat siapakah ampunnya diri.

Ada babak kurang direstui kerana beliau bukan dari background pengajian islam. Panjang cerita, pendek cerita, beliau beranikan diri seorang diri bertemu dengan arwah ayah dan emak untuk menyatakan hasratnya. Sepanjang tempoh perkenalan dan pertunangan dilarang bertemu, kecuali di rumah di hadapan ibu ayah. Itu pun hanya dua kali. Pergi ke Mesir. Pulangnya terus nikah. Panggilan sepanjang perkenalan, ustaz dan ustazah, supaya ia menjadi satu batasan.

IKLAN

Benar, beliau bukan seorang dalam bidang agama islam, tetapi seorang yang kuat dalam amal islamnya. Banyak mendidik, membimbing dan menegur isteri dan anak²nya. Bab pakaian sangat tegas dan teliti. Allah berikan lebih daripada yang saya impikan dalam doa, moga Allah merahmati kita semua.

Dalam jalan dakwah ini, kami harungi susah payah bersama. Walau hanya saya seorang yang tampil, namun tanpa redha, keizinan, sokongan dan pengorbanan daripada beliau dan anak², mustahil saya boleh lakukannya.

06.11.2005 ~ 06.11.2019

Hari ini genap 14 tahun usia pernikahan kami.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم واتوب إليه
هذا من فضل ربنا

Ujian dan nikmat dirasakan hampir sama kerana dihadapi semuanya bersama². Pernikahan ini adalah adalah satu perjanjian dengan Allah, sebagai jalan menuju Allah. Didunia ini Allah menemukan kita, insyaAllah kita bersama pertahankannya hingga ke Syurga. Ampuni kami ya Allah .

Saya juga mendoakan kebahagiaan, ketenangan, kelapangan, kemudahan buat semua sahabat di dunia dan akhirat .

Moga ada manfaat.

Asma’ binti Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat

Mula-Mula Kenal Tanya Bab Agama, Lama-Lama Hati Terpaut. Kisah Cinta Ustazah Asma Harun Ini Memang ‘Bersemut’!

Ternyata perkongsiannya yang mendapat lebih 5K butang like dan mendapat komen yang positif. Rata-rata bersetuju dengan ‘posting bersemut’ kerana masing-masing membacanya sambil tersenyum sendiri. Mereka turut mendoakan pasangan ini kekal hingga ke jannah

Siti Safura Tersenyum baca kisah bersemut ni.. Masih Terbayang wajah akk saat sedih masa tu..  akhirnya.. Selamat ulangtahun kekanda Asma Harun. Semoga kekal hingga ke syurga bersama suami dan permata hati

Wan Nurhidayah Wan Pauzi Alah alaaahh.. comelnya. Kak Ida tak tahu ni. Kalau tahu awal, memang kena usik dah. Subhanallah, Kak Ida sangat bahagia membacanya. Asma Harun yang Kak Ida kenali dulu tidak pernah berubah. Sentiasa indah. Semoga Allah menjagamu di medan dakwah. Salam rindu cia cia jugak
Nur Hazirah Hihihi baru tahu.. Indahnya ‘pertemuan’ dan indahnya perasaan ‘cinta’ yg Allah cipta  Dah tertulis jodohnya. Dan bukti wanita yg baik utk lelaki yg baik juga tersurat sudah depan mata saya ni kak  Moga pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah
Cik LiNi Allah suweetnya cara pengenalan ceritera cinta ustazah… happy anniversary buat ustazah dan suami…Didoakan semoga kekal hingga jannah dan dikurniakan zuriat soleh soleha…aamiin…
Siti Zubaidah Mts Saya tergelak sendiri bila ada perkataan cia-cia tu ustazah.. Ssmoga keluarga ustazah bertemu semula di jannah.. Aamiin..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI