‘Mudahkan Mereka Yang Bergelut Mencari Mahram.’ Arab Saudi Benarkan Wanita Tunai Haji & Umrah Tanpa Penjaga

Share

‘Mudahkan mereka yang bergelut mahram.’ Arab Saudi benarkan wanita tunai haji & umrah tanpa penjaga.

Pengumuman ini secara tak langsung tidak membataskan wanita untuk menunaikan haji dan umrah tanpa mahram. Syukur Alhamdulillah!

Artikel Berkaitan: Rupanya Kini Kerajaan Arab Saudi Benarkan Perempuan Tunai Umrah Tanpa Mahram, Wanita Ini Kongsi Pengalaman


Mudahkan Mereka

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa wanita kini dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram.

Lapor Arab News, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir, semalam.

Yang Bergelut Mencari Mahram

Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi berkata wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.

Halabi berkata keputusan ini sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan membenarkan kaum wanita menunaikan umrah tanpa mahram pada Mac lalu.


Arab Saudi Benarkan Wanita

Bekas penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata keputusan itu memudahkan wanita yang bergelut mencari mahram di tengah-tengah pelbagai kekangan.

Di samping itu, Arab Saudi juga telah melakukan pelbagai usaha lain untuk memudahkan haji dan umrah secara keseluruhan termasuk dengan menggunakan teknologi moden.


Tunai Haji & Umrah Tanpa Penjaga

Dalam masa sama, Arab Saudi dilaporkan menyediakan platform Nusk yang boleh memudahkan orang ramai mendaftar haji sekaligus membolehkan jemaah memohon visa umrah melalui platform dalam masa yang singkat dan boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam.

Baca Di Sini: 

Teruja Rakyat Malaysia Terawal Jadi Tetamu Allah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Tunai Umrah Dalam Norma Baru

Kashoorga : Semoga dengan pengumuman ini, ramai lagi wanita dapat menunaikan haji tanpa batasan.

Sumber: Astro Awani

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

IKLAN