Doa penuh khusyuk dan tawakal malah ada kala dengan linangan air mata. Doa yang sama dipohon saban hari namun begitu masih belum dimakbulkan.
Ada kala mungkin terdetik di dalam hati rasa kecewa kerana penantian doa sekian lama masih belum terjawab.
Tapi sebagai hamba-Nya kita harus yakin pastinya ada hikmah tersembunyi di sebalik kelewatan itu, mungkin belum tiba masanya atau ada halangan yang menghalang doa kita untuk dikabulkan.
Persoalan tentang perkara ini juga ada diutarakan buat pendakwah Ustaz Azhar Idrus. Dalam hal ini jelas beliau salah satu cara agar dimakbulkan doa yang dipohon adalah dengan meminta perkara yang baik-baik kepada Allah SWT.
Ads
“Minta yang baik-baik. Kedua, mesti ikhlas ketika meminta.
“Ketiga, kena makan makanan yang halal,” jelasnya dalam video di saluran YouTube miliknya
Ads
Beliau kemudiannya membawakan sepotong hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki yang telah lama berjalan dan jauhnya perjalanan yang ditempuh sehingga rambutnya menjadi kusut-masai serta berdebu. Dia menadahkan tangan ke langit lalu berdoa: Wahai Tuhanku.
Namun makanannya dari sumber yang haram, minumannya juga dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram. Maka bagaimana mungkin ALLAH akan memperkenankan doanya?” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam keadaan negara di landa jerebu kita juga turut berdepan dengan masalah cuaca kering. Ini adalah disebabkan hujan yang tidak turun dan menyebakab masalah jerebu menjadi semakin serius.
Dalam menangani masalah ini, sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pertolongan padanya. Berdoa agar diturunkan hujan bagi mengelakkan masalah jerebu daripada berlarutan.
Dalam hal ini kita juga dituntut menyempurnakan solat sunat Istisqa iaitu solat untuk meminta diturunkan hujan.
Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba. Melalui
solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT.
Bagi sesebuah daerah atau negeri yang menghadapi masalah keputusan air kerana
kemarau, sedang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya,
ia dituntut untuk menunaikan solat istisqa’ iaitu solat meminta hujan, agar
diturunkan hujan.
Hukumnya sunat muakkad ke atas orang yang mukim, musafir, merdeka, hamba, yang sudah baligh dan belum baligh, lelaki serta perempuan.
Cara Melaksanakan Solat Istisqa’
1. Boleh dilakukan secara sendirian.
2. Lebih afdhal jika dilakukan secara berjamaah.
3. Solat sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan. Jika tidak
berkehendakan hujan maka hukumnya tidak harus dan tidak sah.
Persediaan Bagi Melaksanakan Solat Istisqa’
Perlu menginsafi bahawa manusia tidak mempunyai upaya untuk menentukan
sesuatu, kecuali dengan kehendak Allah SWT. Oleh itu sebelum solat atau
bermunajat kepada Allah SWT perlu membuat persediaan berikut, antaranya:
1. Seluruh penduduk diminta meninggalkan maksiat dan bertaubat kepada
Allah SWT.
2. Seluruh penduduk dengan pakaian yang biasa atau sederhana diminta turut
sama keluar beramai-ramai ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan
solat secara berjamaah.
Kaifiat Solat Istisqa’
Dilakukan dua rakaat sama seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain.
untuk memulakan solat. الجامعة الصالة 2. Disunatkan melaungkan
Lafaz niat solat istisqa’: أصلى سنة االستسقاء ركعتين اماما )مأموما( هلل تعالى .
Seperti solat hari raya, selepas membaca doa iftitah bertakbir sebanyak tujuh
kali dengan diselangi bacaan tasbih bagi rekaat pertama dan lima kali takbir
yang juga diselangi denga tasbih bagi rekaat kedua.
اهلل أكبر , سبحان اهلل والحمد هلل وال اله اال اهلل واهلل أكبر , وال حول وال قوة اال بااهلل العلي العظيم .
Imam sunat menyaringkan suara ketika membaca fatihah dan surah.
Selepas fatihah, membaca surah al-A’la bagi rakaat pertama dan surah alGhasyiah bagi rakaat kedua. 7.
Selepas salam dan selesai solat, imam atau khatib disunatkan berkhutbah
(membaca dua khutbah).
Apa yang biasa kita buat selepas sejam waktu subuh? Biasanya bagi yang bekerja agar segera bersiap untuk ke tempat kerja. Keluar awal kerana mahu elak kesesakan jalan raya. Bagi ibu-ibu pula sambil bersiap ke tempat kerja, siapkan anak-anak untuk ke sekolah.
Kalau waktu hujung minggu pula ada yang mengambil kesempatan untuk tidur semula selepas selesai menunaikan solat subuh. Sebenarnya satu jam selepas subuh itu cukup bermakna dalam kehidupan kita.
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
“Sedihnya…dah lama aku berdoa tapi permintaan aku tak pernah dimakbulkan. Apalah dosa aku sampai doa-doa aku ditolak.” Seringkali keluhan ini bermain-main di benak andai hajat tidak kesampaian. Doa adalah satu bentuk harapan kerana manusia sangat mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan permohonan itu.” (Surah Mukmin, ayat 60).
Rasulullah SAW bersabda: “Doa seseorang sentiasa akan dimakbulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau pun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak terburu-buru. Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan terburu-buru? Rasulullah SAW menjawab: Yang dimaksudkan dengan terburu-buru adalah apabila orang yang berdoa itu mengatakan: Aku telah berdoa dan terus berdoa, tetapi belum juga dikabulkan. Setelah itu, ia berasa putus asa dan tidak pernah berdoa lagi.” (Riwayat Muslim)
Cepat atau lambatnya doa diperkenankan adalah urusan Allah SWT.
Antara beberapa sebab mengapa doa ditolak dan tidak dimakbulkan:
1. BUKAN DENGAN SEPENUH HATI DAN TIDAK YAKIN
Apabila berdoa, kita hendaklah bersangka baik bahawa permintaan akan diterima. Ketahuilah bahawa apabila adanya perasaan was-was atau terbitnya perasaan tidak yakin yang Allah akan memakbulkan doa maka menyebabkan doa ditolak.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Hendaklah kamu berdoa kepada Allah s.w.t dengan yakin akan perkenan doanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t tidak memperkenankan doa orang-orang yang berhati lalai dan alpa.”
Melalui satu riwayat mengenai ulama terkenal iaitu Al-Imam al-Faqih Abu al-Lais yang didatangi satu kumpulan pemuda, ingin menanyakan perihal doa mereka. Selepas berkali-kali mereka berdoa, tetapi tidak pernah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Lalu mereka mempertikaikan ayat al-Quran mengenai Allah SWT memperkenankan doa mereka. Antara ayat itu ialah firman Allah SWT yang bermaksud: “Apabila hamba-Ku bertanya mengenaiKu, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku perkenankan orang yang berdoa.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Lalu mereka bertanya lagi, apakah ayat al-Quran itu silap atau salah? Al-Imam al-Faqih menjawab: “Ayat itu tidak ada yang silap atau salah. Tetapi yang berdoa itu tidak pernah ambil tahu mengenai kesalahan atau kesilapannya. Oleh itu, wahai orang muda! Jangan pernah ada di hati kamu mempertikaikan ayat al-Quran itu. Seterusnya imam yang mulia itu berkata: Sebab doa tidak disahut oleh Allah SWT kerana hati orang yang berdoa itu mati.”
Begitu juga dalam satu riwayat lain, kisah seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham. Beliau pernah ditanya oleh orang ramai ketika berada di tengah pasar Basrah di Iraq: “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT, pada hal kami selalu berdoa? Lalu Ibrahim Adham menjawab: Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati).”
2. TIDAK MENUNAIKAN HAK DAN TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH
Bagaimanalah Allah nak makbulkan doa kalau solat pun masih tunggang-langgang. Membaca al-Quran, tetapi tidak pernah mengamalkannya, mengakui umat Nabi Muhammad SAW, tetapi tidak pernah mengamalkan sunahnya, tidak pernah bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah SWT, mengakui mati itu adalah benar, tetapi tidak pernah bersedia untuknya. Oleh itu pastikan kita sebagai hambaNYA menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya kepada Allah. Jaga ‘perilaku’ kita dengan Allah.
3. INGIN SEGERA DIMAKBULKAN DOA
Ibarat meminta sesuatu daripada orang lain, janganlah sampai memaksa. Ketahuilah bahawa seseorang yang memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT tidak boleh meminta atau berharap doanya dikabulkan dengan segera. Ia seolah-olah memaksa Allah mengikut kehendaknya. Cara yang demikian akan menjadikan seseorang itu cepat putus asa apabila doanya atau permintaannya tidak dikabulkan oleh Allah. Sesungguhnya mereka yang berputus asa akan terputus daripada rahmat Allah. Apabila tiada rahmat Allah maka ia akan menyebabkan doanya tiada dimakbulkan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Dan janganlah kau berputus asa daripada mengharap rahmat Allah s.w.t kerana sesungguhnya tiadalah yang putus asa dari rahmat Allah s.w.t kecuali orang-orang kafir”. (Surah Yusuf, 87)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidur tanpa seurat benang sering dikaitkan dengan gangguan jin, tetapi adakah ia benar menurut Islam? Ketahui penjelasan berdasarkan dalil serta amalan sunnah sebelum tidur.