
Ramai terinspirasi akan jejak perjalanan rumahtangga Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah. Pernah diuji, disakiti, dikhianti namun wanita kecil molek ini tidak pernah berhenti menyokong suaminya. Dan bila Aliff menemui langkah tepat dengan kembali mengikut suruhan agama dan meninggalkan apa dilarang-Nya, kisah cinta pasangan ini dilihat sangat manis.
Bahkan aturan perjalanan pasangan ini turut dipermudahkan Allah termasuk berangkat menunaikan umrah dua minggu lalu selepas menang dalam Gegar Vaganza musim ke-8.
Lebih manis, ketika di Makkah, pasangan ini meraikan meraikan hari lahir Aliff Aziz yang jatuh pada 16 Fabruari lalu namun Bella Astillah baru memuatkan ucapan romantisnya di atas Bukit Jabal Rahmah yang menjadi saksi cintanya buat suami sebagaimana kisah Nabi Adam dan Hawa.
Tulisnya :-
Tutup matamu
Bayangkan aku
Apakah ada cinta seperti diriku
Tabah kau ada
Firasat berkata
Aku berani membuktikan dengan cinta
Aku tercipta
Layak bagai Hawa
Temani Adam di dunia
Happy belated birthday, dear hubby!
No matter how much old we get I won’t stop loving you.
I’ll always hold your hand and get old together, making memories. No one can be a perfect husband, but you are the closest that any man can be. My love for you is infinite, immeasurable and interminable. It will be the same even when you are 100 years old Semoga hubby dipanjangkan umur, dilimpahkan lagi rezeki dan sentiasa dilindungi-Nya InshaAllah..
P/s: Tanya dia nak hadiah apa, lepas tu dia cakap tak nak hadiah jangan susah-susah so Bella macam alahai baiknya tapikan terus teringat hadiah PS5 tahun lepas pun masih tak disentuh dalam almari patutlah pun mesti rasa bersalah kan @iamaliffaziz.
Moga Allah merahmati pasangan ini seisi keluarga.
‘Bercerai Tak Berdosa, Berkahwin Baru Pun Tak Salah.’ Urusan Rumah Tangga Orang Biarkan, Tak Perlu Campur

‘Bercerai tak berdosa, berkahwin baru pun tak salah.’ Urusan rumah tangga orang biarkan, tak perlu masuk campur seolah-olah kita faham dan tahu apa yang berlaku.
Lumrah hidup berumah tangga tak selamanya bahagia. Ada pasangan yang diuji dengan penceraian dan ada pula yang diuji pasangannya sakit atau curang.
Artikel Berkaitan: Peguam Tunjuk Cara Kiraan Nafkah Minimum Ayah Patut Beri Anak Selepas Bercerai
Bercerai Tak Berdosa
Rumah tangga orang lain biarlah mereka uruskan sebaik mungkin, tak perlu kita sibuk tentukan siapa yang salah dan siapa yang betul seperti yang dikongsikan lelaki ini, Mohd Firdaus Jailan.
Orang yang bercerai ini ada cerita dalam kain mereka sendiri. Ada sahabat, dia sudah berkahwin berbelas tahun tetapi bercerai kerana isterinya main kayu tiga.
Berkahwin Baru Pun Tak Salah
Dia pilih untuk tidak bercerita kepada orang lain kerana menjaga aib bekas isterinya.
Semua orang dalam keluarga beliau salahkan beliau kerana nampak seperti beliau yang salah kerana bercerai dan tinggalkan isterinya.
Beliau diam sahaja sehingga bekas isterinya bercerai dengan suami baru dan berjumpa semula dengan keluarga mertua bekas suami untuk minta maaf kerana buat anak mereka begitu dulu.
Urusan Rumah Tangga Orang Biarkan
Barulah keluarga lelaki itu tahu yang anak mereka tidak bersalah.
Isu rumah tangga orang ini kita biarkan sahaja. Tak ada keperluan untuk kita masuk campur atau bagi komen.
Bercerai tidak berdosa.
Kahwin baru juga tidak berdosa.
Selagi tak berdosa, biarlah mereka buat
Apa yang mereka suka.
Baca Di Sini:
Bila Hati Mulai Membenci Pasangan, Ini Nasihat Mufti Untuk Suami Isteri
Tak Perlu Campur
Bila bersembang dengan isteri, saya selalu nasihat kepada dia dan diri sendiri.
Saya suami awak, awak isteri saya, kita sama-sama doa pada Allah agar jaga hubungan kita dan beri rahmat kepada keluarga kita.
Berdoalah, semoga Allah reda.
Kashoorga : Sebaiknya doakan kebahagiaan rumah tangga sendiri daripada mencampuri urusan orang lain.
Sumber : Mohd Firdaus Jailan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
RINDU Adalah Sakit Paling Menyakitkan, Kalau Rindu Seseorang Bacalah Doa Ini

Rindu, satu perkataan nampak mudah bagi sesetengah orang tapi amat perit bagi yang duji. Setiap orang di dunia ini, pasti pernah merindui seseorang dan biasanya perasaan itu datang ketika kita berjauhan atau si dia yang kita rindukan itu sudah meninggal dunia.
Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa bila kita merasakan rindu terhadap seseorang yang kita sayangi. Namun rindu juga harus ditangani dengan betul agar ia tidak bertukar menjadi elemen maksiat.
Dalam Islam terdapat doa-doa yang boleh kita bacalah saat kita sedang rindukan seseorang dan ingin orang yang kita rindu itu merasainya juga (di mana dia juga merasakan kita sedang merinduinya dan dia juga merindui kita).
Berikut doa untuk membuat seseorang merindukan kita!
Pertamanya bacalah surah Ali Imran ayat 31 yang boleh kita amalkan jika kita mahu seseorang yang kita sayang itu rindukan kita.
Ini kerana kadang kala kita terasa rindu sedangkan orang yang kita sayang itu tidak hadir rindu dalam dirinya. Hal ini juga boleh jadi timbul salah faham bagi pasangan suami isteri jika tiada feeling ini. Dan untuk menghadirkan rindu itu, bacalah Surah Ali Imran ayat 31.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ
Qul ing kuntum tuḥibbụnallāha fattabi’ụnī yuḥbibkumullāhu wa yagfir lakum żunụbakum, wallāhu gafụrur raḥīm
Ertinya: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Qs. Ali Imran:31).
Cintailah pasangan kerana Allah SWT
Mencintai dalam Islam adalah satu fitrah yang diberikan oleh Allah SWT untuk dirasakan oleh setiap orang. Namun, cintailah seseorang kerana Allah SWT, bukan nafsu semata. Dengan mencintai seseorang kerana Allah, kita akan merasakan kebahagiaan dan keindahan.
Doa ini juga boleh diamalkan saat rindukan seseorang iaitu pada Surah Al Baqarah ayat 165.
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَّتَّخِذُ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ اَنْدَادًا يُّحِبُّوْنَهُمْ كَحُبِّ اللّٰهِ
Wa minan-nāsi may yattakhiżu min dụnillāhi andāday yuḥibbụnahum kaḥubbillāh,
Ertinya: Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah” (Qs.Al-Baqarah: 165).
Cara berdoa yang tepat
Setelah mengetahui doa-doa yang dapat membuat seseorang merindui kita, penting untuk kita tahu cara pengamalan doa yang benar.
Pertama, kita harus berniat kepada siapa doa ini ditujukan. Setelah itu, sebutlah nama orang yang kita rindui itu dalam doa kita.
Perlu diingat bahawa amalan ini harus dilakukan dengan istiqomah dan penuh keyakinan agar do aitu dimakbulkan oleh Allah SWT.
Jangan lupa juga adab berdoa, mulailah dengan membaca Bismillah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Serahkan segala urusan kepada Allah SWT dan mintalah untuk diberikan yang terbaik buat diri kita dan pasangan.
‘Mas Kahwin Tak Cukup RM199.’ Lelaki Ini Reda Batalkan Perkahwinan Sehari Sebelum Majlis

‘Mas kahwin tak cukup RM199.’ Lelaki ini reda batalkan perkahwinan sehari sebelum majlis pernikahannya. Sebenarnya tindakan ini diambil setelah pihak keluarganya kecewa dengan sikap sebenar bakal isterinya.
Seorang lelaki di Palembang, Wilayah Sumatera Selatan, Indonesia terpaksa membatalkan pernikahannya sehari sebelum majlis berlangsung gara-gara gagal menyerahkan baki mas kahwin berjumlah 700,000 rupiah (RM199).
Artikel Berkaitan
Mas Kahwin
Menerusi video yang dimuat naik oleh di Instagram, kakak kepada lelaki berkenaan, Elsa menyatakan bahawa majlis pernikahan adiknya itu sepatutnya berlangsung pada 18 Disember lalu.
@elsawd7795Yang kuat yeeh dek , Ayuk yakin ini rencana Allah yang baik buat adek kedepan nyo insyallah adek bakal temuin betino yang tulus sygg Samo adek , biarlah apo yng Dio perbuat Samo adek bakalan setimpat dpt balesan nyo , sampeh dstulah rejeki Dio amiiinnn kuat yeeh dek , kami sayang adeek 😘😭😭😭😭😭💪💪
Namun begitu, setelah membuat pertimbangan yang terbaik, keluarga mereka membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan selepas dimarahi pihak perempuan gara-gara tidak melunaskan baki mas kahwin yang dinaikkan secara tiba-tiba.
‘Padahal ketika meminang, kedua-dua keluarga setuju untuk tetapkan mas kahwin sebanyak 35 juta rupiah (9,939) barang kemas serta duit untuk ibu pengantin perempuan sebanyak 5 juta rupiah (RM1,419) dan beberapa hantaran.
Tak Cukup RM199
‘Tapi keluarga kami serahkan mas kahwin seperti yang ditetapkan, keluarga pihak perempuan jelaskan yang mereka sebenarnya belum mendaftar pernikahan kepada jabatan agama Islam kerana belum cukup 5 juta rupiah (RM1,419) untuk diserahkan kepada bakal ibu mentua,’ katanya.
Oleh yang demikian, keluarga pihak perempuan meminta pihak lelaki untuk menyerahkan wang belanja tambahan untuk membeli ayam serta menguruskan surat nikah berjumlah 3.4 juta rupiah (RM965.50).
Lelaki Ini Reda
Ketika menjelang hari pernikahan, bakal pengantin perempuan meminta baki wang berkenaan yang belum sempat diserahkan.
Pihak lelaki berikan semua wang itu kecuali 700,000 rupiah (RM199) yang masih tidak cukup dan beritahu baki tersebut akan diserahkan kemudian tapi pihak wanita memarahi mereka seolah-olah memungkari janji.
Batalkan Perkahwinan Sehari Sebelum Majlis
Tidak mahu menerima alasan terbabit, bakal pengantin perempuan bertindak menghempas pintu di hadapan ibu bapa tunangnya serta memarahi mereka.
‘Apa yang buat kami terkilan adalah tunang adik saya menghempas pintu di hadapan ibu bapa kami sambil mulutnya tidak henti memaki hamun hanya kerana wang tak cukup itu.
‘Kami sekeluarga akhirnya buat keputusan untuk batalkan perkahwinan sebab dilayan seperti itu oleh keluarga pengantin perempuan,’ jelas Elsa panjang lebar.
Baca Di Sini
Lepas Cerai Suami Boleh Dapat Balik Mas Kahwin, Ini Penjelasannya!
Untuk Bakal Pengantin, Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Ambil Tahu Soal Mas Kahwin
Kashoorga : Semoga lelaki ini dipertemukan dengan wanita yang lebih baik dan ikhlas menerimanya. Insyallah.
Sumber : TikTok elsawd7795, Kosmo Online
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!