‘Nurse elok sangatlah amal doa ini, minta dijauhkan dari lelaki miang.’ Kena betul-betul yakin dan jadikan hafalan agar bila diganggu lelaki gatal di wad atau di mana saja tempat kerja kalian, anda dengan mudah dapat berdoa terus.
Sebagai manusia, kita harus berikhtiar termasuklah berdoa agar keselematan kita terjamin daripada perkara-perkara yang memudaratkan.
Ikuti perkongsian Muhammad Hassan ini dan jadikan doa yang dikongsikan sebagai sebahagian daripada rutin hidup kita.
Doa ini untuk para wanita, para anak gadis patut amal sekiranya diganggu lelaki miang di tempat kerja atau di mana-mana. Doa ini saya ambil dari kisah Sarah r.h iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s yang diganggu oleh Raja Mesir.
Setelah Siti Sarah baca doa ini terus badan Raja Mesir terasa sakit yang teramat sangat. Sehinggakan Raja Mesir minta Siti Sarah doa kepada Allah agar pulihkan semula kesakitan yang ditanggung.
Hukum Melampiaskan Nafsu Dengan Menonton Video Lucah:
Ads
Minta Dijauhkan Dari Lelaki Miang
Cash Allah makbulkan doa Siti Sarah r.h. Jadi baca doa ini hendak kena betul-betul yakin dan jadikan hafalan.
Ini doanya:
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
“ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI
FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM”
“Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu, dan aku menjaga kehormatan ku hanya untuk suami ku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim.”
Jika dapat hafal lagi bagus. Nurse atau perawat wanita elok sangatlah amal doa ini moga dijauhkan dari diganggu oleh lelaki miang. Silap-silap Allah bagi cash seperti mana Raja Mesir.
Kashoorga :Sebaiknya doa ini dijadikan amalan harian. Zaman sekarang ini terdapat macam-macam gangguan dan cara lelaki miang boleh lakukan. Bukan setakat fizikal, secara online pun ada yang lakukan.
Pasangan pengantin baharu cantik sejoli sepatutnya sedar bahawa perkahwinan bukan untuk sehari dua.Pasangan pengantin baharu ini juga akan lalui pelbagai dugaan sepanjang melayari bahtera. Masa bercinta memang semua indah bagi pasangan pengantin baharu.
Ketahuilah wahai pengantin baharu, apabila telah berkahwin, barulah tahu perangai sebenar pasangan. Jangan sampai merasakan perkahwinan itu satu kesilapan!
Apa kata kita kenal pasti setiap fasa daripada pakar kaunselor perkahwinan terkenal, hajah Aniz haji Anwar.
Menurut beliau dalam hantaran di laman sesawangnya, semenjak kebelakangan ini, dia menerima banyak kes pasangan yang berhadapan dengan konflik perkahwinan pada usia perkahwinan sekitar 2 hingga 10 tahun. Tempoh 10 tahun pertama ini adalah antara fasa yang paling mencabar.
Fasa paling sweet; semuanya nampak indah-indah dan molek, cantik lagi kacak belaka.
Tibalah saat dunia realiti mengambil tempat warna sebenar pasangan, hobinya, habitnya, keluarganya, pengurusan kewangan, kerjaya dan pelbagai lagi kenyataan hidup yang perlu dihadapi.
Semua perlu ditangani bersama dengan kematangan, toleransi, kerjasama dan pengertian yang pastinya tidak mampu dikuasai sepenuhnya dalam masa yang singkat. Maka tidaklah menghairan jika ramai di kalangan pasangan cenderung untuk terperangkap di fasa berikut ini.
Pertembungan nilai, hobi, keseronokan, habit, keutamaan dan sebagainya boleh menyebabkan pertengkaran dan perselisihan timbul.
Bagaimana cara bijak untuk mengatasinya? Adakan perbincangan secara matang, diplomasi, penuh kasih sayang agar tiada hati yang terguris.
Dirikan lah solat sunat dua rakaat terlebih dahulu dengan memohon pertolongan Allah SWT. Jangan sombong dengan Allah kerana ia tidak elok untuk keharmonian dan kelangsungan perkahwinan.
Menurut pakar, fasa ini merupakan satu fasa yang sukar dielakkan bahkan kematangan serta keterbukaan pasangan untuk saling belajar dan sama-sama melaluinya akan membawa mereka menguasai “the art of good fight“ yang seterusnya dapat membantu penyesuaian untuk peringkat seterusnya.
Apapun berhati-hati kerana kegagalan pasangan mengharungi fasa ini dikenal pasti antara punca terjadinya isu-isu seperti kecurangan, outlandish spending, berjauhan dan seumpamanya sebagai satu escapism untuk lari daripada masalah.
Melewati masa hubungan terus terjalin dengan pelbagai warna dan ragam yang ditempuhi bersama. Pastinya ianya juga secara tidak langsung turut mengundang bersama cabaran-cabaran baru seperti kerjaya yang berkembang, anaksemakin bertambah, rumah semakin besar dan komitmen semakin meningkat.
Pada fasa ini, pasangan seharusnya semakin matang dan bijaksana untuk sama-sama saling bertoleransi menguruskan keluarga, kewangan, kebajikan , kerjaya dan seumpamanya.
Kejujuran, ketelusan, keikhlasan untuk saling berbagi juga saling menguatkan antara satu sama lain amat diperlukan.
Jika wujud masalah bukan bertindak secara individu dan memandang sebagai musuh tetapi kerjasama. Jika gagal, risikonya sangat tinggi di kemudian hari lebih-lebih lagi apabila lelah, putus asa dan tawar hati sudah mengambil tempatnya.
Fasa ini lazimnya tiba selepas 10 hingga 20 tahun berlalunya Fasa Kerjasama tamat bilamana anak-anak sudah membesar, menamatkan pengajian dan memulakan kehidupan mereka sendiri iaitu komitmen sebagai induk keluarga semakin berkurangan.
Ketika inilah pasangan dikatakan mempunyai ruang yang lebih luas dan selesa untuk kembali menghidup dan meraikan cinta alam perkahwinan. Masa untuk menghargai satu sama lain seperti baharu berkahwin.
Fasa inilah dijangkakan boleh kita beribadah dengan lebih tenang dan fokus, sama-sama menghadiri majlis ilmu, menunaikan haji dan umrah, melancong ke luar negara dan seumpamanya.
Bagaimanapun tidak dinafikan fasa ini juga tidak terlepas daripada ujian yang tidak dijangka contoh sekiranya pasangan yang berkahwin dengan jurang usia yang agak jauh barangkali akan diuji dengan isu kesihatan, harapan dan peranan yang perlu dilakukan dalam memenuhi tuntutan lain yang sewaktu dengannya seperti kerjaya, keluarga dan lain-lain.
Tidak dinafikan jalan cerita dan garis takdir setiap dari kita ada kisah dan cabaran yang tersendiri. Pada fasa ini ada ketikanya pasangan diuji berhadapan dengan masalah kewangan, kesihatan yang kronik, jatuh bangun kerjaya atau perniagaan, kehilangan insan tercinta seperti orang tua, perebutan harta dan pertelingkahan adik beradik.
Semua ini menuntut kekuatan semangat dan keyakinan juga pengorbanan serta kasih sayang untuk saling menguatkan antara satu sama lain.
Namun tidak semua daripada kita mampu bertahan sehingga ke hujung nyawa hidup bersama.
Ada ketikanya di penghujung usia ada di kalangan pasangan yang memilih jalan perceraian khususnya yang sarat membawa bebanan emosi, kekecewaan dan kesakitan sepanjang perkahwinan mereka.
Setiap yang berlaku itu tidak pernah sia-sia begitu jugalah dengan perjalanan menyusuri alam perkahwinan ini. Sebuah perkahwinan yang bahagia itu bukan kisah satu hari tetapi ia adalah hasil ketekunan, keberanian, keyakinan juga keteguhan serta komitmen pasangan yang tidak berbelah bahagi.
Jika ditanya rahsia apakah yang membawa kepada kejayaan ini? Pastinya sebagai seorang muslim, halatuju dan gambaran yang jelas untuk membawa dan melihat pasangan serta ahli keluarga yang dikasihi di syurga Allah itulah senjata ajaibnya.
Mohonlah doa tulus kepada Allah SWT apa sahaja yang baik dan hebat untuk membantu perjalanan dunia dan akhirat kita.
Kesimpulannya apa sahaja yang kita pohon moga dengan anugerah yang dititipkan Ilahi itu bakal mendekatkan kita menghampiri syurgaNya bukan menjauhkan dan mengundang kemurkaan dan derhaka pada Ilahi.
Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ 4:Ayat 1
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”
Bakal menantu kena jaga adab dan akhlak. ‘Tak guna bergaji besar kalau kurang ajar dan juga tak bertanggungjawab.’ Duit bukanlah kunci utama kebahagiaan rumah tangga.
Memang hidup perlukan duit, namun percayalah rezeki itu datang dari Allah. Selagi kita berusaha, insyallah Allah akan kurniakan rezeki yang setimpal.
Ikuti perkongsian Ustazah Asmak Husin kenapa ramai ibu mertua memilih bakal menantu terutamanya lelaki yang mempunyai kerjaya tetap.
Biasa? Biasa maksudnya…
Bakal mertua ‘biasa’ reject sebab tak kerja tetap atau kerajaan.
Biasanya begitulah aduan yang saya dapat. Sebenarnya mereka bukan tak boleh terima tetapi mahukan bukti dan keyakinan yang pihak lelaki mampu menanggung anaknya.
Lebih daripada itu ramai akan jatuh hati kalau bakal menantu seorang yang berbudi tinggi, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan matang.
Kadang-kadang walaupun bergaji tetap dan tinggi tapi kalau kurang ajar dan tidak bertanggungjawab, buat apa!
Sebab itu bakal menantu semua, sila jaga peribadi masing-masing dan hiasilah diri dengan akhlak mulia. Belajar menjadi orang yang bertanggungjawab dan matang apabila mengendalikan isu. Belajar bagaimana menghormati orang tua dan berbakti.
Bukan terus melenting apabila ‘direject’ atau dikecam. Nak tunjukkan bukti, nak dapatkan keyakinan perlukan masa. Tak perlu melenting, bercakap tapi dakwah bil hal( tunjuk melalui perbuatan). Ini yang paling efektif.
Kita kena sedar juga tak semua bakal mertua mata duitan… tapi kami berfikir panjang demi masa depan.
Kalau pun bakal menantu tak kerja tetap tapi rajin bekerja dan berusaha untuk sara hidup keluarga pun dah cukup baik.
Orang yang berakhlak semestianya faham tentang agama yang menuntut dia sentiasa berbuat baik dan menjadikan dirinya seorang yang bertanggungjawab.
Lebih baik memilih bakal menantu yang mempunyai akhlak yang baik walaupun kerja tak stabil daripada memilih menantu yang berkerjaya bagus tetapi akhlak berterabur.
Bulan Sya’ban adalah satu bulan yang dipenuhi dengan beberapa kelebihan seperti yang dinyatakan di dalam beberapa hadtih sahih.
Petang ini, segala amalan setahun kita akan diangkat dan dipersembahkan kepada Allah SWT. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW.
Usamah bin Zaid bertanya kepada Rasulullah SAW :- Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat tuan banyak berpuasa dalam sebulan seperti tuan berpuasa di dalam bulan Sya’ban.
Dijawab oleh Nabi SAW : Bulan Sya’ban Itulah satu bulan yang sering diambil lewa oleh kebanyakan manusia yang diapit oleh bulan Rejab dan Ramadan. Dia juga adalah bulan yang diangkat di dalamnya segala amalan ke hadrat Tuhan sekelian alam. Maka aku sangat suka jika diangkat amalanku di dalam keadaan aku sedang berpuasa (Musnad Ahmad dan Sunan al Nasa’i).
Adapun kelebihan malam Nisfu Sya’ban telah disebutkan di dalam hadith sahih daripada Mu’az bin Jabal radhiallahu ‘anhu,
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang maksudnya :-
“Allah memandang kepada semua makhlukNya di malam nisfu Sya’ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” [Hadith riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]
Bahkan di malam nisfu Sya’ban juga di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Berkata Imam asy-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu sya’ban.”
Jadi di hari buku amalan kita diangkat ke langit, apa lagi amalan harus kita lakukan agar permulaan baru dalam hidup kita menjelang Maghrib nanti dicatatkan seribu pahala kebaikan.
Selepas solat Maghrib, kita disarankan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali. Pada bacaan Yasin kali pertama diniatkan dengan memohon panjang umur. Pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon rezeki yang halal.
Dalam pada itu, dari perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki, memaklumkan antara amalan boleh dibuat ialah berdoa kepada Allah agar Allah terima segala amalan kita, tetapkan hati kita di dalam Islam, Allah panjangkan umur kita dalam keredhaan Allah.
“Yang kedua, kita dianjurkan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran serta berzikir kepada Allah. Kemudian kita sambungkan silaturahim kita dengan kita beri makan, bagi pada orang susah dan sebagainya. Masa yang sama ialah kita bersedekah ke jalan Allah, kita infakkan harta benda kita di jalan Allah.
“Tentulah kita nak tutup amalan kita nak mula buka amalan baru dengan bersedekah. Paling utama ialah minta ampun terhadap semua dosa kita dengan Allah. Jangan pernah rasa kita suci dari dosa. Semoga amalan tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih baik,” katanya.
Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa taala. Maka marilah kita bersama-sama melakukan amal kebaikan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?