Bulan Sya’ban adalah satu bulan yang dipenuhi dengan beberapa kelebihan seperti yang dinyatakan di dalam beberapa hadtih sahih.

Petang ini, segala amalan setahun kita akan diangkat dan dipersembahkan kepada Allah SWT. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW.

Usamah bin Zaid bertanya kepada Rasulullah SAW :- Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat tuan banyak berpuasa dalam sebulan seperti tuan berpuasa di dalam bulan Sya’ban.

Dijawab oleh Nabi SAW : Bulan Sya’ban Itulah satu bulan yang sering diambil lewa oleh kebanyakan manusia yang diapit oleh bulan Rejab dan Ramadan. Dia juga adalah bulan yang diangkat di dalamnya segala amalan ke hadrat Tuhan sekelian alam. Maka aku sangat suka jika diangkat amalanku di dalam keadaan aku sedang berpuasa (Musnad Ahmad dan Sunan al Nasa’i).

Adapun kelebihan malam Nisfu Sya’ban telah disebutkan di dalam hadith sahih daripada Mu’az bin Jabal radhiallahu ‘anhu,

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang maksudnya :-

IKLAN

“Allah memandang kepada semua makhlukNya di malam nisfu Sya’ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” [Hadith riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]

Bahkan di malam nisfu Sya’ban juga di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm:

IKLAN

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu sya’ban.”

Jadi di hari buku amalan kita diangkat ke langit, apa lagi amalan harus kita lakukan agar permulaan baru dalam hidup kita menjelang Maghrib nanti dicatatkan seribu pahala kebaikan.

Selepas solat Maghrib, kita disarankan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali. Pada bacaan Yasin kali pertama diniatkan dengan memohon panjang umur. Pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon rezeki yang halal.

IKLAN

Dalam pada itu, dari perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki, memaklumkan antara amalan boleh dibuat ialah berdoa kepada Allah agar Allah terima segala amalan kita, tetapkan hati kita di dalam Islam, Allah panjangkan umur kita dalam keredhaan Allah.

“Yang kedua, kita dianjurkan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran serta berzikir kepada Allah. Kemudian kita sambungkan silaturahim kita dengan kita beri makan, bagi pada orang susah dan sebagainya. Masa yang sama ialah kita bersedekah ke jalan Allah, kita infakkan harta benda kita di jalan Allah.

“Tentulah kita nak tutup amalan kita nak mula buka amalan baru dengan bersedekah. Paling utama ialah minta ampun terhadap semua dosa kita dengan Allah. Jangan pernah rasa kita suci dari dosa. Semoga amalan tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih baik,” katanya.

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa taala. Maka marilah kita bersama-sama melakukan amal kebaikan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI