Pakai inner warna kulit mungkin biasa kalangan sesetengah Muslimah tapi sebenarnya kena hati-hati. Pemakaian inner warna ini tak dinafikan boleh jadi mengundang fitnah.
Mana tidaknya dari jauh mungkin kelihatan seperti pemakainya mendedahkan kulit atau aurat mereka. Tambah pula bila mengenakan inner jenis ketat menampakkan bentuk anggota tubuh.
Pakai inner warna kulit tapi nampak seperti tak pakai
Gaya pemakaian seperti ini turut disentuh oleh bekas Mufti Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menurut beliau aurat wajib ditutup sepenuhnya dan tidak boleh menutup sebahagian sahaja sementara sebahagian yang lain didedahkan kerana perbuatan ini diharamkan dalam Islam.
“Jika seseorang memakai inner berwarna kulit tetapi dilapisi dengan pakaian lain yang menutup aurat, maka hukumnya dibolehkan.
“Namun, jika inner tersebut menimbulkan ilusi seolah-olah seseorang itu tidak berpakaian dengan sempurna, maka hukumnya adalah tidak dibolehkan dan boleh jatuh haram,”katanya.
Ads
Seperti kebanyakan yang berlaku dalam dunia fesyen kini, ramai individu menggunakan inner seperti memakai baju luar berlengan pendek tetapi inner berlengan panjang berwarna kulit.
“Keadaan ini boleh mengundang sangkaan bahawa seseorang itu tidak menutup aurat dengan betul.
Justeru, pemilihan warna pakaian, khususnya inner perlu diambil kira bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga adab berpakaian dalam Islam.”
Ads
Pakaian terbaik adalah pakaian solat
Dalam pada itu beliau menegaskan pakaian terbaik untuk wanita adalah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna sama seperti solat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf ayat 31:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).”
Ads
Menurut tafsir ayat ini, perhiasan yang dimaksudkan adalah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna ketika solat.
Malah, memakai pakaian terbaik untuk menunaikan solat juga merupakan sunnah Rasulullah SAW,”ujarnya.
Seorang ibu sebolehnya mahu yang terbaik untuk anaknya. Sebab itu seorang ibu akan sentiasa menegur dan memberi nasihat terhadap mana-mana tindakan anak yang dilihat tidak kena di matanya.
Kadang-kadang hampir setiap hari ada saja teguran yang diberikan oleh sang ibu hingga ada yang berasa rimas.
Namun begitu seorang anak perlu berlapang dada menerima teguran dan nasihat, jangan sesekali memberontak atau melawan jika nasihat dan teguran yang diberi tak dapat diterima sehingga menyebabkan ibu berkecil hati.
Apatah lagi sehingga melukakan hati ibu dan dan mengucapkan kata-kata seperti ‘mak tak nak cakap apa dah’, ‘apa nak jadi, jadilah’, ‘kalau mak nasihat sepatah, kau jawab 10 patah’.
Menurut Ustazah Asma’ Harun jika ibu mengeluarkan kata-kata ini maka berhati-hatilah.
Ujar beliau sememangnya sifat seorang ibu sentiasa ingin memberi nasihat dan teguran.
“Ketahuilah bahawa sekiranya seorang anak menghalang ibunya untuk memberi nasihat, maka putuslah rahmat dalam hidupnya, ungkapnya.
“Apabila seorang ibu cakap ‘mak tak nak cakap apa dah’, ‘apa nak jadi, jadilah’, ‘kalau mak nasihat sepatah, kau jawab 10 patah’, berhati-hatilah.
“Kalau seorang ibu mula diam, mula tak bersuara, mula tidak mahu berkata apa-apa lagi untuk kehidupan anaknya, maka sebenarnya anak ini telah terputus laluan ataupun perantaraan rezeki daripada ALLAH, rahmat daripada ALLAH dan pertolongan daripada-NYA,” katanya dalam satu video yang dimuat dalam laman sosial Facebook miliknya.
Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah yang sudah tua, Ustazah Asma’ menitipkan pesanan berharga buat renungan bersama.
Beliau menjelaskan, semua itu ujian buat kita kerana pada usia sebegitu, adakalanya ada sahaja suatu perkara yang tidak ‘kena’ pada mata mereka, menyebabkan orang tua kita bersuara.
“Ada sahaja benda salah dan hendak ditegur. Renungkanlah, bagaimana kita masih kecil dulu, ibu dan ayah sabar melayan kita, ulang salah yang sama walaupun sudah ditegur setiap hari.
“Begitulah yang berlaku kepada kita esok apabila tua. Bila kita tua, sampai masa akal kita mula ‘separuh’.
“Sebab itu hari ini bekalan kita sabar dengan anak. Walaupun kita diuji dengan anak, menantu atau cucu, jangan pernah berhenti berdoa untuk mereka,” ujarnya.
Putihkan kulit antara rawatan yang biasa dilakukan oleh wanita kerana kulit sebeginilah yang didambakan mereka. Malah sekarang ini ramai juga kaum lelaki yang mahu memiliki kulit yang sedemikian.
Disebabkan itu ada banyak produk dan rawatan yang ditawarkan untuk memutihkan kulit. Akan tetapi sebelum bertindak melakukan atau menggunakan produk tersebut ketahui dulu tentang hukumnya supaya tidak melakukan tindakan yang dilaknat Allah SWT.
Menjelaskan tentang hukum memutihkan kulit, ujar Ustaz Azhar Idrus asal hukumnya adalah harus atau dibolehkan.
Sama ada mahu memutihkan kulit, hitamkan rambut, tegangkan wajah hukum asalnya adalah harus. Islam itu memudahkan jadi asal segala perkara memang diboleh.
“Cuma Islam adalah agama yang mengawal manusia, jangan sampai melebihi sempadannya atau keterlaluan.
“Jadi dalam soal memutihkan kulit ia juga dibolehkan tapi bukan dengan cara yang salah. Bagaimana yang salah? Iaitu cara tersebut mengubah ciptaan Allah.
“Sebagai contoh seorang nelayan selalu ke laut hingga menyebabkan kulitnya menjadi hitam. Dia kemudian gunakan sabun untuk memutihkannya kembali seperti warna asal. Hukumnya harus kerana ia tidak mengubah ciptaan Allah.
“Perkara yang tidak dibolehkan adalah contoh seperti orang yang berkulit hitam, menggunakan rawatan tertentu skin bleaching untuk memutihkan kulit mereka secara kekal yang mana mereka dulu hitam kini menjadi putih. Tindakan mengubah ciptaan Allah sebegini adalah dilaknat.
“Begitu juga sekiranya seseorang itu sedia ada mempunyai kulit yang hitam tapi kemudian menggunakan produk yang boleh menghakis kulit secara luaran untuk menghasilkan kulit yang putih. Hukumnya haram dan berdosa besar,”jelas beliau dalam video terbarunya di platform YouTube.
Katanya adalah dibolehkan jika seseorang itu dahulunya putih tapi disebabkan tidak menjaga kulit ia bertukar hitam. Namun disebabkan dia menjaga semula kulit dan dia berhasil mendapatkan kulit putih yang asal maka hukumnya harus.
“Tapi harus diingat cara yang dilakukan itu haruslah tidak membahayakan. Begitu juga jika seseorang itu menggunakan produk memutihkan kulit secara sementara. Ia dibenarkan kerana yang dilarang adalah mengubah secara kekal,”tegas beliau.
Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim. Ia juga dikenali dengan nama solat al-Awwabin dan waktunya bermula setelah terbitnya matahari.
Tambahan pula, Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya.
1. Solat Sunat Yang Sangat Dituntut
Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Dimurahkan Rezeki Dan Elak Miskin
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”
3. Ganti ‘Sedekah’
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Diampuni Dosa
Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala d0sanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
KELEBIHAN SOLAT DHUHA
Antara kelebihan solat Dhuha yang lain adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]
KESIMPULAN
Menjadi satu kemestian bagi setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah agar melaksanakan solat sunat Dhuha pada setiap hari. Ini kerana, ia merupakan sebagai satu tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT terhadap segala nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita termasuklah nikmat sendi-sendi di dalam badan kita ini.
Marilah sama-sama kita cuba mengamalkan dan beristiqamah dalam melaksanakan solat sunat Dhuha ini di dalam kehidupan seharian kita walaupun cuma dua rakaat kerana itu lebih dikasihi oleh Allah SWT sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...