Pemergian Nurly Sahirah dalam tragedi kemalangan bas bulan lepas masih disebut-sebut sehingga kini.

Malah pusara dan kediaman ibu bapa arwah tak henti mendapat kunjungan daripada orang ramai.

Tapi yang kurang enak didengar dalam masa yang sama terdapat juga perkara yang menjurus kepada perbuatan kurafat yang dilakukan oleh pengunjung ketika menziarah kubur arwah Nurly ini. Antaranya mengambil tanah dari kubur untuk tujuan tertentu seperti menyapu pada wajah anak.

Satu yang pasti sungguhpun Islam menganjurkan umatnya menziarahi kubur namun situasi yang berlaku itu  tersasar jauh dari adab mengunjungi pusara yang sepatutnya dilakukan.

Rasulullah SAW menyebutkan dalam sabdanya iaitu:

Ads

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، أَلَا فَزُورُوهَا فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا

Maksud: “Dulu aku pernah melarang kalian untuk menziarahi kubur, namun sekarang ketahuilah, hendaknya kalian menziarahi kubur kerana ia dapat melembutkan hati, membuat air mata berlinangan dan mengingatkan kalian hari akhirat. Namun jangan kalian berkata perkataan yang tidak layak (qaulul hujr) ketika berziarah.” (HR al-Hakim)

Hukum mengambil tanah dari perkuburan

Dalam pada itu tindakan segelintir pengunjung yang mengambil tanah dari perkuburan tujuan tertentu ternyata ada hukumnya.

“Wajib dikembalikan tanah itu sekiranya masih ada,” demikian memetik dari portal Jabatan Mufti Negeri Pahang tentang hukum mengambil tanah dari perkuburan wakaf.

Ads

Disebutkan di dalam Himpunan Fatwa imam Al-ramli, soalan yang berbunyi:

سئل عمن أخذ ترابا من أرض موقوفة ما يجب عليه (فأجاب) بأنه يجب عليه رده إن بقي وإلا فمثله وأرش نقص الأرض ويكون للموقوف عليه.

“Imam Al-ramli ditanya mengenai seseorang yang mengambil tanah dari sebidang tanah wakaf: Apakah yang wajib ke atasnya?

Beliau – imam Al-ramli -menjawab: Wajib ke atasnya untuk mengembalikan tanah itu jika masih ada. Jika tidak, maka dia wajib menggantinya dengan yang seumpamanya serta membayar ganti rugi atas kekurangan nilai tanah tersebut. Semua itu menjadi hak bagi pihak yang diwakafkan kepadanya”.

Ads

Adab menziarahi kubur dalam Islam

Dalam menziarahi pusara sememangnya adab yang seharusnya dipraktikkan

  • Meninggalkan perbualan kosong di tanah perkuburan.
  • Wanita pula hendaklah keluar dengan pakaian sopan yang menolak pandangan orang yang berhawa nafsu.
  •  Memberi salam sepertimana yang diajarkan Nabi SAW dalam hadis yang sahih:

ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺩَﺍﺭَ ﻗَﻮْﻡٍ ﻣُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ، ﻭَﺃَﺗَﺎﻛُﻢْ ﻣَﺎ ﺗُﻮْﻋَﺪُﻭْﻥَ ، ﻏَﺪًﺍ ﻣُﺆَﺟَّﻠُﻮْﻥَ ، ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻜُﻢْ ﻻَﺣِﻘُﻮْﻥَ

Selamat sejahtera ke atas kamu semua penduduk negeri orang beriman. Dan telah datang akan kamu apa yang telah dijanjikan akan kamu. Dan hari esok akan tertunai. Dan kami semua insyaAllah akan bertemu dengan kamu sekelian”. (Riwayat Imam Muslim)

  • Berdiri dengan tenang sambil menghadap kepada si mati.
  • Memohon kepada Allah SWT agar diterima amalan baik yang dilakukan si mati serta diampuni segala dosanya.
  •  Memohon rahmat kepada si mati dan memohon agar rasa asing dan bersendiriannya dia tidak berpanjangan dengan Allah mengurniakan kepadanya peneman di kuburnya tersebut yang berupa amalan solehnya.
  • Mengelakkan diri dari mengusap-usap, mencium batu nisannya agar tidak menimbulkan fitnah. Walaupun tidak dinafikan perkara ini terdapat khilaf padanya, kerana sebahagian ulama menganjurkannya dan sebahagian menghukumnya sebagai makruh

Sumber: Jabatan Mufti Pahang

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI