Setiap kali mahu membuang bahan bacaan yang tidak diperlukan kita dalam dilema bila  di dalamnya terkandung ayat al-Quran.

Dalam hal ini sebenarnya bagaimana cara terbaik untuk kita melupuskannya termasuklah al-Quran lama?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menghormati ayat al-Quran serta hadith merupakan sebahagian daripada lambang keimanan seseorang.

Walaupun cebisan ayat-ayat itu terdapat pada akhbar atau surat yang sudah lusuh, sewajarnya ia dihormati.

Dikatakan dalam sejarah bagaimana seorang sufi yang menyucikan nama Allah SWT ketika jatuh ke tanah, lantas dia telah diubah dalam kehidupannya menjadi manusia yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT.

Ads

Antara cara yang terbaik untuk melupuskan bahan-bahan yang mempunyai kalimah suci al Quran  ialah dengan membakarnya.

Ada juga yang cara yang menganjurkan ia dibakar dan dikumpulkan abunya dan dibuang ditempat yang selamat seperti di laut atau ditanam ke dalam tanah.

Ads

Walaupun begitu, langkah terbaik adalah supaya dikumpulkan setempat dan dibakar serta menanamnya selepas itu.

Perkara ini berdasarkan tindakan khalifah Islam ketiga Uthman bin Affan RA, ketika menyatukan umat Islam di atas satu mushaf, beliau membakar mushaf-mushaf lain yang menyalahinya.

Ads

Perbuatan tersebut dilakukan dengan disaksikan oleh para sahabat R.Anhum.

Ibn Batthal mengatakan, bahawa perintah Uthman RA supaya dibakar helaian-helaian dan mushaf-mushaf al-Quran sewaktu isu mengumpulkan al-Quran. Ia menunjukkan bahawa kitab-kitab yang tertulis nama-nama Allah SWT boleh dibakar, dengan tujuan untuk memuliakannya, menjaganya dari dipijak oleh kaki-kaki manusia, dan memeliharanya dari dibuang di atas tanah.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI