sHOP

Nak jimat punya pasal, makanan halal jadi haram. ‘Orang berniaga jer faham azabnya bila pelanggan minta kurang banyak-banyak.’

Maklumlah untungnya bukanlah banyak sangat, kadang-kadang lepas ditolak kos itu dan ini, dapatlah untuk 2,3 ringgit tapi amaun itulah yang diminta pelanggan.

Kadang-kadang dalam perasaan serba salah terpaksa juga bagi kurang apa lagi dengan pelanggan setia sebab nak jaga air muka kedua pihak.

Memang tak mudah, tapi inilah dilema yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil. Jika kalian di kalangan orang berkemampuan, janganlah minta kurangkan harga.

Nak Jimat Punya Pasal

Fikir juga nasib penjaja atau peniaga yang kecil yang untungnya sedikit. Ikuti perkongsian Puan Salwa Mohd Salleh ini dan hadam baik-baik apa yang cuba dia sampaikan.

Artikel Berkaitan:

‘Akui Cuai Tinggal Kad Debit, Saya Halalkan.’ Mencuri Harta Orang Wajib Kembalikan, Ini Pesan UAI

Makcik tak tahu hukum

Beberapa hari lepas, kami adik-beradik berkumpul di kampung. Kebetulan sudah agak lama juga kami tidak berkelah bersama-sama, jadi cuti tahun baru digunakan untuk rejuvenate apa yang patut sebelum memulakan langkah seterusnya.

Antara aktiviti wajib selain makan dan makan lagi di kampung adalah menyembang. Lokasi utama tentulah di dapur (makan dan makan lagi, diingatkan) Entah apa topiknya waktu itu, sambil-sambil mengunyah aneka juadah, tiba-tiba emak kami bersuara,

Makanan Halal Jadi Haram

“Ingat lagi arwah Abah pernah cerita. Ada satu makcik ni, dia dah la ambik ikan yang mahal-mahal, yang besar, lepas tu semua dia mintak kurang harga. Dah kurang harga semua, waktu nak bungkus ikan dia tambah pulak seekor dalam plastik tu”

Abang ipar saya terkejut.

“Haih, ada orang macam ni punya teruk ke?”
“Banyaaaakkkk” jawab kakak saya merangkap isteri beliau.
Abang saya mengangguk, mengiyakan.

Saya, meneruskan kunyahan lalu berkata,
“Ooooo ingat je peristiwa ni. Sebab i ols ada kat tepi Abah waktu tu”

IKLAN

Orang Berniaga Jer

Lalu ingatan saya berputar-putar umpama gelungan filem layar perak, mencari di mana agak nya lokasi kejadian ini terjadi. Pastinya hampir 30 tahun yang lepas.

Pasar?
Sudah tentu.
Pasar mana?
Tak ingat pula.
Siang atau malam?
Pagi, setepatnya.

Saya waktu itu hanya berusia 9 atau 10 tahun mungkin. Membantu Abah menjual ikan dan hasil laut di pasar pagi, pasar tani dan pasar malam sekitar daerah Hilir Perak. Kami akan bergilir-gilir menemankan Abah.

Sebab itu juga lah, segala selok belok perihal ikan, baik namanya, cara masaknya, mana yang di rebus, mana yang digoreng, gulai, 3 rasa, singgang, bakar cicah air asam, sebut sahaja kami boleh berikan recomendations.

Faham Azabnya

Ini kawan sekalian, boleh mengurangkan keserabutan di kepala para isteri tentang resepi apa boleh dimasak malam hari dan tentunya mengubat tekanan batin para suami yang mukanya selalu sahaja blur tak kenal ikan apapun malah selalu lupa ikan yang dipesan isterinya.

Berbalik kepada cerita,
Makcik itu mahunya ikan yang besar dan ada harga sahaja. Kalau pelaling atau selar “sorry not my taste” lagaknya.

Tangannya membelek-belek ikan bangsa kayangan seperti bawal, nyok-nyok, tenggiri atau paling tidak kerisi. Mahu yang besar saiznya.
“Mahalnya!!! Kurang lah lagi harga tu”, katanya setiap kali di timbang ikan yang dipilih.

Kalau misalnya harga 8.50,dia minta 7 ringgit sahaja. Kalau harganya 12 terus minta 10 sahaja. Mulut nya persis bontot ayam, pokpek pokpek tak ketahuan semuanya mahu di komen.

Haih. Taste tinggi, tapi kehun bukan main lagi!
Bila dah nak dibungkus, sesuka hati menambah seekor ikan tiba-tiba dalam bungkusan.

IKLAN

Sudah lah minta kurang tak ingat dunia, tambah ikan ikut suka macam tak ingat kiamat pula.

Bila Pelanggan

Sungguh makcik tak tahu hukum!!

Kalau ikan kerisi begitu, untungnya habis kuat mungkin dalam 1.50 ringgit sekilo. Modal rm4.50, jual 3.60 sekati, 6 sekilo. Itu bahan mentah sahaja.Kalau dikira kos minyak, payung, plastik, meja, tenaga kerja akhirnya untung boleh jatuh 1.20 sahaja.

Jadinya jika makcik tadi beli sekati, harga 3.60 tapi timbangannya 650gram (ala, lebih sikit pun takkan nak berkira, kata dia) sepatutnya harga jadi 3.90 untuk ikan yang dia beli. Kos bahan mentah 2.92 campur kos lain total kos 3.10.

Sekonyong-konyong makcik ini minta rm3 sahaja. Malah ditambah pula seekor ikan kerisi saiz sederhana 200g beratnya, total kos menjadi 4 ringgit. Rugi 1 ringgit kawan-kawan!!

Minta Kurang

Saya yang ketika itu jengkel bukan kepalang, sempat berdoa agar makcik mulut tak ada insurans dan adab ini biar lah tak datang lagi membeli. Bukan setakat hati sakit, malah kami jadi rugi pulak.

“Maaflah Puan. Itu lah untung saya. Yang sikit tu. 60 sen bagi puan kecik, tapi itulah untung saya. Dah banyak kurang tadi untuk ikan-ikan lain. Kalau Puan tak jadi beli pun tak apa”, tegas arwah Abah tapi nadanya bersahaja.

Saya melirik makcik tadi yang senget benget muka masamnya. Makbul juga doa saya kerana selepas itu di minggu-minggu seterusnya, makcik tadi tidak lagi beli ikan dengan kami. Syukur!!

IKLAN

“Sebab itu kitorang kalau beli apa-apa kat pasar, tak pernah minta kurang”

Belajar Hukum Hakam

Kata-kata kakak saya membuatkan fikiran saya kembali ke dapur semula.

“Ohhhhh”, kata abang ipar.

“Ye derrr. Mana pernah kitorang mintak kurang. Sebab dulu waktu berniaga dah rasa azabnya”, abang saya menambah.

Kesimpulan,
Belajar akad jual beli.
Belajar juga hukum hakam.
Jangan nak jimat punya pasal, makanan halal jadi haram!!

Baca Di Sini:

Makan Di Restoran Bukan Islam Tanpa Ragu. ‘Rupanya Masih Ramai Yang Keliru Antara Bersih & Halal.’

Kashoorga: Dekat mall atau pasaraya boleh pula bayar harga tetap, kenapa dengan peniaga ikan bilis diminta kurang sehabis mungkin.

Sumber : Puan Salwa Mohd Salleh

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI