Semakin ramai alim ulama meninggalkan kita sejak akhir-akhir ini, tanda dunia sudah semakin tua dan ke penghujungnya. Terkini, seorang syaikh tariqah terkenal sangat terkenal di Turki, Syeikh Mahmûd Efendi Hazretlerimiz dilaporkan meninggal semalam dan akan dikebumikan hari ini.
Menurut Mehmet Izudin Gul, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Turki berkongsi pemergian seorang ulama terkenal semalam dan akan dikebumikan hari ini.
Berikut adalah perkongsiannya:-
Allahu. Subuh pagi ini, baru saja mendapat berita pilu yang Syeikh Mahmûd Efendi Hazretlerimiz telah pergi meninggal dunia tadi.
Ads
Innalillahi wa Inna ilaihi raji’un.
Syeikh Mahmud Efendi adalah seorang syaikh tariqah yang sangat terkenal di Turki & mempunyai anak murid di seluruh dunia. Beliau sangat disayangi oleh pengikut-pengikutnya dan sering dikunjungi oleh manusia serata dunia yang datang ke İstanbul. (rujuk gambar-gambar beliau dengan keturunan Uthmaniyyah & Erdoğan ).
Kepada yang berada di İstanbul, solat jenazah akan diadakan pada hari Jumaat ini. Jenazah akan dipindahkan dari Masjid Fatih selepas solat Jumaat.
(Ikut pengalaman, semasa Hocam Balkanlıoğlu wafat dulu, jammed teruk area Fatih İstanbul, sampaikan untuk motorsikal lalu pun takda laluan. Penuh dengan manusia.
Ads
Inikan pula Syeikh Mahmud Efendi yang meninggal. Semua pengikutnya di seluruh pelusuk Turki akan hadir.
Yang bercadang nak pergi beri penghormatan terakhir Jumaat ini, persiapkan diri. Memang sesak sungguh nanti.)
Ads
Terakhirnya, Al-Fatihah buat sang guru besar kepada ummah. Pemergianmu dirasai.
Memetik laman web The Muslim 500, Syeikh Effendi menjadi seorang hafiz seawal usia enam tahun. Beliau mempelajari bahasa Arab dan Parsi, dan kemudian melanjutkan pelajaran dan jurusan Sains Islam. Sheikh Effendi dilantik sebagai imam masjid Ismail Agha di Istanbul pada tahun 1954, di mana beliau kekal sehingga bersara pada tahun 1996.
Syeikh Effendi mempunyai berjuta-juta pengikut dan telah menubuhkan pelbagai organisasi keagamaan, sosial dan amal seperti Persatuan Marifet, Persekutuan Persatuan Marifet dan Gabungan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berhati-hati korek telinga ketika bulan puasa, jangan sampai terbatal puasa iya semua. Ada masanya, kita berasa gatal dalam telinga, lain macam rasa gatalnya.
Lagi-lagi di bulan puasa, nak korek telinga terasa serba salah pula. Bukan apa, bimbang juga perbuatan tersebut akan membatalkan puasa kita.
Tapi jika dibiarkan, jadi tak tenang dan mendatangkan ketidakselesaan pada anggota berkenaan. Rasa tak kena pula sepanjang hari dan membuatkan mood kita untuk melakukan kerja-kerja lain sedikit terganggu.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan hadam penjelasan yang disampaikan:
Soalan
Bolehkah kita mengorek telinga ketika puasa? Mohon pencerahan…
Jawapan
Hukum korek telinga pada siang hari di bulan Ramadan adalah membatalkan puasa jika melepasi had tengkorak kepala, iaitu alat pengorek masuk ke dalam kawasan lubang telinga.
Pada dasarnya, menjelang tibanya bulan Ramadan, setiap individu Muslim yang mukalaf diwajibkan untuk berpuasa dan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari waktu terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.
Antara perkara tersebut adalah memasukkan sesuatu secara sengaja ke dalam rongga melalui saluran terbuka seperti mulut, telinga, hidung dan saluran qubul dan dubur bagi lelaki dan perempuan.
Berdasarkan kepada penyataan di atas, maka jelaslah bahawa telinga merupakan salah satu saluran yang terbuka.
Al-Imam al-Syirbini menyebut bahawa menitiskan sesuatu ke bahagian dalam (lubang) telinga, sekalipun tidak sampai ke otak adalah membatalkan puasa menurut pandangan yang kuat.
Al-Imam al-Damiri turut menyatakan perkara yang sama bahawa perbuatan menitiskan sesuatu ke bahagian dalam telinga adalah membatalkan puasa sekalipun titisan itu tidak sampai ke otak, bahkan ia melebihi had tengkorak kepala.
Berkenaan perbuatan mengorek telinga, adakah ia membatalkan puasa bergantung sejauh manakah had yang dibolehkan untuk sesuatu sampai ke dalam telinga ketika puasa.
Berdasarkan kepada penyataan Imam al-Damiri di atas, bahawa puasa terbatal sekiranya titisan di telinga melebihi tengkorak kepala, iaitu masuk ke dalam lubang telinga.
Sebagaimana maklum juga bahawa perbuatan mengorek telinga menggunakan hujung jari kebiasaannya tidaklah sampai ke kawasan tersebut, namun sekiranya menggunakan pengorek telinga jenis besi dan sebagainya, ia mampu melangkaui kawasan had tengkorak kepala.
Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa had batin bagi kawasan telinga adalah melepasi tengkorak kepala.
Sehubungan dengan itu, kami menyatakan bahawa mengorek telinga adalah tidak membatalkan puasa jika ia tidak melebihi kawasan tengkorak kepala.
Tidak menggunakan periuk elektrik tetapi periuk biasa yang ditenggek atas api gas di dapur. Malah katanya cara digunakan menjadikan nasi lemak terhasil tidak berjelantah dan tahan lama.
Hari ini tokma nk share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tp tokma rebus periuk nasi itu..
Cara ini lebih mudah & lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik. In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama. #AirtanganTokma..
Moga bermanafaat & dapat dimanafaatkn bersama…
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air utk nasi lemak tau nasi puteh. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nk msk nasi puteh santan tu tukar dgn air pula.
Daun pandan,hirisan halia,serai yg di titik,santan & beras. #AirtanganTokm
Basuh beras . Isik dlm periuk yg sesuai. Bubuh daun pandan,hirisan halia &serai yg di titik . #AirtanganTokma
Tuang Santan secukupnya. Tuang minyak masak ¹/² senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.. #AirtanganTokma
Masukkn periuk kedlm periuk kukusan. Rebus periuk itu . Guna api sederhana. Air dlm periuk kukusan jgn byk sgt. Nnt berkocok & mercik²pula. #AirtanganTokma
Tutup periuk kukusan itu. Biarkn nasi mendidih. Bila dh mula mengelegak boleh kecilkn api dapur. Biarkn nasi terus mendidih hingga kering. #AirTanganTokma
Biarkn nasi mendidih hingga kering santannya. Sesekali boleh kacau utk ratakn santan pekat yg terapung diatasnya. #AirtanganTokma
Bila nasi dh masak & kering santannya. Boleh ttp api dapur. Biarkn periuk nasi terendam dlm air panas dlm periuk kukusan itu. #AirtanganTokma
Bekas periuk yg di guna. Alhamdulillah..tiada sedikit pun terdapat kerak nasi lemak. Malahan nasi lemak ini boleh tahan lbh lama. In Shaa Allah hingga 24 jam tahan x basi jika betul cara masaknya.. #AirtanganTokma
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Assalam @drzul_albakri, adakah wanita yg kematian suaminya tidak boleh berada disamping jasad suami sebelum dikebumikan & tidak boleh juga ke kubur utk menghantar jenazah?
Jawapan: 1. Secara umumnya, wanita adalah dimakruhkan daripada mengikuti jenazah ke perkuburan. Daripada Ummi ‘Athiyyah radhiallahu ‘anha katanya: “Kami ditegah mengiringi jenazah namun ia bukanlah sebagai perintah kepada kami.” Riwayat al-Bukhari (1219)
2. Adapun wanita yang kematian suami, maka haram baginya untuk mengikuti jenazah suaminya ke kubur kerana mereka wajib melaksanakan iddah MELAINKAN kerana hajat atau darurat. Rujuk hadith Ummu ‘Athiyyah Riwayat al-Bukhari (307)
3. Adapun jika diyakini wanita berkenaan agak emosional seperti meraung, meratap, atau tindakan tidak terkawal, maka hukum menziarahi kubur itu adalah haram bagi wanita itu. Rujuk hadith riwayat al-Bukhari (1232)
3. Ada juga ulama’ yang membolehkan wanita ziarah kubur dengan syarat beliau kuat imannya dan dapat mengawal perasaannya. Nabi SAW melalui seorang wanita yang sedang menangis di kubur. Lalu Baginda bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.” Riwayat al-Bukhari (1252)
4. Di sisi mazhab Syafie, sunat wanita menziarahi kubur Rasulullah SAW, para anbiya’ dan orang soleh dengan syarat mereka tidak memperagakan diri, bercampur gaul, bersesak-sesak, bersentuhan dengan kaum lelaki dan meninggikan suara yang mungkin membawa fitnah.
5. Sebahagian ulama menyatakan hukum sunat juga bagi wanita untuk menziarahi kubur kaum kerabatnya. Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah (1/389)
6. Keluarga si mati lebih mengenali bagaimana kondisi si balu samada sesuai atau tidak mengiringi jenazah ke kubur. Walaubagaimanapun, doa itu lebih utama dan insya-Allah sampai kepada suaminya.
Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenazah, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenazah ke perkuburan.
Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kematian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubur suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubur.
SOALAN:
Assalamualaikum wbt,
Saya cuma ingin mendapat pandangan terbaik Datuk Mufti. Apakah seeloknya isteri tidak ikut ke masjid untuk urusan jenazah suami dan solat jenazah, juga untuk ke kubur mengiringi jenazah ?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Islam datang meraikan sifat asal wanita. Apabila kaum wanita kehilangan suami, ayah dan sanak saudaranya yang rapat dengannya, ramai yang tidak tahan perasaan lalu meraung pedih, menarik-narik baju dan memukul-mukul badan sendiri kerana kedukaan. Perbuatan-perbuatan sebegini berasal daripada adat jahiliyyah yang ditegah oleh Islam. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.anhuma, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi (kerana kematian), mencarik-carik baju, dan mengikut seruan (tradisi) Jahiliyyah.
Maksudnya: Kami (kaum wanita) dilarang daripada mengikut jenazah-jenazah (ke kekuburan) dan Baginda (SAW) tidak melarang dengan keras (hal demikian) ke atas kami.
Hadis riwayat al-Bukhari (1278)
Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ (5/277-278) larangan ini bersifat makruh tanzih. Inilah mazhab Syafie dan jumhur, manakala dalam Mazhab Malik tidak menganggap makruh kecuali bagi bagi wanita muda. Diceritakan daripada al-Abdari bahawa Imam Malik menganggapnya makruh kecuali jika jenazah itu ialah anaknya, ibu ayahnya, dan suaminya.
Sebahagian ulama menganggap perbuatan mengiringi jenazah ini sebagai makruh tahrim berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW menegur wanita yang menunggu-nunggu jenazah:
ارْجِعْنَ مَأْزُورَاتٍ غَيْرَ مَأْجُورَاتٍ
Maksudnya: Pulanglah kalian, kalian akan berdosa dan tidak mendapat pahala.
Hadis riwayat Ibn Majah (1579). Namun, Al-Nawawi menganggap hadis ini daif.
Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenazah, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenazah ke perkuburan. Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kematian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubur suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubur.
Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dan kekuatan untuk mengikuti setiap perintah Syariat Islam dalam mencapai Mardhatillah. Amin.