Masih tercari-cari menu petang ini untuk disajikan buat seisi keluarga, apa kata kita hidangkan kek majerin yang bukan saja bahannya mudah didapati tetapi juga senang untuk dibuat.
Hanya menggunakan bahan dapur sedia ada dan paling penting kena ikut cara membuat dengan betul.
Resipi yang diajar ini juga tidak perlu pakai penimbang, hanya guna sukatan cawan dan hasilnya memang menjadi.
Elok disajikan dengan secawan kopi panas dan boleh dimakan usai solat Asar berjemaah bersama keluarga.
Mudah jek wat kek majerin nie. Kite blander jek n bako.. jom wat sendiri hehehe
Resepi Kek marjerin
1cwn gula halus
1cwn marjerin pelangi
1cwn tpng gndum
1sudu kecil baking powder
3biji telur
1sudu kecil esen vanilla
#sy guna mixer
1. Pukul gula dgn marjerin jd putih Dan sebati
2. Msukkn telur sebiji Demi sebiji..pkul bg rata kemudian Msukkn tepung,esen vanilla Dan baking powder
3. Pukul smpi sebati kemudian Msukkn dlm loyang
4. Bakar suhu 160°slma 35 minit(ikut oven masing2)
Kredit: Juraida Shukor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ramai Sangka Farmfresh Milik BMF, Co-Founder SCRUT Dedah Pemilik Sebenar Farmfresh Milk Sdn Bhd
Mencari yang halal itu fardu kifayah. Malah kempen Buy Muslim First (BMF) yang pernah mendapat sambutan hangat suatu ketika dahulu menggalakkan umat Islam membeli dari peniaga Islam membuatkan ramai beralih kepada kempen ini. Ironinya orang islam mudah tertarik dengan penggunaan nama Melayu. Ini termasuklah ketika pau Ahmad yang mendapat sambutan tetapi akhirnya selepas didedahkan, pemiliknya adalah bukan dari orang Islam sendiri.
Bagi yang gemar minum susu Farm Fresh tentu masih ingat tentang Azmi Zainal kerana wajahnya saban minggu boleh dilihat di kaca tv kerana menaja rancangan Gegar Vaganza. Namun pendedahan dari Co-Founder SCRUT, Aliff Ahmad di fbnya mengenai Farm Fresh milik siapa, pasti membuatkan kita menemui satu jawapan.
Baca perkongsiannya:-
Dah banyak kali orang request aku SCRUT company Farmfresh ni. Aku malas nak buat dan perasan sibuk. Semalam sahaja aku rasa nak
SCRUT
sebab aku kan #MindaSkeptikal bila orang share dekat aku Farmfresh beli IXL di Australia.
Since maybe aku ni Bogan yang dah tinggal di Australia hampir 10 tahun. Aku rasa curious sikit. Jadi aku check lah. Dalam pengetahuan aku IXL ni brand sendu dah kat Australia, walaupun dia legend. Tak popular pun. Tak seperti Beerenberg. Ibarat roti Hi5 di Malaysia.
Anyway, lepas tu aku bacalah news-news di Australia pasal pengambilan tersebut, tak keluar pula nama Brader Azmi Zainal, yang keluar nama Loi Tuan Ee dan Pretty Adam sebagai director dan shareholder. Takda pula nama Brader Azmi Zainal.
Jadi, aku mula SCRUT menggunakan
Interepo
(www.interepo.com) dengan mencari Farmfresh Milk Sdn. Bhd. Aku mendapati 2 orang pengarah yang mengawal syarikat tersebut ialah adik beradik Loi iaitu Loi Tuan Ee dan Loi Tuan Kin. Syarikat tersebut dimilik 100% oleh The Holstein Milk Sdn Bhd.
Farmfresh dimiliki 100% oleh The Holstein Milk manakala senarai pengarahnya ialah:
1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Azmi bin Zainal (Baru jumpa)
4. Amran Hafiz
5. Ganesh Kumar
6. Tan Chow Yin (VC Singapore)
7. Tan Mek Shwen
The Holstein Milk dimilik oleh :
1. Rainforest Capital 46.7%
2. Agrifood Resource 30% (2/4/2020)
3. Farmchoice Food 23.3%
4. Loi Tuan Ee 1%
5. Loi Tuan Kin 1%
Perlu diketahui, pengarah adalah lantikan dari shareholder, Azmi Zainal bukan dalam senarai shareholder dalam The Holstein Milk Company. Manakala adik beradik Loi ialah shareholder dan director. Takpa, kita terus menggali.
Rainforest Capital dimiliki oleh:
1. Cahaya Bintang Ltd 65% (Singapore)
2. Loi Tuan Ee 17.6%
3. Loi Foon Kion 14%
4. Loo Tuan Kin 3.5%
Manakala senarai pengarahnya ialah:
1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Loi Foon Kion
4. Chung Hin Chew (bukan orang Malaysia)
5. Tan Chow Yin (Singapore)
Rainforest Capital adalah sebuah syarikat investment holding company. Tiada juga nama Brader Azmi Zainal dalam ni. Takpa, kita cari lagi.
Agrifood Resource adalah 100% milik Khazanah National. So, bukan disini juga. Kita cari lagi.
Farmchoice Food pula dimiliki oleh :
1. Cahaya Bintang LTD 80% (Singapore)
2. Loi Tuan Ee 16.7%
3. Loi Tuan Kin 1.3%
4. Azmi Bin Zainal 1.3% (RM251k)
5. Pretty Adam 0.4%
Manakala senarai pengarah dalam Farmchoice pula ialah:
1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Tan Chow Yin (Singapore)
Dalam syarikat yang Brader Azmi Zainal menjadi shareholder, dia sendiri bukan pengarah. Dengan 1.3% (share value RM251,000) dilihat tidak significant dalam syarikat yang bernilai lebih RM100 juta. 1.3% daripada 23.3% rasanya kurang 1% pemilikan dalam Farmfresh dan The Holstein Milk Company.
Yang jelas disini, adik beradik Loi dan VC dari Singapore memegang tampuk majoriti. Khazanah pula baru sahaja masuk tahun lepas sebanyak 30%.
Jika ditanya aku, adakah Farmfresh milik Melayu, Muslim, dan Bumiputera. Mengikut definition aku, ia tidak. Kerana tidak mencapai majoriti pemilikan syarikat tersebut dan penguasaan (director control) tidak berada dalam tangan orang Melayu, Muslim, dan Bumiputera.
Korang boleh kaji balik. Aku tak minum susu Farmfresh, so aku tak kisah sangat. Aku minum
Susu Devondale Malaysia
yang aku langgan monthly dengan
Ifmal
(www.ifmal.com) melalui
Langgan.my
(www.langgan.my).
Lepas ni korang nak SCRUT, terus ke Interepo tau. Buat sendiri kalau nak cepat, tunggu aku makan tahun lah..
SCRUT for the TRUTH!
SCRUT before WE get SCREWED!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Diperap Dengan Garam & Menjadi Sebati Dengan Najisnya.’ Ini Hukum Makan Ikan Masin Tak Dibuang Isi Perut
‘Diperap dengan garam & menjadi sebati dengan najisnya.’ Ini hukum makan ikan masin tak dibuang isi perut. Rata-rata pembuat ikan masin tidak mengasingkan isi perut terlebih dahulu sebelum menyediakan ikan masin.
Tetapi hari ini di pasaran ada juga peniaga yang cakna dengan isu kebersihan dan halal ini lalu menjual ikan masin yang telah dibuang isi perut dan najisnya. Namun kelompok ini masih belum ramai.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum memakan ikan yang diproses tanpa dibuang isi perutnya.
Artikel Berkaitan:
Beza Antara Halal, Pork Free & Muslim Friendly. ‘Sebaiknya, Makanlah Di Kedai Ada Sijil Halal.’
Diperap Dengan Garam
Soalan:
Assalamualaikum, saya ada persoalan berkaitan ikan masin, ikan kering mahupun ikan pekasam yang masih tidak dibuang isi perutnya. Mohon pencerahan hukum andai termakan isi perut ikan tersebut?
Jawapan
Hukum ikan masin atau ikan kering mahupun ikan pekasam yang tidak dibersihkan segala isi perut, tahi mahupun darahnya adalah tidak halal untuk dimakan kerana najis menurut mazhab Syafi’i.
Menjadi Sebati Dengan Najisnya
Namun, ikan kecil yang sukar dibuang segala isi dalaman perut adalah dimaafkan untuk dimakan.
Oleh itu, pengusaha yang menghasilkan ikan masin, ikan kering atau pekasam perlu cakna terhadap kebersihannya dengan membuang segala kotoran dalam rongga perut ikan yang bersaiz besar.
Adapun isi perut ikan yang sukar dibersihkan kerana saiz ikan terlalu kecil, maka ia termasuk najis yang dimaafkan dan halal untuk dimakan.
Ini Hukum Makan
Setiap haiwan yang terdapat di dalam lautan halal dimakan berdasarkan firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut (air), dan makanannya.”
Surah Al-Maidah (96)
Seterusnya, makanan halal mestilah suci berdasarkan kalimah tayyiban dalam firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا
Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”
Surah al-Baqarah (168)
Ikan Masin Tak Dibuang Isi Perut
Sementara itu, fuqaha mazhab Syafi’i membahaskan hukum memakan ikan masin yang tidak dibersihkan bahagian isi perutya berdasarkan nukilan dalam Al-Jawahir :
قَالَ فِي الْجَوَاهِرِ كُلُّ سَمَكٍ مُمَلَّحٍ وَلَمْ يُنْزَعْ مَا فِي جَوْفِهِ فَهُوَ نَجِسٌ.
Maksudnya: “Semua ikan masin yang tidak dikeluarkan segala isi perutnya, maka ia dianggap najis”.
Oleh itu, ikan yang belum dibersihkan daripada isi-isi perutnya dianggap bernajis dan tidak halal dimakan.
Menurut zahir pendapat ini, sama sahaja ikan besar mahupun ikan kecil. Namun al-Rafi’i dan al-Nawawi mengatakan ikan kecil yang masih terdapat isi perut halal dimakan atas sebab kesukaran untuk membersihkannya.
Oleh yang demikian, ikan bersaiz besar yang tidak dibuang isi perutnya tidak halal dimakan kerana bercampur dengan najis dalam perutnya.
Ikan Kecil Terkecuali
Sementara telur ikan adalah suci kerana terdapat penghalang antara najis dan telur yang tidak mungkin bercampur dengan telur ikan.
Sementara ikan kecil yang tidak dibuang isi perut adalah dimaafkan. Begitu juga, ia tidak menajiskan minyak apabila menggoreng ikan kecil tersebut .
Kesimpulannya, ikan yang tidak dibuang dan dibersihkan tahi, darah serta segala isi perutnya adalah tidak halal dimakan disebabkan najis kecuali telur ikan. Namun ikan kecil yang sukar dibuang segala isi perutnya adalah dimaafkan dan halal dimakan.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Jika ada pilihan, belilah ikan masin yang telah diproses dengan baik dan halal dimakan tanpa was-was.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Seumur Hidup Tak Pernah Solat Tapi Masuk Syurga, Siapa Lelaki Bertuah Yang Rasulullah Kisahkan Ini?
Syurga dan neraka merupakan perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Namun sifat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi akan mengurniakan sesiapa sahaja yang DIA kehendaki untuk memasuki syurga Allah bahkan kepada mereka yang seumur hidupnya tidak pernah solat.
Bagaimana tak pernah solat tapi boleh masuk syurga?
Kisah ini mengenai pemuda ini pernah diceritakan oleh Abu Hurairah RA. Saat Abu Hurairah berkumpul di satu majlis, dia berkata “Ceritakan padaku sebuah kisah tentang orang yang masuk syurga pada hal dirinya seumr hidup tak pernah solat sekali pun!”
Suasana sunyi dan menjadi hening sejenak. Tidak ada seorang pun di majlis itu yang mengetahui siapa dan mampu menjawab pertanyaan dari Abu Hurairah.
Mereka lalu bertanya kembali pertanyaan kepada Abu Hurairah, “Siapakah ia?” tanya mereka. “Ushairim bani ‘Abdil Asyhal ‘Amr bin Tsabit bin Waqsy,” jawab Abu Hurairah.
Namanya adalah ‘Amr bin Tsabit, seorang lelaki dari bani ‘Abdil Asyhal. Ia juga sering dipanggil dengan nama ‘Amr bin Uqaisy atau Ushairim. ‘Amr bin Tsabit pernah diajak memeluk Islam. Namun ia menolak kerana kaumnya. Dahulu dia memiliki harta riba pada masa jahiliyah dan ia enggan masuk Islam hingga ia mengambil harta tersebut.
Suatu ketika datanglah Perang Uhud. ‘Amr bin Tsabit bertanya, di mana anak-anak pakcikku? Orang-orang pun menjawab “Di Uhud”..
Di manakah fulan? Ia kembali bertanya. “Di Uhud”, jawab orang-orang. Lalu di manakah fulan? “Di Uhud”, jawab mereka.
Mendengar jawaban tersebut, ‘Amr bergegas menggunakan baju perangnya, menaiki kudanya lalu menyusul orang-orang menuju Bukit Uhud. Saat orang-orang muslim melihatnya, mereka pun berkata “Menjauhlah engkau dari kami wahai ‘Amr!”.
“Aku telah beriman”, jawab ‘Amr. Maka kaum muslim pun mempersilakannya untuk bergabung dengan pasukan. Kemudian ‘Amr bertempur dengan bersungguh hingga ia terluka.
Selepas perang tamat, orang-orang Bani ‘Abdul Asyhal mencari korban dalam perang ini. Tanpa disangka mereka menemukan ‘Amr. Mereka menatap wajahnya yang sedang luka parah bagi memastikan itu adalah dirinya. Mereka pun berkata “Demi Allah ini adalah al-Ushairim!”.
‘Amr pun dibawa menuju keluarganya dengan keadaan terluka. Sa’ad bin Mu’adz lalu mendatangi saudarinya seraya berkata “Tanyakanlah kepada ‘Amr apa yang menyebabkannya dirinya datang ke medan perang? Apakah dia berperang demi kaumnya atau kerana Allah dan Rasul-Nya?”
Amr pun menjawab “Aku datang ke medan perang kerana ingin masuk Islam. Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Aku masuk Islam lalu mengambil pedangku. Aku maju bersama Rasulullah SAW dan aku berperang hingga aku terkena serangan”.
Tak lama kemudian, ‘Amr pun menghembuskan nafas terakhir di pelukan tangan kaumnya. Mereka pun menceritakan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Baginda kemudian berkata “Sesungguhnya ia termasuk penghuni surga”. ‘Amr pun dicatat sebagai penghuni surga, pada hal dirinya tidak pernah melakukan solat sama sekali.
Demikianlah tanda Allah SWT sayang dan akan memberi hidayah kepada siapa dia kehendaki dengan membolak balikkan hati seseorang. Kisah ‘Amr menunjukkan bahawa rahmat Allah begitu luas. Betapa besarnya kasih sayang dan kemurahan Alla sehingga orang yang tidak pernah solat sekali pun dapat masuk dalam syurga-Nya. Ia kerana ketulusan dan keikhlasan hatinya memeluk agama Allah. Sumber : Islami.com
Nak cari imam solat kita tak agar sama-sama masuk syurga? Jom sertai Webinar Jodoh kami dan kami ajarkan mengenal imam yang baik untuk pada wanita.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI