Selain cheese cake, kek coklat juga antara yang jadi pilihan kita untuk menikmati juadah minum petang bersama keluarga.
Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga akhir April ini menyebabkan keinginan untuk membelinya di kedai kek terpaksa dilupakan.
Walaupun begitu, kek coklat yang sedap dan rasa lebih moist ini boleh kita buat sendiri di rumah. Lebih puas, jimat dan paling penting selamat.
Ayuh kita lihat perkongsian dari June Ahmad cara membuat kek Coklat Moist @lembab dengan rasa yang lemak manis kaya bercoklat. Bagi yang tak percaya boleh membuatnya sendiri.
Menurutnya kek ini memang sangat disukai seluruh ahli keluarga dan telah mencuba banyak kali untuk disajikan buat pemanis minum petang.
Kek coklat moist…
Kami share gambaq lepas2 la noo… hat baru buat td xdan nak ambik gambaq bagai dah… anak2 pakat makan dah pun bapa ketoi…
Suka resepi nih dr dulu kini n selamanya… mmg sedap… lemak maneh semua cukup… moist ja kek dia… xcaya hampa try nah…
Resepi asal dr (Munira Baharum)
Bahan A:
– 1 cwn serbuk koko (3/4 cwn pun ok)
– 1 cwn susu cair
– 3/4 cwn susu pekat
Ads
– 3/4 cwn gula
– 1 cwn minyak msk
– semua bhn di atas gaul sebati n msk atas api perlahan…
– rehatkan kejap bila bhn dh sebati…
Bahan B:
– 3/4 cwn tepung gandum
– 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
– 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
– semua bhn ni diayak k…
Ads
Bahan C:
– 4 bj telor (blender jer)
Cara:
– Satukan bhn B dan C ke dlm bhn A…
– Secara berselang seli n gaul ngan senduk jer…
– Bila dh sebati, taruk jer dlm loyang yg disapu minyak…
– Kukus dlm 30-45 minit…(bergantung saiz loyang)…
– nak test, cucuk dgn lidi… kalau xmelekat adunan kat lidi tuh kira kek dah masak ler…
‘Zuriat adalah rezeki dari Allah.’ Kenyataan pempengaruh Indonesia ‘memiliki anak adalah beban’, sindir wanita bergelar ibu.
Baru-baru ini, pempengaruh Indonesia iaitu Gita Savitri Devi menjadi tular selepas meluahkan pendapatnya bahawa memiliki anak adalah satu beban. Sudah tentu kenyataan tersebut menjadi topik hangat wargamaya.
Sebenarnya, isu tersebut mula tercetus selepas salah seorang pengguna media sosial bertanya kepada Gita bagaimana mahu kelihatan awet muda sepertinya meskipun usia Gita sudah mencecah 30 tahun.
Menjawab persoalan itu, Gita mendedahkan bahawa rahsia kekal awet muda bagi wanita yang sudah berkahwin adalah dengan tidak memiliki anak.
Hal ini kerana, wanita tanpa anak tidak akan berdepan dengan tekanan dalam membesarkan anak-anak malah mereka juga dapat berehat secukupnya.
Tambahnya, tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi untuk awet muda.
Dalam masa yang sama, dirinya merasakan ibu tanpa anak mampu tidur 8 jam sehari dan tidak akan tertekan mendengar jeritan anak. Saat wajah berkedut, kita ada duit untuk melakukan botoks.
Menerusi siaran langsung bersama suaminya di Instagram, Gita memberitahu mereka nekad untuk tidak memiliki anak kerana beranggapan bahawa zuriat itu adalah satu beban.
‘Bagi saya anak itu beban. Bagi anda, tidak membebankan dan itu adalah anugerah. Tapi bagi saya beban sebab itu saya tak nak ada anak. Bagi saya itu bukanlah satu kesalahan,’ luahnya jujur.
Pendedahan tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya yang berpendapat Gita tidak sewajarnya berkata sebegitu.
Oleh kerana zuriat adalah rezeki daripada Allah SWT. Bukan itu sahaja, kenyataan Gita seakan menyindir para wanita yang bergelar ibu.
Tidak dinafikan, kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepada keperluan anak.
Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.
Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.
Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita. Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.
Kashoorga: Sesungguhnya setiap anak memberi rezeki yang berbeza buat mak, ayah. Jadi hargailah setiap anak kita dan jangan jadikan meraka sebagai bebanan.
Syurga Allah itu ada lapan iaitu Firdaus, ‘And, Na’iim, Na’wa, Darussalaam, Daarul Muaqaamah, Al-Muqqamul Amin dan terakhir di sebut syurga Khuldi.
Jika syurga ada lapan, neraka juga ada lapan iaitu Jahannam, Jahiim, Hawiyah, Wail, Sa’iir, Ladhaa, Saqar dan terakhir neraka Hutomah.
Di dalam tafsir Al-Quran mengungkap lima doa penghuni neraka. Empat kali Allah menjawab doa mereka. Sedangkan, di pertanyaan kelima, Allah menjawabnya dengan sebuah perintah. Apakah lima doa penghuni neraka?
Pertamanya, dinyatakan dalam tafsir surah Ibrahim ayat 44.
“Dan berikanlah peringatan (Muhammad) kepada manusia pada hari (ketika) azab datang kepada mereka, maka orang yang zalim berkata, “Ya Tuhan kami, berilah kami kesempatan (kembali ke dunia) walaupun sebentar, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti Rasul-Rasul.” (Kepada mereka dikatakan), “Bukankah dahulu (di dunia) kamu telah bersumpah bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?” (QS Ibrahim: 44)
Tafsir Kementerian Agama menjelaskan pada ayat ini, Allah SWT memerintahkan agar memberi peringatan kepada orang-orang yang zalim dan orang-orang musyrik Makkah, iaitu tentang keluhan dan rintihan yang keluar dari mulut mereka ketika azab menimpa mereka di akhirat nanti sambil memohon:-
“Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kesempatan yang lain lagi, walaupun beberapa saat saja untuk menaati seruan-Mu dan mengikuti ajaran Rasul-Mu dengan mengembalikan kami ke dunia. Jika kesempatan itu benar-benar diberikan kepada kami pasti kami akan mengikuti perintah-Mu dan menghentikan larangan-Mu, kami benar-benar akan memurnikan ketaatan kepada-Mu saja, kami tidak akan menyekutukan-Mu lagi wahai Tuhan kami.”
Menurut riwayat al-Baihaqi dari Muhammad bin Kaab Al-Quradhi, ia berkata, “Penghuni neraka berdoa kepada Allah lima kali. Empat kali dijawab Allah sedang doa yang kelima dijawab Allah dengan perintah agar mereka tidak berkata lagi dan agar tetap kekal di dalam neraka.”
Doa penghuni neraka tersebut terdapat dalam firman Allah sebagai berikut:-
“Mereka (penghuni neraka) menjawab, “Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?” (QS Ghafir: 11)
Permintaan ini dijawab Allah SWT dengan firman-Nya:-
“Yang demikian itu kerana sesungguhnya kamu mengingkari apabila diseru untuk menyembah Allah saja. Dan jika Allah dipersekutukan, kamu percaya. Maka keputusan (sekarang ini) adalah pada Allah Yang Maha Tinggi, Maha Besar.” (QS Ghafir:12)
“Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), ‘Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin’.” (QS As-Sajdah:12)
Permintaan mereka ini dijawab Allah SWT dalam firman-Nya:-
“Maka rasakanlah olehmu (azab ini) disebabkan kamu melalaikan pertemuan dengan harimu ini (hari Kiamat), sesungguhnya Kami pun melalaikan kamu dan rasakanlah azab yang kekal, atas apa yang telah kamu kerjakan.” (QS As-Sajdah: 14).
“Maka orang yang zalim berkata, ‘Ya Tuhan kami, berilah kami kesempatan (kembali ke dunia) walaupun sebentar, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti Rasul-Rasul’.” (QS Ibrahim: 44)
Permintaan mereka ini dijawab oleh Allah SWT dalam firman-Nya:-
“Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, ‘Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu’.” (QS Fathir: 37)
Allah SWT menjawab permintaan mereka dalam firman-Nya:-
“Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berpikir bagi orang yang mau berpikir, pada hal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang-orang zalim tidak ada seorang penolong pun.” (QS Fathir: 37)
“Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya (kembalikanlah kami ke dunia), jika kami masih juga kembali (kepada kekafiran), sungguh, kami adalah orang-orang yang zalim.” (QS Al-Muminun: 107)
Allah SWT menjawabnya dengan tegas dalam Firman-Nya:-
قَالَ اخْسَـُٔوْا فِيْهَا وَلَا تُكَلِّمُوْنِ
“Dia (Allah) berfirman, ‘Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku’.” (QS Al-Muminun: 108)
Setelah jawapan Allah SWT yang kelima, maka mulut penghuni neraka tertutup, tidak ada lagi doa, selain dari jeritan yang keluar dari mulut mereka kerana sangat berat azab neraka yang menimpa mereka. SUMBER: TAFSIR QURAN | QURAN HADITS
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Semoga Allah kabulkan doa, izinkan mereka dapat zuriat.’ Fizo kagum Madammu tak pernah selindung buat rawatan IVF. Malah dari awal Madammu banyak kongsikan bagaimana perjalanannya untuk dapatkan anak.
Fizo Omar dan bekas isterinya juga pernah berusaha keras untuk mendapatkan anak. Oleh sebab itu dia memahami apa yang dilalui Madammu dan suaminya.
Abe joe doakan semuanya selamat untuk Madammu dan TP kita yang akan menjalani proses terakhir IVF.
So sempena majlis doa selamat malam ini, semoga Allah memakbulkan doa semua dan mengizinkan mereka berdua ni mendapat zuriat.
Abe joe respect both of them yang tidak berselindung ataupun fikirkan apa pandangan masyarakat yang mereka sanggup berkongsi berjalan mereka dalam proses melakukan IVF untuk mendapat zuriat setelah sekian lama menunggu rezeki Allah dengan niat untuk meningkatkan awareness di kalangan masyarakat kita.
Even Abe joe dan bekas isteri sendiri menunggu 4 tahun untuk nak dapatkan Cik Yam.
Pelbagai usaha telah dilakukan dan yang paling penting kesabaran, support pasangan kita dan ikhtiar yang berterusan. So Abe joe faham perasaan itu.
Kadang itu buat kita terfikir orang yang Allah bagi rezeki zuriat sehingga terlupa untuk bersyukur dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai parents dan ada juga yang sanggup gugurkan dan buang anak macam tu saja.
Sedangkan pasangan yang betul-betul hendakkan zuriat sanggup buat apa sahaja sehingga sanggup berbelanja ratusan ribu untuk dapatkannya.
Kita semua sibuk mengejar rezeki Allah yang kita belum ada sampai terlupa untuk mensyukuri rezeki yang Allah telah kurniakan kepada kita semua. Sehingga kita terlupa akan nilai sesuatu rezeki yang kita ada.
Semoga Allah permudahkan urusan pasangan ini dan mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada mereka berdua.