--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Penat Jadi ‘People Pleaser’? Ini Cara Berkata Tidak Tanpa Rasa Bersalah

Takut katakan ‘tidak’ pada orang, berpunca daripada perasaan takut dan bersalah. 

Hakikatnya, memang ada manusia di luar sana yang sukar menolak permintaan orang lain dan dianggap sebagai people pleaser. 

Apa sahaja yang diminta, semuanya cuba dipenuhi walaupun diri sendiri sebenarnya sudah penat, terbeban dan tidak mampu.

Keinginan yang terlalu kuat untuk disukai atau mendapat pengiktirafan daripada orang sekeliling kadangkala membuatkan seseorang mengabaikan keperluan diri sendiri. 

Mereka lebih takut mengecewakan orang lain berbanding menjaga kesejahteraan diri.

BACA JUGA: Tak Mampu Buat Amalan Besar, Mulakan Dengan Amalan Kecil

Cuba renungkan, mengapa ada individu yang terlalu takut untuk berkata ‘tidak’? Antara sebabnya ialah kerana mereka takut mencetuskan konflik, takut dianggap sombong, tidak membantu atau berasa bersalah tanpa sebab yang sepatutnya. 

Dalam banyak keadaan, punca utamanya adalah dua perkara iaitu perasaan takut dan juga rasa bersalah yang tidak bertempat.

Ads

Sebab itu kita perlu muhasabah diri. Apabila kita membantu seseorang, apakah sebenarnya niat kita? 

Adakah kita melakukannya kerana takut dimarahi, mahu dipuji atau benar-benar ikhlas ingin menolong orang yang dalam kesusahan?

Dalam Islam, kita diajar untuk berbuat baik kepada semua orang dengan niat kerana Allah SWT, iaitu lillahi taala

Kebaikan yang dilakukan biarlah lahir daripada keikhlasan, bukan kerana tekanan emosi atau keinginan untuk mendapatkan penghargaan manusia.

Terdapat sebuah hadis yang boleh dikaitkan dengan perkara ini. Daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA, Rasulullah SAW bersabda:

Ads

Maksudnya: “Tiada ketaatan dalam perkara maksiat. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah pada perkara yang makruf (kebaikan).” Riwayat al-Bukhari (7257)

Sesungguhnya mustahil untuk seorang manusia memuaskan hati semua orang. 

Reda Allah itulah yang paling utama. Tubuh badan, masa dan tenaga kita juga merupakan amanah daripada Allah SWT. 

Apabila kita terlalu melayan kehendak orang lain sehingga mengabaikan kesihatan diri, menjejaskan ibadah serta tanggungjawab yang wajib dilaksanakan, maka kita sebenarnya sedang mengkhianati amanah tersebut.

Ads

Oleh itu, berkata ‘tidak’ bukanlah tanda kita mempunyai akhlak yang buruk atau tidak mahu membantu. Sebaliknya, ia adalah salah satu cara untuk menjaga kestabilan diri dan memelihara amanah Allah.

Jika seseorang meminta pertolongan ketika anda benar-benar kepenatan, belajarlah untuk berkata ‘tidak’ dengan penuh adab. 

Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya bertutur dengan sopan, namun tetap tegas.

Berhenti sejenak, fikirkan keadaan diri, kemudian sampaikan penolakan itu dengan cara yang baik.

Berikan alasan yang jujur jika sesuai. Jika anda penat, nyatakan dengan berhemah. Selepas itu, cubalah cadangkan alternatif lain. Contohnya, anda boleh berkata, “Maaf, saya tidak dapat bantu sekarang, tetapi saya boleh cuba minta bantuan si fulan untuk tolong anda.” Cara ini menunjukkan bahawa anda masih berniat baik, bukannya sengaja enggan membantu.

Kesimpulannya, apabila kita berhenti menjadi “hamba” kepada jangkaan manusia, kita akan lebih bebas untuk menjadi hamba Allah yang sebenar. Menjaga hati orang itu baik, tetapi menjaga amanah Allah terhadap diri sendiri juga adalah satu kewajiban.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Milenial Jangan Putus Asa, Apa Yang Dilalui Hari Ini Bukan Tanda...

Milenial jangan putus asa kerana apa yang dilalui bukan tanda gagal. Ketahui perspektif Islam tentang usaha, rezeki dan ketenangan hidup.