“Pencilkan Diri Ribuan Tahun & Simpan Rapat Virus Ini, Tapi Disebabkan Nafsu…” – Fahami Sekeping Surat Dari ‘Kelawar’ Untuk Manusia

Share

Seperti yang kita tahu penularan wabak virus COVID-19 ini dikatakan bermula di wilayah Wuhan, China yang dipercayai akibat memakan haiwan eksotik seperti kelawar.

Siapa sangka dari wilayah itu, kini wabak berkenaan telah menular di seluruh dunia. Malah Kota Suci Mekah juga tidak terkecuali dan buat masa ini Masjidil Haram ditutup untuk orang ramai.

Biarpun masih tidak  dapat dipastikan adalah punca sebenar wabak ini daripada haiwan yang memiliki rupa paras menakutkan, namun hakikatnya virus kecil ini memang sangat merbahaya hingga sebabkan kematian.

Dalam satu perkongsian video oleh juara Qariah tahun lalu, Farhatul Fairuzah maut naik satu video menarik mengenai sekeping cinta daripada haiwan ini, seandainya haiwan itu dapat difahami

Dalam video itu binatang kelawar yang juga makhluk Allah ini telah memberitahu diri mereka memang menyimpan ribuan virus tetapi dek kerana nafsu serakah manusia menyebabkan musibah.

Tengok video sampai habis

jika kelawar boleh berbicara…. muhasabah diri wahai manusiaa

Maka benarlah kata AlQuran
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41) #Haiwan #Virus #muhasabahdi

Sekeping surat dari kelawar untuk manusia

Dalam diriku mengandungi ratusan kuman penyebab pelbagai penyakit

Mengumpul virus agar tidak bertaburan

Seluruh tubuhku adalah tempat tinggal racun

Memencilkan diri selama ribuan tahun

Dengan wajah yang menyeramkan & mengerikan

 

Manusia kini tidak dapat menjaga nafsu serakah

 

Seluruh virus berhamburan keluar menjerat diri sendiri

Menjadikan diriku santapan lazat & mewah

Virus-virus ini perlu mencari rumah baru

Manusia sebenarnya makhluk kecil di alam semesta

Hukum alam sangat adil

Surat ini tidak mewakili diriku sahaja, tapi makhluk lain juga

Fikirkanlah anugerah dan larangan Tuhan itu ada hikmahnya

 

IKLAN