Pengantin Lelaki Sunat Lakukan Solat Zifaf Lepas Akad Nikah, Mohon Perlindungan Allah Dari Segala Keburukan

Share

SOALAN :

Saya hendak tahu apakah dia yang dinamakan solat sunat zifaf itu ustaz?

JAWAPAN :

Solat sunat zifaf yang tuan bertanyakan itu ialah yang dinamakan solat sunat mempelai ertinya solat sunat yang dilakukan oleh pengantin selepas bernikah.

Ianya sunat dilakukan oleh kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan ketika ditemukan.

Diriwayatkan daripada Abu Said Maula Abu Usaid r.a. berkata bahawa para sahabat Nabi yang dijemput ke majlis pernikahannya telah berkata :

إذا أدخل عليك أهلك فصل عليك ركعتين ثم سل الله تعالى من خير ما دخل عليك وتعوذ به من شره ثم شأنك وشأن أهلك

Ertinya : “Apabila kamu bertemu dengan isterimu maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah doa kepada Allah dari segala kebaikkan isterimu dan mintalah perlindungan dengan Allah dari keburukkannya kemudian hal kamu dengan isteri kamu.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)

Berkata Syeikh Nawawi Bintan :

ومنه ركعتا الزفاف تسن هذه الصلاة لكل من الزوج والزوجة ينوي بها سنة الزفاف .

Ertinya : “Dan setengah dari solat-solat sunat itu ialah dua rakaat solat sunat zifaf. Disunatkan solat ni bagi setiap suami dan isteri yang berniat dengan solat itu akan sunat zifaf yaitu pengantin.” (Kitab Nihayah Az-Zain)

Berkata setengah ulamak solat sunat zifaf ini ialah solat sunat nikah manakala setengah ulamak berkata solat sunat nikah itu sunat dilakukan sebelum aqad manakala solat sunat zifaf ini selepas aqad dan ketika bertemu suami dan isteri

.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Artikel Berkaitan: Elak Solat Laju-Laju & Buat Dengan Tenang. Ini Panduan Lakukan Solat Sunat Tahajjud Jadi Lebih Berkat!

IKLAN