Saya hendak tahu apakah dia yang dinamakan solat sunat zifaf itu ustaz?
JAWAPAN :
Solat sunat zifaf yang tuan bertanyakan itu ialah yang dinamakan solat sunat mempelai ertinya solat sunat yang dilakukan oleh pengantin selepas bernikah.
Ads
Ianya sunat dilakukan oleh kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan ketika ditemukan.
Diriwayatkan daripada Abu Said Maula Abu Usaid r.a. berkata bahawa para sahabat Nabi yang dijemput ke majlis pernikahannya telah berkata :
إذا أدخل عليك أهلك فصل عليك ركعتين ثم سل الله تعالى من خير ما دخل عليك وتعوذ به من شره ثم شأنك وشأن أهلك
Ads
Ertinya : “Apabila kamu bertemu dengan isterimu maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah doa kepada Allah dari segala kebaikkan isterimu dan mintalah perlindungan dengan Allah dari keburukkannya kemudian hal kamu dengan isteri kamu.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Berkata Syeikh Nawawi Bintan :
ومنه ركعتا الزفاف تسن هذه الصلاة لكل من الزوج والزوجة ينوي بها سنة الزفاف .
Ads
Ertinya : “Dan setengah dari solat-solat sunat itu ialah dua rakaat solat sunat zifaf. Disunatkan solat ni bagi setiap suami dan isteri yang berniat dengan solat itu akan sunat zifaf yaitu pengantin.” (Kitab Nihayah Az-Zain)
Berkata setengah ulamak solat sunat zifaf ini ialah solat sunat nikah manakala setengah ulamak berkata solat sunat nikah itu sunat dilakukan sebelum aqad manakala solat sunat zifaf ini selepas aqad dan ketika bertemu suami dan isteri.
Jika sebelum dan selepas Ramadan kita selalu saja mendapat undangan perkahwinan atau menerima berita pasangan bernikah tapi sebaliknya di Ramadan. Timbul persoalan apa hukumnya bernikah di bulan Ramadan.
Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, tiada bulan yang tak dibolehkan bernikah. Hukum bernikah di bulan Ramadan tetap sah namun tidak digalakkan.
“Ini kerana kaitan kenduri selepas pernikahan. Nabi Muhammad menganjurkan diadakan kenduri selepas majlis pernikahan.
“Ia berdasarkan diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya:
أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ
Maksudnya: Hendaklah kamu melakukan majlis perkahwinan sekalipun dengan seekor kambing.
Riwayat Muslim (1427)
Selain itu sekiranya bernikah di bulan Ramadan pasangan suami isteri baru ini perlu berhati-hati supaya tidak berlaku jimak di siang hari.
“Bernikah di bulan Ramadan ini kena hati-hati kerana itu kali pertama lelaki dan wanita berdua-duaan. Takut berlaku batal puasa, batal puasa akibat jimak di siang hari.
“Bila ini berlaku, puasa suami isteri akan terbatal dan perlu qadha sehari. Akan tetapi ada tambahan buat suami, ada kaffarah yang perlu dibuat oleh suami yang mana suami perlu puasa 2 bulan berturut turut,”jelas beliau.
Bagaimana pun sekiranya tidak mampu berpuasa selama dua bulan berturut-turut suami perlukan memberi makan 60 fakir miskin.
‘Promo tinggikan hidung serendah RM350.’ Ciptaan Allah maha sempurna, mana mungkin manusia mampu tandingi untuk upgrade kepada bentuk yang lebih baik.
Setiap wanita dikurniakan sepasang mata, alis, bibir dan hidung sepadan antara satu sama lain. Jika salah satunya diubah mengikut kehendak pasti akan tampak janggal.
Apa lagi perubahan atau pembedahan yang dibuat hanya bersifat sementara, setahun kemudian hidung yang mancung kembali ke bentuk asal.
Kadang-kadang sakit kepala dengan trend anak muda sekarang hingga sampai di satu titik mereka pinggirkan agama demi mengikut arus.
Ikuti perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Saya terjumpa posting ini di TikTok. Ianya adalah perkongsian umum (Public) yang boleh di tonton oleh semua pengguna TikTok.
Seorang wanita pergi mendapatkan rawatan meninggikan “hidung raya” sebelum raya. Dan ada promosi tinggikan hidung sebelum raya.
Menurut perkongsian pada video ini, wanita itu datang dari Kedah ke Setapak dan pulang pada hari yang sama selepas mendapatkan “rawatan” kecantikan.
Saya hanya ingin memberitahu kepada semua sahabat yang masih belum merubah wajah…. Agar tidak melakukan apa-apa perubahan pada wajah anda. Biar sahaja wajah anda asli.
Kerana:
1. Jika kamu berasa pasangan mu bakal tertawan melihat wajah yang telah dirubah, ianya adalah kerana hidung “palsu” mu. Bibir “palsu” mu. Pipi “palsu” mu. Wajah “palsu” mu.
2. Andai kata kamu menikah. Maka anak-anak yang lahir bakal mengikut wajah asal mu.
3. Bayangkan jika kamu jatuh cinta pada lelaki yang telah merubah hidungnya, dagunya, pipinya…. Adakah kamu tidak merasa tertipu.
4. Ketahuilah bahawa, lelaki lebih menyukai wajah asli.
5. Ciptaan Allah itu kan Maha Sempurna kerana Allah Maha Menciptakan. Tidak mungkin ada manusia yang dapat menandingi apa sahaja yang Allah jadikan.
(Melainkan jika wajah mu jadi kurang sempurna kerana kemalangan. Lalu ianya harus diperbetulkan agar tidak mengerikan atau membuat orang jadi kurang selesa).
6. Merubah wajah adalah sama seolah kamu tidak menerima pemberian Tuhan kepada mu.
7. Apa sahaja benda asing yang dimasukkan ke wajah mu belum tentu baik untuk tempoh yang lama. Bahkan ia boleh merosakkan.
8. Tuhan menciptakan wajah kita, sesuai dengan bentuk hidung yang unik, mata yang unik, bibir yang unik. Bayangkan semua wajah yang ada tidak satu pun serupa. Bahkan kembar pun hanya seiras….
9. Yang kamu rasakan cantik, belum tentu cantik pada pandangan orang. Sekilas pandang pun sudah boleh diketahui apabila ianya tidak asli. Itulah yang menjadikan wajah sudah tidak asli dan pelik.
10. Teknologi sentiasa berubah. Bentuk hidung yang dipasang suatu hari nanti bakal ketinggalan. Jadi “outdated”. Sedangkan ciptaan Allah sentiasa cantik dan “evergreen”. Alangkah ruginya…
Ramai dalam kalangan kita mengeluh bab jodoh, lebih-lebih lagi yang masih menunggu calon Imam yang sesuai.
Mula mempersoalankan adakah diri tidak cantik, sempurna dan sebagainya. Namun akhirnya persoalan, semua urusan itu terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang mengetahui dengan siapa jodoh kita nanti.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini.
Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.
Kenapakah jodoh seseorang itu begitu ‘berat’ dan lambat? Bagaimana kita hendak tahu seseorang itu ialah jodoh kita? Setiap orang ada jodohnya lambat atau cepat sahaja dtentukan oleh Allah.
Dalam satu artikel bersama Sinar Harian ditanya persoalan ini kepada pendakwah Ustaz Mohamed Hanafiah Abd Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi.
Sebelum menjawab persoalan berkenaan, agamawan itu mengajak kita untuk menelusuri jodoh yang mana ia telah ditetapkan ALLAH SWT sebelum kita dilahirkan ke dunia.
“Jodoh seseorang itu pasti ada dan sama ada di dunia ataupun jika tidak di dunia, di akhirat nanti. Wallahu’alam. Perbincangan dalam kalangan ulama, jodoh setiap orang ada sebagaimana rezekinya.
“Sebelum seseorang itu lahir, telah ditetapkan tiga perkara buatnya iaitu pertama rezeki, kedua jodoh dan ketiga ialah umurnya. Ada orang mungkin sudah buat pelbagai usaha, tetapi jodoh tiada. Kemungkinan jodoh yang ALLAH telah tetapkan itu telah meninggal dunia atau syahid dan mereka akan bertemu di dalam syurga nanti,” katanya ketika ditemui di pejabat Ecoriths Leisure Travel & Tour di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Ustaz Hanafi menjelaskan, ada dua penyebab mengapa jodoh seseorang itu lambat. Pertama, kemungkinan besar jodohnya ‘berat’ kerana ALLAH SWT ‘memberatkan’ jodohnya dan kedua barangkali kerana sikap seseorang itu sendiri.
“Mungkin seseorang itu terlalu memilih atau malas mencari jodoh. Dalam bab jodoh itu, ada dua istilah kita selalu dengar iaitu satu apabila kita terjumpa jodoh dan satu lagi ialah mencari jodoh.
“Kedua-dua itu berbeza istilahnya sepertimana kita jumpa duit. Sudah tentu berbeza situasi apabila kita jumpa duit atau barang dengan benda yang kita cari. Pastinya kita akan mencari yang terbaik untuk diri kita.
“Jadi nasihat saya, jangan mengeluh, tetapi berusaha dan jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH SWT. Sebaliknya, teruskan berdoa dan senyum selalu, insya-ALLAH jodoh (kita) itu ada,” katanya.
Apapun, ujar beliau, lambat atau cepat jodoh seseorang itu, ia sebenarnya ialah urusan ALLAH SWT. Namun, umat Islam diingatkan supaya banyakkan berdoa, berusaha mencari jodoh yang ditetapkan dan bertawakal kepada ALLAH.
“Paling penting, kita dapat jodoh sebenar yang ALLAH SWT telah tetapkan. Sebab itulah setiap kali solat, kita akan meminta kepada ALLAH Iyyaka na’budu wa iyyaka nastai’n (Hanya ENGKAU kami sembah dan hanya kepada ENGKAU kami memohon pertolongan).
“Tolong apa? Ihdinas siratal mustaqim (menunjukkan kami jalan yang lurus). Jalan yang lurus itu (termasuklah) dalam mencari jodoh, rezeki dan keberkatan umur sebab sebelum kita lahir lagi, ALLAH SWT sudah tetapkan tiga perkara itu. Jadi, kita meminta tolong kepada ALLAH supaya menunjukkan jalan yang lurus.
“Maknanya ALLAH tunjuk jalan, kita kena berusaha. Maka usaha mencari jodoh itu hukumnya wajib. Bagi seorang lelaki, dia perlu mencari jodoh untuk dirinya sendiri, tetapi bagi seorang wanita, ayahnya bertanggungjawab untuk mencari jodoh untuk dirinya,” ujar beliau.
Ustaz Hanafi meneruskan perkongsian ilmunya. Kali ini, beliau menyentuh tentang panduan mencari jodoh menurut Islam.
Sabda Rasulullah SAW: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama (berpegang dengan tuntutan agama), pasti engkau beruntung.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis itu, jelas menunjukkan wanita dikahwini atas empat perkara berkenaan. Namun, apabila seseorang wanita itu hendak berkahwin dengan lelaki, panduan tersebut boleh digunakan, tetapi ia bermula daripada belakang ke hadapan.
“Pertama ialah agamanya yang mana wanita perlu carilah lelaki yang soleh. Tidak salah kita meminang lelaki kerana dalam Islam dibenarkan. Kemudian, lihatlah solatnya. Kalau lelaki itu boleh jaga solatnya, insya-ALLAH dia boleh jaga kita. Kalau dia tak jaga solat iaitu hubungan ALLAH, bagaimana dia hendak jaga kita? (Sedangkan) Janji dengan ALLAH pun dikhianati, apatah lagi janji dengan kita.
“Kedua, carilah mereka yang mempunyai keturunan yang baik. Ketiga, jangan lupa kahwin sebab hartanya. Yang terakhir sekali, barulah rupa,” katanya. Dalam pada itu, Ustaz Hanafi turut berkongsi kaedah mudah untuk mendapatkan jodoh dengan menggunakan formula DUS iaitu doa, usaha, sekufu dan senyum.
“Sebenarnya, seorang bapa perlu mendoakan anak perempuannya sejak usianya sembilan tahun untuk mendapatkan jodoh. Ini kerana doa itu belum tentu dimakbulkan ketika anaknya umur sebegitu, mungkin dimakbulkan 10 tahun atau 20 tahun lagi.
“Doa untuk jodoh selalunya mengambil masa, jadi kena berdoa daripada awal. Antara doa yang paling bagus iaitu ayat 74, Surah al-Furqan,” jelas beliau.
Kepada satu soalan, Ustaz Hanafi berkata: “Hukum asal menggunakan portal mencari jodoh ialah harus. Ia satu usaha era moden untuk mencari jodoh. Namun, kita kena ingat, bila gunakan platform tersebut, mesti niat kerana ALLAH untuk mencari jodoh.
“Tak salah guna portal tersebut. Cuma isunya kalau hendak bagi gambar, janganlah gambar yang menjolok mata atau mendedahkan aurat. Sebaiknya, berilah gambar yang betul, jangan tampal ‘simen’ pada muka dengan mekap berlebihan. Ingat, jangan ada unsur penipuan dan mengambil kesempatan.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?