--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Perkahwinan Dalam Islam Perlu Sederhana, Bukan Sampai Berhutang

Perkahwinan dalam Islam merupakan satu ibadah yang amat dituntut. 

Sudah tentu setiap pasangan mengimpikan hari bahagia mereka diraikan dengan penuh indah dan bermakna. 

Tambahan pula, majlis perkahwinan sering dianggap sebagai momen sekali seumur hidup yang pastinya ingin dikenang sampai bila-bila.

Namun dalam keadaan ekonomi hari ini, ramai pasangan berdepan pelbagai cabaran, terutama dari sudut kewangan. Ada yang sanggup mengorbankan simpanan penting, malah lebih membimbangkan apabila terpaksa meminjam sana sini semata-mata untuk menampung kos persiapan majlis perkahwinan.

Hakikatnya, majlis perkahwinan sepatutnya menjadi detik yang membahagiakan, bukannya permulaan kepada beban hutang dalam kehidupan berumah tangga. 

BACA JUGA: Ujian Generasi Sandwich, Bila Perlu Menjaga Ibu Bapa Dan Anak-Anak Serentak

Tiada gunanya majlis diadakan secara besar-besaran jika akhirnya pasangan terpaksa menanggung tekanan kewangan selepas hari bahagia berlalu. 

Sedangkan dalam Islam, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan, bukan dirumitkan.

Ads

Atas sebab itu, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga sewajarnya memilih konsep bersederhana dalam meraikan hari bahagia mereka.

Islam sendiri mengajar umatnya supaya sentiasa bersikap sederhana dalam setiap urusan kehidupan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Furqan ayat 67:

Maksudnya: “Dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tidak pula bakhil kedekut; dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana di antara kedua-duanya.”

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam menuntut umatnya berbelanja mengikut kemampuan, bukan untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk di hadapan manusia. 

Dalam soal majlis perkahwinan, ukuran kebahagiaan bukan terletak pada gahnya pelamin, banyaknya tetamu atau mewahnya hidangan, tetapi pada keberkatan yang mengiringi penyatuan dua hati.

Ads

Apabila pembaziran dapat dielakkan, maka majlis tidak akan menjadi beban kepada pasangan mahupun ibu bapa. 

Pengantin dan keluarga juga dapat memberi tumpuan kepada makna sebenar majlis tersebut, iaitu untuk menghebahkan pernikahan dan meraikan sebuah ikatan yang halal, bukannya berlumba-lumba mempamerkan kemewahan.

Antara bentuk pembaziran yang sering berlaku ialah menjemput tetamu terlalu ramai sehingga menyebabkan lebihan makanan dan kos meningkat berkali ganda. Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya: “…Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

(Surah al-An’am: 141)

Ads

Jika pembaziran ini tidak dikawal, kesannya bukan sahaja dirasai oleh pasangan yang berkahwin malah turut membebankan keluarga. 

Lebih menyedihkan, ada pasangan yang terpaksa memulakan kehidupan rumah tangga dalam keadaan tertekan kerana perlu melangsaikan hutang majlis.

Akhirnya, majlis yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar menjadi memori yang ingin dilupakan. 

Sebab itu, pasangan perlu bijak merancang perkahwinan mengikut kemampuan sebenar. Tidak salah jika memilih majlis kecil-kecilan atau intimate wedding seperti yang semakin menjadi pilihan hari ini, dengan hanya menjemput ahli keluarga dan rakan terdekat.

Yang paling utama adalah pernikahan itu sah, diumumkan dengan baik dan diraikan secara sederhana. 

Sesungguhnya kebahagiaan sesebuah perkahwinan bukan terletak pada kemewahan majlis semata-mata, tetapi pada keberkatan yang hadir bersamanya. Itulah yang lebih penting untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga berkekalan hingga ke akhir hayat.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Ujian Generasi Sandwich, Bila Perlu Menjaga Ibu Bapa Dan Anak-Anak Serentak

Generasi Sandwich merujuk golongan yang menjaga ibu bapa dan anak serentak. Ketahui cabaran, tuntutan Islam dan cara bijak mengurus tanggungjawab ini.