Perkahwinan Dengan Individu Yang Sakit Adalah HARUS- Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Share

Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita perlu muhasabah. Berfikiran waras bahawa ketentuan Allah mempunyai seribu satu sebab terkandung hikmah dan pengajaran. Setiapnya perlu dihadapi dengan bijak, tenang serta berserah tanpa kompromi.

Kisah perkahwinan pengantin baru, Muhammad Shaiful Azzam Mohamed yang tekad memperisterikan Allahyarham Fatin Nursyahirah walaupun mengetahui isterinya menghidap kanser sarcoma atau kanser tisu tahap empat begitu menyentuh jiwa. Keikhlasan cinta dan kesediaan Muhammad Shaiful Azzam menikahi arwah melambangkan begitu ikhlas cintanya terhadap Allahyarham Fatin Nursyahirah.

Menikahi individu yang diketahui akan meninggal dunia atau tidak dapat hidup lama kerana menderita penyakit tertentu adalah diharuskan dalam Islam. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat bahawa ikatan pernikahan itu disifatkan sebagai perkara yang mulia dan mendapat ganjaran pahala jika disertai dengan niat yang baik serta ikhlas.

Perkahwinan ini juga adalah harus bahkan ia menjadi perkara mulia dan membahagiakan hidup pasangan walaupun hanya dalam tempoh yang singkat. Meksipun kematian dapat dijangkakan melalui jenis penyakit yang dideritai namun sesungguhnya ajal dan maut tetap menjadi ketentuan Allah.

Sebenarnya melalui sebuah ikatan perkahwinan, membolehkan hubungan seorang lelaki dan wanita menjadi halal. Dengan cara itu, suami atau isteri dapat menjaga pasangan masing-masing tanpa batasan terutama daripada segi aurat. Hanya dengan ikatan perkahwinan, kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita dapat ditumpahkan dengan landasan yang betul.

Sumber: Kosmo

IKLAN