‘Awalnya pernah usaha selamatkan rumah tangga.’ Puteri Sarah hubungi Ustazah Asma’ Harun minta nasihat.
Setiap isteri pastinya akan sehabis mungkin menutup aib sang suami selagi mampu. Kalau boleh biarlah hati sendiri disakiti dan memberi peluang agar suami berubah bila suami curang atau berubah hati.
Namun sampai bila? Sebagaimana yang dilalui Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof. Tentu saja di peringkat awal, semua wanita akan bertindak Puteri Sarah, usahakan sesuatu untuk jernihkan hubungan yang keruh.
Malahan dedah Ustazah Asma, Puteri Sarah menghubunginya untuk mendapatkan nasihat dan bertanya apa yang mampu dia lakukan untuk menyelamatkan rumah tangganya.
Selamatkan Rumah Tangga
“Saya kongsikan doa, zikir dan ketika itu jelas dia hendak mempertahankan rumah tangganya. Dia juga masih sayangkan suami, siapa tak sayang suami kan iaitu ayah kepada anak-anak.
Ads
“Jika diikutkan, Puteri Sarah ingin berjumpa. Tapi kerana kesibukan saya, kami tak berkesempatan untuk bertentang mata. Namun apa yang berlaku sekarang adalah perjalanan takdir yang telah Allah tentukan,’ katanya.
Puteri Sarah Hubungi Ustazah Asma’ Harun
Jelas Ustazah Asma lagi, bukan Puteri Sarah seorang saja yang pernah menghubungi, malah ada artis lain juga cuba dapatkan khidmat nasihat dan tip daripadanya bila berdepan masalah atau ujian dalam rumah tangga.
Nasihat Ustazah Asma buat semua selebriti, dunia artis sesungguhnya amat mencabar. Budaya kerja dan persekitaran yang terlalu terdedah membuatkan terlalu banyak dugaan. Oleh itu, pasakkan agama dalam setiap ujian yang mendatang. Letakkan Allah dalam setiap perkara.
Malahan dalam masa yang sama Ustazah Asma turut terangkan bahawa menyakiti hati isteri atau juga salah satu dosa. Maka perbuatan menikah tanpa pengetahuan dan tidak mendapat izin isteri adalah berdosa. Jadi di sini jelas sekali ada kesilapan dan ada dosanya.
Minta Nasihat
Oleh sebab itu, Islam membenarkan seorang isteri menghalang seorang suami untuk berkahwin lain sekiranya perkahwinan tersebut memudaratkan pihak isteri.
Ads
Malah dibenarkan jika sebuah pernikahan tersebut membuatkan seorang suami tidak adil kepada isterinya atau memberi tekanan kepada isteri bila sang suami berkahwin lain.
Tidak semua wanita sama, ada yang boleh terima jika suaminya kahwin dua, tiga atau empat. Namun ada wanita memang tak mampu berkongsi suaminya dengan orang lain seterusnya memberi tekanan yang kuat buat dirinya.
Namun jika situasi sebaliknya, maka sang isteri perlu bertolak ansur dan memberi peluang buat suaminya untuk menikahi wanita lain selain darinya lebih-lebih lagi ada kekurangan daripada pihak isteri. Perkara ini dibenarkan syarak.
Begitu mulianya seorang ibu hingga disebut doanya mampu menembus langit. Tak ada lagi hijab antara ibu dan Allah SWT ketika ia panjatkan doa penuh ketulusan untuk anaknya. Malah setiap anak dituntut berbuat baik dengan kedua ibu bapa tanpa mengira kedudukan ibu bapa itu sendiri.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)
Tentu ada antara kita tahu, kisah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam yang pernah ditanya oleh sahabatnya mengenai orang yang wajib kita hormati. Baginda menjawab “Ibumu”, Ibumu, Ibumu hingga tiga kali kemudian barulah Rasulullah SAW menjawab “Ayahmu” selepas itu.
Begitu mulianya seorang Ibu sehingga harus kita hormati hingga tiga kali lebih besar dibandingkan dengan seorang ayah. Bagaimana tidak? Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sangatlah besar. Dari mula mengandung, melahirkan, mendidik hingga dewasa.
Selepas mendirikan rumahtangga, setiap pasangan pasti inginkan anak sebagai penyeri rumahtangga.
Ketika seorang wanita sudah menjadi IBU, maka ALLAH akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi..
"Tahukah apa itu?"
Itu adalah Lisannya.
Lisannya akan menjadi berat timbangannya.
Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit.
Ucapannya akan diangkat ke langit. Doanya langsung tiada hijab dengan Allah.
Doa ibu akan mampu menjadi penghalang kesulitan bagi setiap zuriat keturunannya.
Dan apabila seorang ibu mengeluh tentang anak-anaknya, ia menjadi langkah pemberat setiap urusan ahli keluarganya termasuk suaminya.
Maka jangan sesekali seorang ibu mengeluh kerana setiap setiap keluhan itu akan menjadi satu kenyataan, sebagaimana harapan dan doanya akan menjadi kenyataan di hadapan Allah. Setiap ucapan seorang ibu akan menjadi keburukan buat diri anak-anak dan keluarganya.
Lisan seorang ibu itu layaknya mukjizat para Nabi atau karomah para kiai.
Maka berhati-hatilah wahai para ibu ketika anda menggunakan senjata terampuh ini.
Gunakan untuk bermunajat meminta kepada ALLAH agar suamimu dipermudahkan dalam mencari nafkah. Jangan mengeluhkan tentang dirinya. Kerana mengeluh itu akan semakin memberatkan rezekinya.
Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan kesolehan atas anak-anakmu kepada Yang Maha Esa, jangan mengeluh langsung kerana ia akan menjadi keburukan pada penghidupan anak-anakmu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sengaja atau tidak untuk nikah senyap-senyap di negara jiran itu adalah urusan peribadi masing-masing. Cuma paling utama ialah daftar nikah. Pernikahan itu perlu didaftarkan sesegera mungkin.
Jika gagal akan dikenakan tindakan undang-undang. Tak kiralah di negara mana sekalipun dinikahkan, ia tetap perlu didaftar mengikut perundangan Malaysia.
Walaupun mengikut hukum syarak perkahwinan itu sah, namun isu besar akan timbul dalam tuntutan hak atau menghadapi banyak implikasi undang-undang Malaysia.
Jangan terkejut pula apabila isteri baharu tiada hak penggiliran, tiada hak pusaka, sulit untuk daftar persekolahan anak-anak dan lain-lain. Boleh perang dunia ketiga jadinya jika tiada dokumen hitam putih mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.
Bagi pasangan yang telah berkahwin senyap-senyap tetapi masih kabur tentang cara pendaftaran pernikahan mengikut lunas undang-undang, maka disarankan membaca catatan ringkas peguam Suriati Ab Ghani untuk kebaikan bersama.
Ada 2 cara yang boleh diambil oleh pasangan ‘pengantin baru’ ini, tapi kedua-dua cara tersebut ada kesan yang berlainan dari segi rekod bermulanya tarikh pernikahan serta kesan kepada pendaftaran kelahiran anak yang lahir.
CARA 1:
Memfailkan Kes Pengesahan Nikah Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
Pernikahan sah jika wali pada ketika akad nikah dijalankan berada lebih dari 2 marhalah (92 kilometer) dari tempat akad nikah, dengan menggunakan jurunikah yang bertauliah di Thailand.
Pernikahan juga sah jika cukup rukun nikah yang lain iaitu ada suami, ada isteri, ada 2 orang saksi lelaki dan ada sighah (ijab qabul).
Jika Mahkamah Syariah di Malaysia telah memutuskan pernikahan tersebut sah, rekod pernikahan adalah bermula pada tarikh akad nikah yang berlaku di Thailand.
Jika permikahan tersebut telah disahkan, anak yang lahir juga boleh terus didaftarkan sebagai anak sahtaraf.
CARA 2:
Melakukan Akad Nikah Semula Di Malaysia
Rekod tarikh pernikahan yang tertera dalam sijil nikah adalah bermula pada hari akad nikah yang baru dilakukan tersebut.
Kesan kepada pendaftaran kelahiran anak, tidak boleh dibinkan kepada bapa kerana dikira anak tak sahtaraf, samada anak lahir dulu sebelum tarikh akad nikah semula di Malaysia atau tarikh kelahiran anak menunjukkan persetubuhan berlaku sebelum akad nikah berlangsung.
Jalan penyelesaian untuk menjadikan anak tersebut adalah anak sahtaraf, ibu bapa boleh memfailkan tuntutan pengesahan nasab anak di Mahkamah Syariah, kemukakan fakta, bukti serta saksi bahawa pernikahan sebenarnya berlaku lebih awal di Thailand tetapi pasangan bertindak melakukan akad nikah semula di Malaysia.
Pandangan dan nasihat saya, adalah lebih baik buat pengesahan pernikahan di Malaysia, bukannya akad nikah semula. Daftar nikah lebih mustahak. Mengapa? Kerana kesannya bukan sahaja kepada anak, malah turut memberi kesan kepada isteri.
Jika berlaku perceraian, tuntutan mut’ah turut mengambil kira tempoh perkahwinan, tuntutan nafkah tertunggak isteri juga jika ada tidak boleh diambilkira dari tarikh pernikahan sebenar di Thailand.
Jika ada harta yang dibeli dalam tempoh perkahwinan iaitu dibeli selepas tarikh pernikahan di Thailand, tidak dikira harta sepencarian jika pasangan melakukan akad nikah semula di Malaysia.
Kashoorga: Komplikasi sangat besar terutama sekali buat isteri baharu. Oleh itu, pastikan ikut saranan peguam atau pejabat agama bagi mengelakkan masalah lebih rumit.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tujuan belajar di luar negara adalah untuk menuntut ilmu dan membanggakan kedua ibu bapa. Namun kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
Siapa sangka hajat Mohd Hafizuddin Hazrul, pelajar tahun pertama yang belajar di Universiti Mohamad V Rabat, Maghribi tidak kesampaian apabila telah dijemput Illahi kerana disahkan menghidap leukima.
Dia yang sebelum itu telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cheikh Zayd awal November lalu akibat derita leukemia.
Sebelum itu beberapa pelajar di Malaysia yang sedang menetap dan menyambung pengajian di universiti sama telah memohon bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia melalui media sosial.
Mohd Hafizuddin telah disahkan meninggal dunia pada 10.50 malam tanggal 23 November 2019. Sebelum itu dia dikejarkan ke hospital oleh rakannya kerana mengalami demam berpanjangan sebelum disahkan menghidap leukimia dan keadaan kesihatan semakin lemat dan merosot.
Kehilangan arwah juga telah mengejutkan kedua ibu bapanya Hazrul Adullah dan Noor Bahayah Dulla setelah dimaklumlah bahawa anak mereka menderita sakit berkenaan.
Jelas mereka sebelum menyambung pengajian di Maghribi, arwah telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan tiada sebarang masalah kesihatan yang dilaporkan.
“Perkara ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga disebabkan sebelum Mohd Hafizuddin pergi ke Maghribi pada awal tahun ini dia sudah menjalani ‘medical check up’ (ujian kesihatan).
“Dia yang juga bekas pelajar Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) Gemencheh, Negeri Sembilan seorang aktif dalam sukan. Sebelum dia ke sana (Maghribi) tiada sebarang masalah kesihatan,” kata bapanya ketika dihubungi.
Setelah mengadakan perbincangan selepas perbincangan bersama pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), bapa arwah Hazrul Abdullah bersama isteri, Noor Bahayah Dullah, 45, setuju untuk mengebumikan anak mereka di negara berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Isteri enggan serumah dengan mentua. Suami wajib sediakan tempat tinggal yang tidak bercampur dengan orang lain termasuklah dengan ibu, bapa mertua.Isu tinggal bersama mentua...