Setiap tahun apabila ‘datangnya’ bulan Ramadan, umat Islam akan berlumba-lumba melakukan ibadat solat sunat Tarawih. Dek kerana ramainya jemaah yang ingin menunaikan ibadah solat sunat Tarawih masalah meletakkan kenderaan antara yang sering berlaku setiap tahun.
Ruang tempat letak kereta yang terhad dalam perkarangan sesetengah masjid memaksa ramai jemaah yang ingin menunaikan solat tarawih meletakkan kenderaan secara ‘double park.’ Tidak dapat dinafikan ia pastinya akan menyusahkan jemaah lain.
Atas alasan itu, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberikan idea bijak bagi mengurangkan kesesakan dan masalah double park dalam kalangan jemaah. Meskipun ada banyak ruang parkir yang luas namun pihak pengurusan mewujudkan satu sistem untuk keselesaan para jemaah.
Berikut perkongsian Ikar atau Zulfikar Hazri di Twitternya.
Ads
Pihak pengurusan masjid telah membahagikan dua kategori letak kereta iaitu Team 20 Rakaat dan Team 8 Rakaat dan jemaah boleh meletakkan kenderaan mereka mengikut jumlah rakaat solat yang akan dilakukan.
Ads
Pembahagian itu mendapat pujian masyarakat yang berpendapat pengasingan mengikut rakaat itu sangat bijak dalam memastikan kelancaran trafik.
Bayangkan bagaimana jemaah yang hanya buat Tarawih lapan rakaat tetapi kereta mereka dihalang oleh orang lain yang masih belum selesai?
Ads
Pengasingan ini sebenarnya tindakan bijak dalam mengawal kesesakan selain mengelakkan masalah di antara jemaah. Diharapkan agar majsjid-masjid lain juga akan mengguna pakai sistem ini untuk keselesaan menunaikan ibadah.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Selain dicintai para malaikat, faedah sedekah tidak terkira banyaknya. Dalam satu ayat Allah menyebut ia menjadi sesalan sesetengah orang setelah mereka mati kelak sehingga ada yang mahu ditangguhkan mati agar diberi peluang kedua untuk lebih banyak bersedekah.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku jadi daripada orang yang soleh,” (al-Munafiqun [63.10]).
Seperti perkongsian Nur Hanani Jaafar yang juga merupakan Perunding dan Pembimbing Umrah Az Zuha di laman Facebooknya, wanita ini berkongsi cara untuk bersedekah tanpa menggunakan wang tunai terutama buat mereka yang kurang berkemampuan.
Menjadi salah satu amalan untuk melakukan sedekah sewaktu mengerjakan umrah. Kita dah allocate sedikit cash untuk bersedekah, ada juga yang dikirim ahli keluarga dan sahabat. Nak diberi kepada petugas-petugas masjid, nak disalurkan pada wakaf-wakaf Quran dan kerusi roda etc.
Tapi tak semua di kalangan kita yang menunaikan umrah mampu sediakan cash untuk bersedekah. Sedangkan nak dapat pergi umrah tu pun perlu menyimpan sedikit demi sedikit.
Ada beberapa cara yang kita boleh jadikan panduan untuk laksanakan sedekah tanpa keluarkan wang sewaktu mengerjakan umrah. Dan boleh dilakukan hari-hari sepanjang 10 hari umrah!
“Sesungguhnya Safa dan Marwah merupakan sebahagian syiar (agama) Allah. Maka barangsiapa beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, tidak ada dosa baginya mengerjakan sa’ie antara keduanya. Dan BARANGSIAPA DENGAN KERELAAN HATI MENGERJAKAN KEBAJIKAN, MAKA ALLAH MAHA MENSYUKURI, MAHA MENGETAHUI” (Al-Baqarah, 2:158)
1. Serve air sewaktu Sa’ie – Simple tapi sangat membantu ramai orang. Luang sedikit waktu semasa sa’ie berhenti di kawasan air zam-zam dan serve air kepada yang lalu. Sedikit masa dan tenaga yang disedekahkan cukup memberi manfaat kepada ramai orang.
2. Membantu jemaah yang sesat. Pasti berlaku kejadian sesat terutama jemaah-jemaah veteran. Bantulah mereka hingga dapat kembali semula ke hotel. Masa yang diperuntukkan untuk membantu mereka pasti Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran. Tapi tak semua yang dapat merasai didatangi jemaah sesat ni, kalau berkeinginan untuk membantu, mohonlah pada Allah!
3. Sediakan thermos, kopi dan cawan-cawan plastik yg kecil ( yg selalu orang guna utk bg tester produk minuman kat pasar raya-pasar raya tu) dari Malaysia. Tiap kali waktu solat, bawalah ke masjid, especially waktu maghrib ramai yang stay dan juga waktu yang kritikal mengantuk smpi tersengguk-sengguk waktu mengaji sementara tunggu isya’ (sayalah tu! ?). Confirm ramai yang mengalu-alukan kehadiran kopi itu!
4. Sediakan plastik kosong setiap kali ke masjid. Selepas solat nak balik ke hotel, kutiplah sampah-sampah yang kita nampak, plastik-plastik gula-gula, tisu etc
5. Sediakan makanan kering dari Malaysia, pack kecil-kecil. Biasanya kita akan dapat dua luggage bags, satu besar, satu lagi kecil bersaiz hand luggage. Baju dan kelengkapan lain muat dalam satu beg besar, yang beg kecil tu biasanya spare nak isi buah tangan nanti. Haa, isilah dulu dengan barang-barang yang nak disedekahkan! Nak beli di sana, harganya lebih tinggi.
Bawalah setiap kali ke masjid. Kita dari Malaysia ni beruntung, pakej lengkap disediakan makanan. Ramai jemaah dari negara lain yang berlapar. Sementara menunggu masuk waktu bolehla diagih-agihkan. Lagi-lagi bahagian jemaah wanita yang dipenuhi anak-anak kecil ni, sungguh membahagiakan bila tengok wajah ceria anak-anak ni dapat makanan!
6. Sediakan tisu, juga bawa siap-siap dari Malaysia. Kat dalam masjid tu mesti ada yang hidung meleleh, yang nak lap tangan dan mulut lepas minum dan makan ringan sementara tunggu waktu solat, sedekahlah kat diorang.
Lagi satu waktu tawaf, especially tengahari peluh meleleh-leleh. Berdiri je kat situ, sediakan tisu haa lepas sorang, sorang datang ambik nak lap peluh. Berguna sangat! lagi bagus sediakan terus plastik kosong, dah lap peluh terus masuk plastik sampah, takde lah diorang buang merata ?
7. Dah packing siap barang-barang nak dibawa balik, eh ada beg kosonglah! Tingggg! Pasti ramai yang berkehendakkan beg tu, bagilah pada siapa yang memerlukan ? (walaupun rasanya jarang berlaku, ramai yang bertambah beg bila balik ?)
8. Setiap hari Talk To Allah “Ya Allah, kurniakan ilham kepadaku untuk aku bersedekah dan datangkan kepadaku orang-orang yang dalam kesusahan untuk aku bersedekah”. Amalan solat, puasa, baca Quran semuanya untuk diri kita, mintalah pada Allah agar kurniakan ihsan kepada kita supaya setiap hari di bumi barakah kita mampu memberi kebaikan kepada sesiapa saja yang hadir dalam hidup kita.
Sedekah itu biarlah dengan ikhlas maka barulah kita memperoleh ganjarannya. Semoga pemergian kita ke Kota Makkah memperoleh umrah yang mabrur. Aamiin.
Sumber kredit: Nur Hanani Jaafar
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Ianya thabit dari perbuatan Nabi SAW yang mana di dalam hadis ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun.
Namun tak nafikan di bulan Syawal ini pastinya jemputan ke rumah terbuka pasti datang ‘mencurah-curah.’ Sukar pula untuk ditolak. Kalau boleh ramai yang mahu puasa enam hari berturutan.
Cik Man faham, Syawal ni banyak open house. Kadang-kadang tak sempat nak puasa. Tapi kena bertegas.
Walaupun tak wajib berturut-turut, tapi ikut mazhab Syafie’, lebih afdhol atau sunat berturut-turut.
Bagi yang mengadap open house, benda ni kita yang buat. So cadangan Cik Man mungkin boleh jamu waktu malam. Cadangan jewwwwwr. Ikut koranglah macamana. Rumah korang, bukan rumah Cik Man.
Solat dan berselawat jalannya seiringan. Sesibuk mana pun rutin harian kita, solat 5 waktu jangan ditinggalkan kerana ia adalah tiang agama. Dalam masa sama di dalam bacaan solat itu sebenarnya kita juga turut berselawat ke atas nabi junjungan besar kita Muhammad SAW.
Sebagai umatnya, kita amat disarankan berselawat sebanyak mungkin bahkan ada dinyatakan dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi SAW akan disampaikan kepada Nabi sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda tahu kita berselawat.
“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada,” (Sunan Abu Daud – dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)
Bagi menghuraikan hadis ini. al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan pada pandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir)
Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Nabi SAW. Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi SAW.
Malah jika kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW, kita akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW :
أولىالنَّاسبييومالقيامةأكثرُهمعليَّصلاةً “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku,” (HR al-Tirmizi – dinilai Hasan)
Ada banyak jenis selawat dianjurkan dalam Islam dan kitab oleh ;afazkan mana-mana selawat yang selesa dan sesuai untuk kita lakukan. Namun, pastinya perbualan dalam mimpi antara Syekh ‘Ali Al-Bayuumi bersama Rasulullah ini mungkin dapat menarik perhatian kita.
Diriwayatkan bahawasanya Syekh ‘Ali Al-Bayuumi setiap harinya tidak kurang membaca selawat kepada Baginda Nabi SAW 100 ribu kali (seratus ribu kali) Kemudian ketika tidur beliau bermimpi dengan Nabi Muhammad lalu beliau bertanya kepada Nabi :
“Ya Rasulullah adakah orang setiap harinya membaca selawat lebih dari aku?”
Rasul menjawab “Iya, ada, iaitu Syekh Amhad Ad-Dardiir, dia membaca selawat lebih dari dirimu”
Kemudian Syekh Ali Al-Bayumi bertanya lagi “Bagaimana Ya Rasul, lafaz selawat yang dibacakan Syekh Ahmad Ad-Dardiir?”
Rasul menjawab “Beliau Syekh Ali membaca selawat setiap harinya 10 kali iaitu:
“Allhumma Sholli Wa Sallim Wa Baarik ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi ‘Adada Kamaalillahi Wa Kamaa Yaliiqu Bikamaalihi”
Membaca selawat yang dibacakan dengan lafaz Syekh Ahmad Ad-Dardiir setiap hari meskipun hanya 10 kali tapi ia mampu mengimbangi dengan membaca selawat dengan lafaz lain 100 ribu kali.
Kashoorga: Subhanallah. Betapa mudahnya kita untuk mengutip pahala dalam masa sama menantikan saat untuk bertemu Rasulullah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW.