‘Poligami tak salah, asal suami betul-betul jaga nafkah.’ Abang Tesla kerja keras untuk sempurnakan keperluan isteri-isterinya biar apa pun kecaman netizen.
Tidak dinafikan kebanyakan wanita amat sensitif dengan isu poligami. Namun jika sang suami mampu menjadi suami yang adil, bertanggungjawab dan setiasa ambil berat bab nafkah, insyallah tidak menjadi masalah.
Ikuti perkongsian Mohd Zulkifli Shafie ini yang mempunyai pandangan berbeza tentang Abang Tesla.
Mana-mana suami tidak kerja kuat sempurnakan nafkah isteri, dia terhutang dengan isteri sampai bila-bila selagi isteri tak reda.
Orang berperang mati syahid pun tertahan masuk syurga gara-gara hutangnya, inikan pula suami yang culas tentang nafkahnya…
Ads
Asal Suami Betul-betul Jaga Nafkah
Di sebalik kecaman netizen pada Abang Tesla, sebenarnya banyak sisi baik pada dia yang suami-suami perlu contohi…
Pertama, dia bekerja keras sempurnakan nafkah zahir buat isterinya.
Dia kerja keras dari biasa-biasa sampai jadi kaya raya. Bila kaya, dia berikan yang terbaik untuk isteri.
Abang Tesla Kerja Keras
Kedua bila tambah isteri, dia cakna perasaan isteri-isterinya. Walaupun dia tetap ada kekurangan, tapi dia berjuang untuk mengharmonikan rumah tangga dia.
Ads
Dia berjuang untuk keluarga dia.
Di sebalik kecaman netizen kepada dia dan isterinya, sebenarnya lebih banyak lelaki di luar sana yang tak function, walaupun belum lagi berpoligami.
Jangan cakap berusaha bagi ketenangan dan mendamaikan isteri mereka, nafkah keperluan isteri pun mereka abaikan!
Untuk Sempurnakan Keperluan Isteri-isterinya
Mereka sanggup biarkan isteri berjuang sendirian untuk keperluan keluarga, bahkah mereka jadi beban kewangan isteri mereka.
Macam menanggung biawak hidup yang sudah bertahun-tahun tak tahu bila penghujungnya… Tak nak berubah!
Ads
Isteri pulak tersepit antara suami yang tak function dengan masa depan anak-anak… Serba salah…
Jujurnya saya salute dengan Abang Tesla selaku dia sebagai suami. Dia berjuang untuk isteri-isterinya… Dia lelaki yang function walaupun dia juga tetap ada kekurangan sama macam lelaki lain juga.
Kita doakan kebaikan untuk mereka. Mudah-mudahan Allah kembalikan kebaikan untuk kita dan keluarga juga. Amiin ya Rabbal Alamiin…
Kashoorga: Setiap kisah orang lain menjadi ujian buat kita juga, jangan nampak buruk sahaja tanpa menilai kekurangan diri sendiri.
Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan akhbar hari ini menjelaskan purata kes bunuh diri di Malaysia mencecah dua orang setiap hari.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata dari 2019 sebanyak 609 kes dilaporkan diikuti 631 kes bagi 2020.
“Secara purata bagi tempoh Januari hingga Mei 2021 kes direkodkan adalah sebanyak 468 orang. Ia bersamaan dua kes bunuh diri setiap hari antara 2019 hingga Mei 2021,’” katanya.
Datuk Seri Abd Jalil berkata, bagi tempoh itu seramai 1,427 melibatkan wanita manakala lelaki pula seramai 281 lelaki orang.
Dari segi usia pula, remaja berusia antara 15-18 tahun paling tinggi iaitu seramai 827 orang manakala mangsa berusia 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang.
Tambahnya lagi, dalam kes berkaitan, Johor mencatatkan kes bunuh diri tertinggi pada 2019 dan 2020 iaitu sebanyak 101 kes. Manakala bagi tahun ini, Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes.
Tiga faktor utama melibatkan kes bunuh diri ialah mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.
“Statistik PDRM mendapati cara paling popular ialah gantung diri sebanyak 75.1 peratus, terjun bangunan (13.6 peratus) dan minum racun (5.7 peratus),” katanya lagi.
Jelas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ini lagi, semua pihak harus bertanggungjawab dan masyarakat perlu memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.
“Mereka yang mengalami masalah kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan keluarga serta rakan terdekat.
“Masa yang sama, PDRM menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan seperti yang dinyatakan di atas supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak yang menyediakan khidmat nasihat,” katanya.
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. (Surah al-Israa’: 33) Jelas dinyatakan dalam Surah al-Israa’ secara umum bahawa membunuh tanpa alasan yang benar adalah haram, dan ini juga termasuk dengan perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, orang yang membunuh diri diberikan ancaman azab di akhirat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasululah ﷺ bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (Sahih Muslim no. 109)
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa orang yang membunuh dirinya dengan sesuatu, maka dia akan diazab seperti mana dia membunuh dirinya di dalam neraka, dan dia tidak akan masuk ke syurga melainkan dirinya muslim. [Rujuk: al-Minhaj 2/118]
Terdapat tiga bahagian membunuh diri dari sudut niat pelaku iaitu:
Majoriti fuqaha’ (Hanafiyah, Syafi’eyah, Hanabilah) berpendapat bahawa tidak dianggap sesuatu pembunuhan dilakukan dengan sengaja kecuali pembunuh berniat untuk membunuh atau menggunakan alat atau senjata yang boleh membunuh. Hal ini kerana niat merupakan sesuatu yang tersembunyi, maka ia boleh diketahui dengan qarinah yang zahir, contohnya dengan melihat alatan atau cara yang digunakan sebagai miqyas kepada niatnya. Seperti yang sedia maklum bahawa pembunuh akan menggunakan alatan yang sesuai untuk membunuh seperti pisau. Maka, sekiranya alatan atau cara yang digunakan ialah sesuatu yang kebiasaannya tidak membunuh seperti memukul atau menggunakan batu yang kecil namun menyebabkan kematian, pembunuhan itu dianggap pembunuhan hampir sengaja. [Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 7/5658]
Kesimpulan
Tuntasnya, untuk membezakan sama ada pembunuhan itu sengaja, hampir sengaja atau tidak sengaja adalah berdasarkan niat seseorang apabila melakukan perbuatan tersebut, kemudian dilihat jenis alat atau cara yang digunakan sehingga menyebabkan pembunuhan.
Berbalik kepada soalan, kami simpulkan beberapa perkara:
الأمور بمقاصدها Maksudnya: Setiap perkara dan perbuatan itu dinilai berdasarkan niat.
Oleh itu, sebagai seorang muslim, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan janganlah meletakkan diri kita dan orang sekeliling di dalam sebarang kebinasaan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu” (Surah al-Baqarah: 195) Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita kebaikan dalam urusan kehidupan kita. Wallahua’la (sumber : Pejabat Mufti Wilayah)
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Menjadi hamba pasangan selepas kahwin? Perkahwinan sepatutnya menjadi dunia yang membahagiakan hingga ke hujung nyawa.
Melayari bahtera perkahwinan bukannya mudah dan oleh itu perlu ada komunikasi cekap dan kerjasama padu antara pasangan. Jangan kerana orang nak kahwin, kita pun sibuk nak kahwin.
Melalui petikan dari buku tulisan pakar motivasi terkenal tanahair; Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah iaitu Ingat Syaitan Pernah Ambil MC?, Suami yang baik tidak akan sesekali berlaku buruk terhadap isteri, begitu juga sebaliknya.
Perkahwinan sepatutnya menghalang pasangan daripada melakukan perbuatan kotor dan keji. Perkahwinan perlu dipenuhi dengan limpahan kasih sayang agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Perkahwinan bukan dilihat semata-mata melayan nafsu.
Perkahwinan perlu dihiasi dengan tiga eleman penting iaitu sakinah (ketenangan), rahmah dan mawaddah (kasih sayang) Jika saat bercinta boleh rasa tiga elemen ini, mengapa setelah berkahwin semuanya hilang sekelip mata?
Firman Allah SWT: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagikaum yang berfikir,” ( Surah Ar-Rum:21)
Mungkin semasa kecil anak-anak ini sering melihat ayahnya suka menyuruh-nyuruh ibu buat itu dan ini. Anak-anak melihat arahan hanya datang daripada ayah.
Anak-anak sebenarnya lebih mudah mengikut perbuatan dan perngai kedua orang tuanya. Mungkin juga pengalaman pernah didera atau diperhambakan oleh ibu dan ayahnya, lalu anak ini menyimpan dendam.Dibimbangi, yang menjadi mangsa nanti ialah bakal pasangannya nanti apabila berkahwin.
Rakan-rakan sekeliling boleh mempengaruhi seseorang membuat tindakan seperti mengasari pasangannya. Boleh jadi ada rakan yang cuba meracuni fikiran agar tidak takut bini.
Kata-kata negatif yang digunakan oleh rakan-rakan terutama sekali yang mencabar ego diri, mempunyai potensi dipraktikkan ke atas pasangan.
“Kau takut bini ke? Aku selamba je suruh bini aku buat air jam 3 pagi,” Kata-kata provokasi begini memang biasa kita dengar.
Ini sebenarnya punca paling utama pasangan diperhambakan. Orang yang jaga solat tidak akan tergamak memperhambakan pasangannya.
Orang yang menjaga solat tahu apa yang elok dan sebaliknya untuk pasangan masing-masing.
Oleh itu, bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, berbincang terlebih dahulu bagaimana bahtera perkahwinan akan dikemudikan. Cari kata sepakat agar hidup berumahtangga lebih berkat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sahur, sunnah paling besar dan antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan sepanjang Ramadan. Bahkan sahur merupakan pemisah di antara puasa kita dengan puasa yang dilakukan oleh penganut agama-agama lain.
Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Sahl Bin Sa’ad. Nabi SAW bersabda:-
Maksudnya :” Pemisah (perbezaan) di antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah bersahur.” Riwayat Abu Daud (2343)
Bahkan bersahur menyebabkan kita memperoleh keberkatan daripada Allah SWT. Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Nabi SAW bersabda:-
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya :” Bersahurlah kerana di dalam sahur itu adalah berkat.” Riwayat Al-Bukhari (1923)
Di Indonesia khususnya di daerah Maluku Tengah di Negeri Hila Daerah Leihitu, tradisi mengejutkan bangun sahurnya amat meriah.
Diketuai puluhan anak muda berpakaian putih dinamakan Skuad Lorong Arab, mereka mula mengelilingi kampung sekitar jam 1.45 pagi sambil mengalunkan zikir dengan iringan pukulan rebana.
Sekumpulan anak muda ini akan mula membangunkan penduduk kampung untuk bangun sahur sebelum menunaikan ibadah puasa. Biasanya acara ini berlangsung hingga jam 3.30 pagi dan diakhirinya dengan pembacaan syair berkaitan Ramadan seperti lagi Siti Fatimah dan sebagainya.
Dikongsikan dari akaun Tik Tok @Nino M Ahnand dapat dilihat suasana meriah apabila mereka mendendangkan syair ini. Bahkan ia menarik minat warga Malaysia yang mahu menjemput kumpulan ini hadir ke negara ini kerana tertarik dengan syair didendangkan.
Menurut tokoh adat Negeri Hila, Zulkarnain Ely, tradisi kejutkan sahur ini diadakan dua kali seminggu dan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan. Jelasnya, ia satu tradisi lama dan tidak jauh beza dengan membangunkan sahur di deerah lain.
“Orang-orang terdahulu melakukan acara ini dengan tujuan agar budaya zikir tetap lestari di kalangan anak muda mahu pun masyarakat umumnya,”katanya.
Hadrat adalah tradisi turun-menurun di Negeri Hila. Beberapa tahun lalu tradisi ini tidak dilakukan kerana banyak pemukul rebana sudah tua.
“Jadi orang tua mengajar pemuda cara bermain rebana. Alhamdulillah, masuk hari ketiga Ramadan semua sudah dapat melakukannya dan meneruskan tradisi ini,”jelas Zulkarnain yang berpesan agar genarasi muda tetap menjaga warisan turun temurun ini.
“Hilang tradisi, hilang budaya, bererti hilang jati diri,” katanya lagi. Sumber : Antaranews.com
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.