
Seperti yang kita tahu, posisi tidur terbaik yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah tidur dengan berwuduk dan baring sebelah kanan.
Sebagaimana disebut dalam hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَأْ وُضُوءَكَ للصَلاةِ، ثُمَّ اضْطَّجِعْ على شِقِّكَ الأَيْمَنِ
“Jika engkau hendak menuju pembaringanmu, maka berwudhulah seperti engkau berwudhu untuk solat, kemudian berbaringlahlah di rusukmu sebelah kanan…” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Justeru itu, dalam melayari rumah tangga yang tujuannya satu iaitu bersama-sama menuju syurga Allah dan sesuai dengan sunnah ialah tatkala tidur dengan pasangan.
Bagaimana diajarkan bersesuaian dengan sunnah?
Bila berehat selepas seharian penat bekerja, posisi tidur suami hendaknya mengiring ke kanan di mana isteri berada di hadapannya dan suami di belakang. Di mana baik suami mahu pun isteri dapat mengiring ke kanan sebagaimana berdasarkan hadith di atas.
Bahkan tidur hingga ke pagi sambil memeluk pasangan akan menambahkan kebahagiaan dalama rumah tangga dan isteri berasa selamat dalam pelukan pasangannya.
“Dapat Restu Ibu Itu Penting Sebelum Nak Kahwin” – Ibu Sapawi Rasid Bagi ‘Hint’ Jodoh Anaknya Kena Lebih Muda!

Kata orang jika mahu berkahwin, mendapat restu ibu sangatlah penting. Lebih-lebih lagi jika yang mahu berkahwin itu adalah anak lelaki yang merupakan harapan keluarga.
Rentetan dari kes percintaan antara Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sapawi Rasid dengan pelakon serta pengacara, Syifa Melvin, yang dengan viral ini ternyata mendapat perhatian ramai.
Ibu kepada Sapawi atau mesra dipanggil Pawi berkata, dia bukan tidak merestui hubungan anaknya itu yang dikatakan mahu berkahwin.
Tetapi kalau boleh dia mahu anaknya itu menumpukan perhatian pada kerjaya serta menyimpan duit juga menyelesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini.
Dalam laporan artikel di Harian Metro, Ibu Sapawi Salemeh Abu Bakar, 56 tahun berkata dia mahukan anaknya itu melupakan dulu soal kahwin sebaliknya mengutamakan kerjaya dulu.
Menurutnya lagi, teman wanita Sapawi (merujuk pada Syifa Melvin) ada datang ke rumahnya. Tetapi mereka tidak tahu dia pelakon kerana tidak pernah melihat drama lakonannya.
“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.
“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” katanya.
Menurut ibu Pawi lagi anaknya itu baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga. Dia juga kalau boleh mahukan pasangan Awi lebih muda daripadanya.
View this post on Instagram
Thanking God For Another Year of My Life.Happy Birthday To me.I’m so blessed ❤️ 23
A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on
“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.
Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.
“Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.
“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya lagi.
KASHOORGA: Benarlah jika mahu berkahwin, mendapat restu ibu itu sangatlah penting. Tanpa restunya tak mungkin perkahwinan dibina berkekalan hingga ke jannah. Jika tidak restu di awal perkahwinan, cubalah ambil hati Ibu dan jangan sesekali biar dia terluka.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SAPAWI & SYIFA MELVIN
5 Tahun Pertama Perkahwinan, Fasa Paling Menduga Suami Isteri. Laluinya Dengan Istiqamah Kalau Nak Jodoh Berpanjangan!

Lima tahun pertama usia sesebuah perkahwinan adalah tempoh yang paling mencabar dalam sesebuah rumah tangga yang dibina. Inilah waktunya suami isteri berdepan banyak konflik rumah tangga, masam muka, merajuk dan sebagainya. Namun sebenarnya melalui cara inilah kita mengenali diri pasangan.
Perkahwinan bukan hanya berdasarkan cinta semata-mata, mencari keseronokan atau memenuhi tuntutan naluri sahaja.
Sebenarnya pengertian perkahwinan dalam Islam mempunyai matlamat dan tujuan yang lebih luas lagi, sebahagian dari tujuan dan matlamatnya adalah memenuhi tuntutan fitrah selain memenuhi tuntutan ibadah.
5 tahun pertama di alam perkahwinan, orang tua pesan, ini fasa yang paling susah sekali, kalau kita mampu harungi 5 tahun yang pertama ni, maka insyaAllah, tahun2 selepas itu akan menjadi mudah…
Apa yang bakal kita tempuhi dalam 5 tahun pertama ni…
Ujian 1 – Kenal mengenali antara satu sama lain
Walaupun dah bercinta bertahun-tahun, selagi tak duduk serumah, sekatil, sebantal, selagi tu kita tak kan betul-betul kenal siapa pasangan kita yang sebenar…adakah perangainya masa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat-buat? Masa ni kita akan kenal…
Then, kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, kita “berkahwin” jugak dengan keluarga pasangan…ibu bapa dia, adik beradik dia…sebulan dua berkahwin, xde hal lagi, masih dibulan orientasi, suai kenal dengan ibu bapa pasangan, adik beradik pasangan…selepas tu? Kalau dapat yang akhlak baik, insyaAllah, aman dan tenteram hidup…kalau dapat yang jenis suka cari salah, kena ragging la seumur hidup…selagi pegang title menantu…
Ujian 2 – Kewangan…
Bab duit ni plak, ada banyak benda yang nak kena beli…klu xdduk s3kali dengan mertua, duduk menyewa atau dah beli umh, maka akan kena beli peralatan elektrik, perabot, kelengkapan dapur, barang-barang mentah dan sebagainya which is masa bujang xbeli, xde pun xpe, but after married, its a need to have those things…
Ujian ni yang ramai pasangan failed…sanggup berhutang untuk nak melengkapkan rumah…ada yang all out bawak keluar saving semata-mata nak semua peralatan dan kelengkapan ada…u baru kawin, u baru spend a lot untuk majlis, so balance dah xbyk, maka be wise…gaji bulan ni, share dengan pasangan, beli satu peralatan atau kelengkapan…then next month or next 2 month, share lagi, beli lagi satu…month by month, jangn beli one shot sekaligus…klu x, merangkak nak membayar unless u have a lot of cash…
Ujian 3 – Peraturan
Orang perempuan ni ada peraturan-peraturannya sendiri…sebagai contoh, kalau nak makan, makan satu tempat, jangan makan merata nanti nak kemas susah…then, sampah buang dalam tong smpah, jangan tinggal sesuka hati…baju, seluar, tuala xbleh longgok, kena sidai atau sangkut…klu keluar malam, kena balik sebelum pukul berapa and etc…masa ni kita boleh tengok, berapa ramai suami yang boleh ikut, yang xbleh ikut…untuk yang bleh ikut, maka xkan ada masalah, untuk yang xbleh ikut, yang ni akan memberi beban pada isteri…isteri akan terbeban dengan sikap suami yang kurang memberi kerjasama…dan akhirnya, daripada berterusan bercakap dengan orang yang x paham bahasa, maka dia terpaksa buat sendiri…
Ujian 4 – Kesefahaman dan tolak ansur
Isteri baru sampai umah selepas balik keje, then suami sqmpai…suami terus tanya, kenapa xmasak lagi? perlu tengok keadaan isteri, perlu tengok situasi isteri, then lebih baik cari altenatif lain daripada nak tanya macam tu…its better to ajak dia makan di luar or keluar tapaukan makanan…perlu faham keadaan tersebut dan perlu bersikap tolak ansur before demand what we needs from our wife…kena waras dalam menuntut isteri melakukan tugas sebagai seorang isteri..
Sumber kredit: Firdaus Shakirin
Tak ‘Berdosa’ Pun Kalau Sekadar Buat Majlis Akad Nikah

Bajet kahwin yang rendah diperlukan supaya dapat penjimatan yang lebih dan berbaloi serta dapat meringan beban. Betul kata sesetengah orang, ‘majlis bukan kewajipan, akad nikah yang merupakan kewajipan’. Walau bagaimanapun tidak bermakna sebuah perkahwinan itu perlu ditangguhkan lantaran tidak cukup bajet untuk berkahwin.
Bagi pasangan Mohd Zizi Azram dan pasangannya Nabila Akma Azman, oleh kerana tidak mampu mengadakan majlis kenduri kahwin, pasangan pengantin baharu ini telah menggantikan kenduri dengan menaiki Bukit Harimau Menangis di Kemasik, Terengganu. Pendakian ke bukit tersebut juga bertujuan untuk merakam gambar perkahwinan.
Idea unik pasangan pengantin baharu ini tidak disangka-sangka menjadi viral. Pasangan Mohd Zizi dan Nabila menjadi popular sekelip mata apabila gambar perkahwinan mereka tular di media sosial.
Kata Mohd Zizi, penangan gambar perkahwinan mereka yang tular menjadikan permulaan fasa alam rumah tangga mereka berdua yang berusia 21 tahun sangat manis. Momen indah itu akan terus kekal dalam ingatan hingga akhir hayat.
“Saya tak ada bajet untuk buat kenduri dan memang niat nak kahwin ringkas sahaja. Namun pada masa yang sama saya nak gambar perkahwinan yang ‘rare’ atau lain dari yang lain.
“Sebab itulah saya dan isteri nekad panjat Bukit Harimau Menangis dengan pakai busana pengantin dan hasilnya sangat menakjubkan bagi kami,”kata Mohd Zizi.
Mohd Zizi yang juga mekanik diijabkabulkan dengan pasangannya di Masjid Bukit Kuburan pada 25 Januari lalu sebelum keesokan mereka berdua melakukan pendakian di bukit itu. Ketika pendakian, pasangan dua sejoli ini ditemani ahli keluarga, kawan-kawan dan ahli Badan Amal Trbiah Sejagat (Batas) Kemaman kerana Mohd Zizi adalah ahli badan tersebut.
Menurut Zizi, mereka mengambil masa selama 45 minit untuk tiba di atas ‘check point’ ketiga Bukit Harimau Menangis tersebut yang berketinggian 202 meter.
“Kami rakam lebih 100 keping gambar macam-macam gaya dan ahli keluarga yang tolong ambil gambar kami menggunakan kamera telefon bimbit. Tak sangka, gambar itulah yang tular di media sosial walaupun hanya menggunakan telefon bimbit. kami tiada bajet untuk mengupah khidmat juru gambar serendah RM400.
Kata Mohd Zizi lagi, untuk majlis perkahwinannya, dia hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM3000 untuk majlis akad nikah.
Sementara itu, Nabila Akma yang juga merupakan juru wang di sebuah pasar raya di Kemasik berkata, untuk sesi fotografi di atas bukit itu, dia dan suaminya hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM350 untuk bayaran sewa busana pengantin.
“Solekan saya percuma sebab adik ipar yang solekkan. Memang kami dapat jimat banyak duit bila ahli keluarga banyak bantu kami ketika ambil gambar. Paling kami puas hati bila gambar kami tular. Secara tidak langsung, ramai orang sudah tahu adanya bukit ini sebab bukit ini baharu dibuka untuk ‘hiking’ awal tahun ini,” katanya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=550580175425382&id=100014202129435
Sebenarnya tidak salah pun kalau buat majlis perkahwinan yang ringkas-ringkas sahaja. Yang paling penting kita buat perkara yang wajib dahulu. Tidak berdosa pun kita buat majlis yang serba ringkas. Matlamat utama ialah kehidupan untuk memulakan hidup sebagai suami isteri.
Sumber kredit: Sinar Harian, FB: Mohd Abdul Hadi