Kempen Cukup Ke yang dibawakan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP ini mengetengahkan isu tentang tanggungjawab membayar zakat terutama kalangan anak muda.

Dengan komitmen kewangan untuk keluarga dan perbelanjaan seharian, persoalan tentang 'cukup ke belanja bila dah bayar zakat' selalu berlegar di fikiran golongan ini. Ada yang merasakan mereka tidak mampu menunaikan kewajipan ini walaupun hakikatnya sudah memenuhi syarat sebagai pembayar zakat.

Skuad Cukup Ke yang terdiri daripada personaliti remaja terkenal Hero dan Dewi Remaja iaitu Safwan Nazri, Aniq Suhair, Shaza Bae selain Bella Zahir serta Dai Luqman akan mengupas tentang isu ini, di samping membuktikan kecukupan untuk membayar zakat dalam kewangan yang terhad anak muda. Ia sekali gus menunjukkan tanggungjawab ini bukanlah satu bebanan sebaliknya cara untuk kita berkongsi rezeki dan menyucikan hati dari sifat tamak dan kedekut.

VIDEO

Kempen Cukup Ke yang dibawakan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP ini mengetengahkan isu tentang tanggungjawab membayar zakat terutama kalangan anak muda.

Dengan komitmen kewangan untuk keluarga dan perbelanjaan seharian, persoalan tentang ‘cukup ke belanja bila dah bayar zakat’ selalu berlegar di fikiran golongan ini. Ada yang merasakan mereka tidak mampu menunaikan kewajipan ini walaupun hakikatnya sudah memenuhi syarat sebagai pembayar zakat.

Skuad Cukup Ke yang terdiri daripada personaliti remaja terkenal Hero dan Dewi Remaja iaitu Safwan Nazri, Aniq Suhair, Shaza Bae selain Bella Zahir serta Dai Luqman akan mengupas tentang isu ini, di samping membuktikan kecukupan untuk membayar zakat dalam kewangan yang terhad anak muda. Ia sekali gus menunjukkan tanggungjawab ini bukanlah satu bebanan sebaliknya cara untuk kita berkongsi rezeki dan menyucikan hati dari sifat tamak dan kedekut.

VIDEO

ARTIKEL

.

“ Saya beriltizam untuk membayar zakat mulai hari ini. InsyaAllah ! ”

#ppzcukupke

INFO ZAKAT

MUDAHNYA BERZAKAT

Ketika ini urusan menunaikan kewajipan berzakat sudah banyak dipermudahkan. Segalanya boleh dilakukan di hujung jari, baik urusan kiraan zakat, pembayaran zakat dan juga semakan rekod bayaran zakat semuanya boleh dilakukan secara online.