Berkahwin adalah cara menghalalkan hubungan di antara lelaki dan wanita. Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia seperti ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup dan keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21).
Dalam berkasih sayang dan bergurau senda itu, Islam membataskan suami untuk menyentuh isteri di saat datang haid. Ia bukan saja diharamkan bahkan memberi kesan buruk bagi suami dan isteri jika ia dilakukan pada saat isteri datang bulan.

Meski pun begitu, interaksi suami isteri masih boleh terjalin. Ini kerana islam tidak menghukumi haid itu sebagai benda najis yang perlu dijauhi sebagaimana dipraktikkan oleh orang Yahudi.

IKLAN

Anas bin Malik menceritakan, “Sesungguhnya orang Yahudi, ketika isteri mereka datang haid, mereka tidak mahu makan bersama isterinya dan tidak mahu tinggal bersama isterinya dalam satu rumah. Para sahabat pun bertanya kepada Nabi ﷺ. Kemudian Allah menurunkan ayat, yang aertinya, ‘Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah bahwa haid itu kotoran, kerana itu hindari wanita di bahagian tempat keluarnya darah haid…’ (Surat Al-Baqarah).”

Jadi, apa saja boleh dilakukan oleh suami saat dia merasakan nafsunya dan masa yang sama isteri datang bulan. Ya suami, boleh lakukan apa saja, asalkan dia tidak melakukan hal yang dilarang oleh Allah SWT. Lalu, hal apa yang diperbolehkan dalam memuaskan suami ketika isteri haid?

IKLAN

Salah satu hal yang boleh dilakukan ialah interaksi dalam bentuk bermesraan dan bercumbuan selain di daerah antara pusat sampai lutut isteri ketika haid. Interaksi semacam ini hukumnya halal dengan sepakatan ulama.

Aisyah Radhiyallahu ‘Anha menceritakan, “Apabila saya haid, Rasulullah ﷺ menyuruhku untuk memakai sarung kemudian Baginda bercumbu denganku,” (HR. Ahmad 25563, Turmudzi 132 dan dinilai shahih oleh Al-Albani).

IKLAN

Hal yang sama juga disampaikan oleh Maimunah Radhiyallahu ‘Anha, “Rasulullah ﷺ bermesra dengan isterinya di daerah di atas sarung, ketika mereka sedang haid,” (HR. Muslim 294).

Islam itu melengkapi kehidupan manusia. Dan Allah SWT tahu apa yang diperlukan oleh kita. Termasuk dalam menunaikan hasrat kepada pasangannya. Allah memberikan solusi terbaik agar kita tidak melakukan hubungan yang dilarang ketika haid. Sebab, ia bukan saja diharamkan agama tapi juga mendatangkan penyakit. Sumber: konsultasisyariah.com

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI