Ternyata teaser drama Perempuan Itu yang dikongsi oleh pelakon Zul Ariffin semalam yang mempunyai adengan maksiat di mana lelaki dan perempuan berpelukan dan lagak bagai filem Barat serta bakal ditayangkan di bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi mendapat perhatian dari Menteri Agama, Senator Idris Ahmad. Jelas Menteri Agama ini, Ramadan adalah bulan mulia dan tidak seharusnya dicemari dengan maksiat dan pihaknya bakal memanggil penerbit drama berkenaan untuk berbincang mengenainya.
Dalam satu perkongsian selepas teaser ini tular, Menteri Agama ini menulis di faceboknya.
Hela nafas panjang saya.
Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.
Hiburan tidak dihalang dalam Islam.
Ads
Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.
Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati.
Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.
Ads
Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadhan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]
Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela.
Sedangkan guru yang mengajar dalam kelas mengambil masa beberapa minggu untuk betul-betul kenal dengan 30-40 muridnya dalam sebuah kelas, bayangkan pula bagaimana Rasulullah nak kenal kita dengan mudah di Padang Mahsyar nanti? Selautan manusia di situ!
Bukan calang-calang ramainya. Jika tanpa bantuan Allah yang Maha Bijaksana, mungkin kita akan menunggu masa yang sangat lama sebelum dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW.
Melalui gambaran yang biasa kita dengar dari ustaz atau agamawan yang mendalami kitab suci al-Quran dan sunnah nabi SAW, pada hari kiamat nanti, orang mukmin dan kafir akan berkumpul di Padang Mahsyar. Di sini akan dihitung amalan-amalan kita sedail-adilnya.
Dalam selautan manusia yang bercampur-campur itu, Nabi Muhammad SAW akan mengenal umatnya ketika datang ke sebuah Telaga dengan ciri-ciri khusus. Tapi, bagaimana Nabi Muhammad SAW dapat mengenal umatnya?
Allah SWT berfirman:
يَوْمَنَدْعُوكُلَّأُنَاسٍبِإِمَامِهِمْ (Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya (QS. Al Israa’: 71)
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan, Ibnu Abbas r.a berkata, “Pemimpin kebaikan dan pemimpin kesesatan”
Anas bin Malik berkata, “(erti pemimpin) adalah Nabi setiap umat” (Tafsir Ibnu Abi Hatim, 7/2339)
Ayat ini menjelaskan bahawa umat manusia pada hari Kiamat dipanggil secara berkelompok dan umat Islam dipanggil pada kelompok yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW. Dengan ini kita boleh faham bahawa, Nabi kenal kita sebagai umatnya ketika umatnya berada pada kelompok yang bersama dengannya.
Dalam masa yang sama juga, umat Islam memiliki ciri tersendiri yang membolehkan Nabi Muhammad SAW dapat kenal kita sekilas mata memandang.
Nabi SAW menjelaskan dalam sebuah hadis yang berbunyi:
Saya berharap bahawa kami sudah boleh melihat saudara-saudara kami”. Mereka (para sahabat) berkata: “Bukankah kami adalah saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?, Baginda menjawab: “Kalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudara kami adalah mereka yang belum datang (lahir) saat ini”.
Mereka berkata: “Bagaimana engkau mengetahui orang yang belum ada saat ini dari umatmu, wahai Rasulullah?, Beliau menjawab: “Tidakkah engkau melihat, jika seseorang memiliki kuda bertanda putih pada muka dan kaki-kakinya berada diantara kuda-kuda hitam pekat, tidakkah ia bisa mengenal kudanya ? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”.
Beliau bersabda: “Mereka akan datang dengan wajah putih bersinar dan kaki tangan bercahaya pada bahagian air wuduk, dan saya menunggu mereka di Telaga. (HR. Muslim 249)
Apa lagi yang kita ingin nafikan? Berdasarkan ayat dan hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa Rasulullah SAW dapat mengenal umatnya melalui dua cara;
Pertama adalah pada hari kiamat umat Islam dipanggil bersama pemimpinnya, iaitu Nabi Muhammad; darinya Nabi Muhammad mengenal umatnya.
Kedua adalah tanda putih bercahaya pada wajah, kaki, tangan yang merupakan tempat air wuduk, sehingga tanda tersebut menjadi pembeza dari umat manusia yang lain.
Maka, sudah tentulah kita ingin Nabi kenal kita nanti bukan? Dah tahu apa nak buat sekarang?
Semoga kita semuanya adalah orang-orang yang dikenali Rasulullah berkat daripada wuduk yang sempurna dan dapat minum dari telaganya.
Orang Islam haram makan ulat sagu, ini penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri mengapa umat Islam dilarang memakan ulat sagu atau dikenali juga dengan nama ulat mulong.
Butod merupakan sejenis ulat yang boleh didapati di dalam batang pokok Rumbia yang sedang reput. Ianya juga dikenali sebagai ulat Sagu (Bahasa Melayu) dan ulat Mulung (di Sarawak).
Ulat ini menjadi makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah dan sering dihidangkan semasa hari-hari istimewa seperti Pesta Menuai atau Pesta Makanan. Butod boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu supaya ranggup dimakan.
Ulat ini dikatakan mempunyai kandungan protein yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Bagi yang beragama Islam, ianya haram dimakan kerana Butod merupakan salah satu spesis ulat.
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor — atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain daripada Allah.’”
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): ‘Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?’ Bagi menjawabnya, katakanlah: ‘Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik.’”
Ayat di atas menunjukkan secara umumnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menghalalkan buat kita makanan yang baik-baik. Justeru, semua yang baik-baik itu adalah diharuskan untuk memakannya, manakala semua yang buruk dan jijik pula adalah diharamkan daripada memakannya.
Penentuan sama ada makanan itu baik atau jijik — jika tiada nas mengenainya — adalah berdasarkan perasaan dan naluri orang Arab kerana al-Quran turun kepada mereka — yakni dalam bahasa mereka.
Ulat sagu tergolong dalam jenis ulat. Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kami datangkan pendapat para ulama berkenaan hukum memakan ulat.
Pada asasnya, dalam mazhab Syafi‘i, hukum memakan ulat adalah diharamkan melainkan ulat yang berada dalam keju, cuka, kacang hijau, buah-buahan dan seumpamanya yang terdiri daripada makanan, yang mana ulat-ulat berkenaan lahir daripada bahan-bahan suci tersebut.
Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa terdapat tiga pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i berkenaan kehalalan ulat ini iaitu pendapat pertama, ia adalah halal untuk dimakan. Pendapat kedua pula, ia adalah haram untuk dimakan.
Manakala pendapat ketiga, ia halal dimakan bersama makanan yang ia lahir daripadanya, bukan secara terasing kerana haram memakannya secara terasing.
Selain itu, al-Khatib al-Syirbini juga ada menyebutkan bahawa mengikut pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi‘i, dihalalkan untuk memakan ulat yang dilahirkan daripada makanan seperti cuka, keju dan buah-buahan, hanya jika ia dimakan secara bersama.
Begitu juga hukumnya apabila ia mati — dalam makanan itu — yakni halal untuk dimakan mengikut pendapat yang kuat. Hal ini kerana kesukaran untuk mengasingkannya.
Sebahagian ulama terkemudian menyandarkan hukum daging yang berulat dengan hukum buah-buahan — yang mengandungi ulat. Berdasarkan kepada ‘illah ini, maka jika ia mampu atau mudah untuk diasingkan seperti ulat yang berada dalam epal, maka haram untuk memakannya secara bersama.
Ibn Syahbah berkata bahawa itulah pendapat yang zahir, yakni apabila tidak kesukaran untuk membezakannya.
Di samping itu, terkeluar daripada lafaz “مَعَهُ” (yakni memakan ulat secara bersama dengan makanan itu), bagi kes memakan ulat secara berasingan. Hal ini kerana hukumnya adalah haram disebabkan oleh kenajisan bangkainya dan juga kejijikannya.
Begitulah juga — yakni haram hukumnya — jika ulat itu diangkat ke tempat yang lain sebagaimana disebutkan oleh al-Bulqini, atau ulat itu pergi dengan sendiri ke tempat lain, kemudian ia kembali semula ke sarangnya (dalam buah itu) selepas ia dapat dipelihara daripadanya seperti mana yang dibahaskan oleh sebahagian ulama terkemudian.
Pendapat kedua pula mengatakan halal secara mutlak, kerana ulat itu dianggap sebahagian daripada buah. Manakala pendapat ketiga mengatakan haram secara mutlak kerana ulat itu dikira sebagai bangkai.
Di samping itu, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) juga ada menyatakan bahawa memakan ulat sagu (mulong) adalah haram dan dilarang dalam Islam kerana ia dianggap jijik.
Dalam mengkategorikan sesuatu itu jijik fuqaha menentukannya berdasarkan uruf masyarakat setempat. Oleh kerana masyarakat Islam Malaysia mengkategorikan bahawa ulat adalah daripada haiwan yang menjijikkan (khabis) dan kotor termasuklah juga Ulat Mulong.
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa ulat sagu (mulong) haram dimakan kerana ia dianggap jijik sebagaimana pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak, bertarikh: 20 November 2014.
Islam menganjurkan umatnya untuk memakan makanan yang halal lagi baik berdasarkan firman Allah SWT:
Innamā amruhū iżā arāda syai`an ay yaqụla lahụ kun fa yakụn.
Ertinya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.”
Apa saja yang terjadi di dunia ini adalah milik Allah. Maka apabila Allah mengkehendakinya maka jadilah ia.
Sama seperti penciptaan manusia, di dalam Al-Quran dinyatakan akan penciptaan Nabi Isa beribukan Maryam yang langsung tidak disentuh lelaki namun apabila Allah mengkendakiNya, maka Nabi Isa lahir ke dunia.
Qālat rabbi annā yakụnu lī waladuw wa lam yamsasnī basyar, qāla każālikillāhu yakhluqu mā yasyā, iżā qaḍā amran fa innamā yaqụlu lahụ kun fa yakụn.
Ertinya: “Maryam berkata: “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun”. Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: “Jadilah”, lalu jadilah dia”.
Dari aplikasi Tik Tok @dikhet atau nama sebenarnya Andika Wirawan, lelaki asal Indonesia ini berkongsikan seekor kucing comelnya yang diberi nama Kimiko hendak dibeli oleh individu lain pada harga Rp200 juta atau bersamaan hampir RM60,000 kerana di badan binatang kesayangan Rasulullah ini tertera kalimah Allah dengan sangat jelas. Awalnya dia bingung kenapa kucingnya begitu bernilai sebelum menyedari di bulu Kimiko tertera kalimah Allah. Namun @dikhet tidak menyatakan sama ada ada dia sudah menjualnya atau berkongsi keajaiban kucing kesayangannya itu saja.
Memang sangat ketara kalimah Allah yang terbentuk di bulu kucing berkenaan. Sangat-sangat comel. Ia dianggap satu keajaiban sementelah lagi kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Sebab itulah harga ditawarkan untuk kucing ini sangat tinggi iaitu hampir RM60,000.
Tidak hanya kucing bertuah ini, pernah negara digemparkan dengan kalimah Allah tertera di langit, daging dan lain-lain lagi. Apa pun, sesungguhnya segala apa diciptakan adalah hak milik Allah. Bagaimana Allah mengkehendakinya maka kita sebagai hambaNya hanya perlu beriman kepada Allah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...