“Rasa Macam Ibu Ada…” Pengantin Perempuan Sebak Sarung Baju Kahwin Milik Arwah Emak Di Majlis Pernikahannya

Share

Bagi pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga, pastinya mahu kehadiran keluarga terutama kedua ibu bapa meraikan majlis bahagia.

Namun bagi pasangan ini lain pula ceritanya. Meraikan detik majlis pernikahan dalam situasi berbeza selepas ibu meninggal dunia sebelum menjelang hari bahagia.

Menerusi satu video yang tular di laman akaun TikTok, gadis itu dikenali dengan nama Ena

berkongsi suasana persiapan sekitar hari pernikahannya bersama pilihan hati yang telah dikenali sejak enam tahun lalu.
Memilih untuk memakai baju arwah ibunya.

Dia dan pasangan pada awalnya merancang untuk menyewa busana hari pernikahan daripada butik pengantin.

Tetapi, selepas menjumpai busana pernikahan arwah ibunya yang masih cantik dan dijaga baik dia memutuskan untuk memakainya.

Baju nikah milik arwah ibu.

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan segalanya.

Walaupun hari bahagia itu tidak dapat diraikan bersama ibu tercinta kerana telah pergi menghadap ilahi sejak tahun 2018 namun, dia tetap memilih untuk mengenakan baju nikah milik arwah ibunya di hari pernikahan.

Moga bahagia till jannah.

Ternyata, dia masih kelihatan ayu dan berseri dalam busana klasik milik arwah ibunya.

Selain itu, dia juga merasakan dengan memakai busana itu seolah-olah seperti arwah ibunya itu berada dekat di sampingnya.

Seperti arwah ibu ada di sisi.

Tambahnya juga, dia juga telah berkahwin dengan pilihan hati yang juga pernah diperkenalkan kepada arwah ibunya dulu. Dan lelaki inilah yang akan membimbingnya hingga ke syurga.

Sama cantik sama padan.

Kashoorga ucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia till jannah.

IKLAN