Rasa Malas Baca Quran, Praktik 5 Cara Nak Naikkan Semangat & Terus Beramal Dengan Kitab Suci Ini

Share

Sebagai manusia yang lemah, tidak dinafikan ada kalanya kita dipenuhi rasa malas untuk membaca kitab suci al-Quran ini. Padahal kita boleh kumpul pahala berganda dengan membacanya walaupun hanya satu ayat saja.


Namun, bagaimana caranya untuk terus bersemangat membaca Al-Quran? Ini 5 cara yang anda boleh lakukan:

#1 Niatkan Dalam Hati

Perbetulkan niat anda. Niatkan baca anda dengan harapan Allah akan memberi petunjuk dan panduan dalam kehidupan seharian.

#2 Beli Al-Quran Berwarna

Jika anda bosan melihat Al-Quran yang hanya bersifat dua warna yakni hitam dan putih sahaja, dapatkan Al-Quran yang berwarna-warni. Telah banyak dan pelbagai corak Al-Quran yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

#3 Fahamkan Isinya

Jika kita faham akan sesuatu pasti perasaan ingin mengetahui akan lebih melonjak-lonjak. Jadi, setiap kali membaca Al-Quran cuba anda fahamkan apa yang sedang disampaikan oleh ayat tersebut. Dengan cara ini ia dapat merangsang minat anda untuk terus membaca Al-Quran

#4 Tandakan Isi-isi Penting Dalam Al-Quran

Ayat Al-Quran boleh dijadikan sebagai doa dan zikir harian. Jadi, sekiranya anda terjupa ayat yang boleh dijadikan doa maka tandakan ayat tersebut dan hafal.

#5 Jadikan Al-Quran Sebagai Peti Aduan

Tak kisah lah walau apa pun perasaan kita, sama ada gembira, sedih, kecewa dan lain-lain rasa, jadikan Al-Quran sebagai alat untuk menghiburkan diri anda.

IKLAN