Kebahagiaan seorang anak terletak pada reda ibu bapanya. Anak yang membahagiakan ibu bapanya, nescaya hidupnya lebih diberkati ALLAH SWT. Justeru, tergamakkah seorang anak meletakkan ibu bapanya di belakang selepas bertemu kekasih hati?
Memang ada ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pilihan hati anak. Mereka kurang berkenan dengan calon menantu yang dipilih oleh anaknya. Sebagai anak, lebih baik berbincang dari hati ke hati dengan ibu bapa. Usahlah menjadikan hal ini sebagai punca terputusnya silaturahim antara anda dengan orang tua.
BAWA BERBINCANG
Semua masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Apabila pilihan hati anda kurang disenangi oleh orang tua, carilah jalan. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Berbincang adalah jalan terbaik berbanding memendam rasa dan akhirnya mencetuskan rasa marah.
Ads
ELAK KAHWIN LARI
Kahwin lari perlu dielakkan atas banyak sebab. Antaranya anda berdosa kerana melukakan hati orang tua. Selebihnya banyak manfaat perkahwinan yang terhalang disebabkan tindakan tersebut.
KENALI PUNCA
Jika ibu bapa kurang berkenan dengan pilihan hati anda, carilah puncanya. Kemudian perbaiki punca itu dan mintalah si dia cuba ambil hati ibu bapa anda. Insya-Allah segalanya akan jadi yang baik-baik sahaja.
Ads
BERDOA
Senjata umat Islam ialah DOA. Percayalah kepada kuasa doa. Justeru berdoalah kepada ALLAH SWT supaya pintu hati orang tua terbuka untuk menerima si dia. Berdoalah supaya si dia kuat untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan kerana perhubungan yang tidak mendapat restu orang tua amat sukar untuk dilalui.
Ibu bapa juga perlulah reda dengan pilihan hati anak. Cinta bukanlah sesuatu yang dipaksa-paksa namun hadir secara semula jadi. Sudah pasti anak berada dalam dilema jika anda menolak pilihan hati mereka. Sama-samalah saling memahami dan menuju ke arah silaturahim yang erat.
Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Walau di gunung atau lautan, jika ia sudah tertulis di lukh mahfuz, pasti akan bertemu juga.
Begitulah digambarkan kisah percintaan pasangan ini yang menyaksikan hutan menjadi saksi cinta antara mereka.
Menulis perkongsian di laman sosial Facebook Aty Razali, kisah cinta pasangan ini yang sangat ‘sweet’ menjadi inspoirasi buat pasangan lain yang mencari cinta halal.
Ayuh, ikuti perkongsian ini
07.03.2020-First jumpa masa naik Gunung. 15.5.2020- Bawa kahwin 04.07.2020- Merisik 29.8.2020-Nikah PKP 29.9.2020-Genap sebulan nikah tapi punah harapan mahu jumpa sebab 29.9.2020 Start PKPDB
Di jadikan cerita bulan Feb saya open trip naik Gunung Minitinduk. So saya cari la team sapa-sapa yang mahu naik.Jadi dia ni ( suami ) orang paling last full trip kami 10 orang.
Mula-mula dia tidak mahu join sebab ada program lain.Tapi tingal beberapa hari saja lagi date mendaki dia Wasap untuk join.Oh ya dia ni kawan FB, tak tahu bila kami jadi friend FB.
7.3.2020 First jumpa masa register.masa tu semua ok cumanya biasa la kalau orang otai-otai hiking ni laju-laju. kami yang bilis-bilis je la ni paling belakang la so tak sempat kami jalan hiking sama-sama.
Ada la satu adegan ni kan,masa turun bukit saya nampak dia dari jauh perati ja saya masa turun tu. Hairan juga napa dia perati kan jadi lepas kahwin hari tu tanya la napa perati ja masa turun bukit hari tu? Guyss mau tau dia cakap apa? Dia bagitahu, kau pendek,gayat tapi mahu juga hiking-hiking. Dia hairan, macam mana saya boleh jadi ketua hiking.
Kami tak bercinta sebab singkat perkenalan ni. Musim PKP Mac-Mei tu kami selalu wasap pasal covid.(maklum la dia cikgu,duduk rumah sebab sekolah tutup, saya pula kerja hospital so sah-sah dia banyak tanya pasal perkembangan kerja masa covid ni menular. Banyak masa dia hadap handphone.
Hikmah juga Covit19 dan Pkp ni sebab jumpa jodoh
15.5.2020. Tidak tahu macam mana tiba-tiba saya boleh taip mesej, “jom kawin” dalam masa yang sama saya bercerita dengan kawan 1 kerja bab kawin.
Tiada angin tiada ribut tiba-tiba bawa kahwin tapi dia terima juga.Bulan 7 selepas merisik saya ada tanya la kenapa terus bagi jawapan terima untuk kawin. Kamu tahu dia jawab apa?
Dia cakap risau kalau dia yang dulu cakap kahwin tapi saya menolak.Tapi bila saya sudah buka mulut kahwin terus dia terima. So gaiss untuk sapa yang ada hati dengan orang itu, cakap ja.Terima tidak terima itu belakang kira. Mana tau orang yang kita suka itu pun ada hati perasaan dengan kita tapi malu je mahu cakap.
Niat saya dulu hiking bukan mahu mencari jodoh, tidak pernah terlintas mahu jumpa jodoh masa hiking sebab lebih ke arah ubah suasana hidup baru. Bosan dengan aktiviti harian. Balik kerja-rumah-kerja.Bosan tu Tuhan saja la yang tahu.
7 tahun kerja hari-hari hidup dengan suasana hospital. Jadi tahun 2019 mula join team hiking. Memang best bila sudah teroka alam ni. Berbaur perasaan.susah mahu cakap. Macam terbuka sikit minda tengok kehijauan.
Asal ada masa mesti masuk hutan.Tapi itu la perancangan Tuhan siapa yang tahu kan. So gud luck untuk sapa yang belum bertemu jodoh. Sangka baik dengan Tuhan.Kalau pun balik-balik kecewa putus hubungan di tengah jalan tapi jangan sampai sangka buruk dengan Tuhan, tidak baik itu.
So today 29.9.2020 happy1 month anivesari Aty & Junjun. Doakan kami bahagia kekal ke akhir hayat amin #Santaihiker #JodohHiking #JodohGunung #GunungMinitindukKotamarudusabah
Tempoh perkenalan walaupun bertahun-tahun tidak menjaminkan apa-apa. Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya. Bersedialah untuk menerima dan reda bahawa tidak semestinya apa yang diinginkan akan diperolehi.
Bersedialah menerima perasaan kecewa dan sedih.Memang akan rasa sakit, tetapi kesakitan itulah yang akan membuatkan diri kita menjadi lebih kuat pada masa akan datang. Usah dipertikai kenapa diri kita yang ditimpa ujian ini. Usah ditanya kenapa diri kita yang mesti melaluinya. Kerana setiap ujian yang kita lalui itu ada hikmahnya.
Ikuti perkongsian lelaki ini.
Itulah realiti kehidupan. Tidak sama seperti dalam novel cinta yang dibaca. Tidak sama seperti drama TV yang dilihat. Segalanya penuh dengan tanda tanya dan misteri.
Sumber kredit: Twitter @Bangyeem
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Seorang lelaki ingin meluahkan perasaan cintanya kepada seorang wanita. Persoalannya bolehkah seorang lelaki meluahkan rasa cintanya kepada seorang wanita sebagai contoh, “Saya berkenan dengan saudari”, atau bolehkah meminang seorang perempuan terus kepadanya tanpa melalui wakil?
Kedua-duanya dibolehkan bagi tujuan perkahwinan berdasarkan nas al-Quran:
Maksudnya: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
(Surah al-Baqarah, 2:235)
Imam Abu Jaafar al-Tabari Rahimahullah berkata:
Firman Allah Taala itu bererti, ‘Tidak menjadi kesalahan bagi kalian, wahai para lelaki, meminang wanita-wanita itu dengan sindiran, yakni wanita-wanita yang beriddah akibat wafatnya suami mereka, sewaktu waktu iddah mereka, tanpa menyatakan dengan jelas untuk berakad nikah.’
Berkata Ibn Abbas RA : Sindiran itu seperti seseorang berkata kepada seorang perempuan semasa iddahnya, ‘Sesungguhnya aku tidak ingin berkahwin selain daripadamu Insya Allah’, atau ‘Aku suka untuk mendapatkan isteri yang solehah’, (dan dalam riwayat lain, ‘Sesungguhnya aku ingin berkahwin’) tanpa dia menetapkan secara jelas selama mana perempuan itu masih dalam iddah.
Rujuk Jami’ al-Bayan (5/95)
Kesimpulannya harus bagi seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang wanita meskipun secara langsung, atau berwakil. Cuma yang tidak dibenarkan ialah menyatakan dengan jelas pinangan itu sewaktu seseorang wanita itu masih dalam iddah. Namun begitu hendaklah dijaga adab dan tatasusila yang ma’ruf sebagai seorang Muslim dengan tidak melangkaui batas-batas yang telah ditetapkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hadir ke masjid pada saat-saat akhir dan terlepas khutbah Jumaat menyebabkan kita rugi ganjaran besar yang dijanjikan. Ketahui kepentingan hadir awal, adab mendengar khutbah, dan mengapa solat Jumaat bukan sekadar mengejar dua rakaat semata-mata.