Tidak ada hukum yang melarang suami isteri untuk melakukan hubungan suami isteri di bulan Ramadan asalkan ia tidak dilakukan sepanjang tempoh berpuasa iaitu di siang hari.
Hubungan intim yang dilakukan di bulan Ramadan tidak akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu.
Jika Islam melarang hubungan batin di siang hari ketika menunaikan ibadah berpuasa, bagaimana pula dengan aktiviti berciuman dan ringan-ringan yang dilakukan pasangan suami isteri. Bolehkah berciuman dan ‘ringan-ringan’ dengan isteri?
Ads
Soalan:Bolehkah seseorang yang berpuasa berciuman dan bermesra dengan isterinya yang biasanya dilakukan sebelum persetubuhan tetapi tidak sampai bersetubuh?
Ads
Jawapan:
1. Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan. Jika dia tahu bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan berciuman dan ‘kemesraan yang lain’.
2. Kata ‘Aishah:
يُقَبِّلُ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ، وَكَانَ أَمْلَكَكُمْ لِإِرْبِهِ
“Nabi s.a.w mencium dan bermesraan dengan isteri sedangkan baginda berpuasa. Baginda itu paling dapat mengawal kemaluannya” (Riwayat al-Bukhari)
3. Kata Masruq:
سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا يَحِلُّ لِلرَّجُلِ مِنَ امْرَأَتِهِ صَائِمًا؟ قَالَتْ: كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الْجِمَاعَ
Aku pernah bertanya A’ishah: “Apakah yang halal untuk lelaki lakukan kepada isterinya semasa berpuasa?”. Jawab ‘Aishah: “Semua perkara kecuali persetubuhan” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanad yang sahih).
Sumber: Dr.MAZA.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kehilangan Chef Selebriti Adamdidam tahun lalu bukan saja meninggalkan kesan mendalam pada peminat dunia masakan, tetapi juga ahli keluarga terdekat.
Terutama anak buah kesayangan, Fatimah yang menetap di United Kingdom. Ternyata Fatimah tidak dapat menerima kehilangan bapa saudara yang begitu dekat dengan hatinya.
Walaupun sudah setahun berlalu, namun masih terasa kehilangan berkenaan.
Dalam satu posting di laman sosial Instagram melalui ibunya, memberitahu Fatimah tidak lekang beribadah dan berzikir sepanjang waktu.
Menurutnya, apabila Fatimah mendapat tahu setiap amalan baik akan dilipat gandakan Allah sepanjang ramadan, jadi dia dan tasbih digitalnya seakan berpisah tiada.
“Dari awal Ramadan sampai sekarang, Fatimah sudah berzikir lebih 7,400 kali! Kiraan itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-anak berusia enam tahun,” tulis ibu Fatimah menerusi akaun Instagram The Family UK.
Tambahnya, amalan Fatimah itu bukan sia-sia, kata Fatimah dia utuskan zikirnya itu buat Allahyarham Adam yang meninggal dunia pada Mei tahun lalu.
“Suatu hari saya terdengar Fatimah berdoa; ‘Ya Allah, tolonglah terima zikir dan amalan baik saya, dan hantarkan hadiah ini untuk Mamajee’.
“Saya tak menjangka doa itu muncul daripadanya.
“Kemudian kata saya; ‘Kamu minta Allah sampaikan zikir dan amalan kepada Mamajee, habis macam mana pula kamu? Apa yang kamu minta untuk diri kamu dari Allah?’
“Jawab Fatimah; ‘tiada apa-apa’,” ceritanya.
“I finally learned the real meaning of true love from my six-year-old daughter, Fatimah…As soon as she found out that our good deeds will be multiplied by Allah in the holy month of Ramadhan, her digital tasbeeh has become her new best friend since the start of Ramadhan.
“They have become literally inseparable – we even found her asleep with her tasbeeh still in her hands many times! Since the beginning of Ramadhan until now, Fatimah has done 7400 dzikir and counting! The number is impressive for a six-year-old, but there’s a reason behind all her hard work and determination…
“One day, I overheard Fatimah’s du’a: “Ya Allah, please accept my dzikir and my good deeds, and send them as a gift to my beloved Mamajee.” I didn’t expect that, coming from a six-year-old.
“I then said, “You’ve asked Allah to send all of your dzikir and your good deeds to your Mamajee, so what about you? What do you ask for yourself from Allah?” She then boldly replied, “NOTHING.” That’s it. Just one word came out from her mouth. She asks for nothing, she wants nothing, and she expects nothing for herself. This is love. This is pure love.
Written by Mrs Mom #SundayWithAdam 24th Ramadhan 1441 AH
Ternyata perkongsian ini sangat menyentuh hati. Bayangkan kanak-kanak yang masih terlalu mentah usianya tahu bagaimana untuk menghargai insan tersayang yang sudah tiada di sisi.
Malah kasih sayang dan ingatan tidak pernah pudar biarpun pemergian chef selebriti ini sudah setahun berlalu.
Ramai yg kaitkan Covid-19 dengan kemuculan Dajjal dan dekatnya Hari Kiamat dgn kita, adakah ianya benar?
Semua tanda² Kiamat, samada kecil atau besar adalah suatu yg pasti berlaku dan akan tiba walaupun tanpa wujudnya wabak seperti Covid-19.
Pernah berlaku wabak penyakit Taun di Syam pd zaman Khalifah Saiduna ‘Umar Radhiyallahu Anhu, sehingga ada antara para sahabat yg meninggal dunia akibat Taun, seperti Saidina Muaz bin Jabal Radhiyallahu Anhu
Di zaman kita sekarang ramai sgt yg “terlajak” dalam nak mengajak manusia supaya insaf dan kembali sedar atas dosa serta perlakuan dosa yg dibuat oleh mereka dgn cara menakut²kan mereka melalui “perkhabaran” yg dipetik di luar konteksnya, sehingga tahap berdusta
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri pernah ditanya ttg Hari Kiamat, namun Baginda mengakui yg Baginda tidak mengetahuinya kecuali menyebut tanda²nya shj sebagai amaran awal utk ummatnya.
Kita boleh menyebarkan berita² ttg kedatangan hari Kiamat dengan tanda²nya, namun jangan mereka² sesuatu perkhabaran, walaupun atas niat yg baik, bahkan lebih teruk bila disandarkan kpd Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah menyebut من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار “Sesiapa berdusta keatasku secara sengaja, maka siapkanlah tempatnya di Neraka” (Imam al Bukhari No 1229)
Namun apa yg sedang berlaku ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah ‘Azzawajalla
Ianya hadir disebabkan tangan² manusia yg durjana, yg sering melakukan kerosakkan di atas muka bumi ini
Wabak Covid-19 ini juga adalah sebagai ujian buat setiap mukmin manakala buat yg kufur dan ingkar ianya adalah sebagai balasan terhadap mereka supaya kembali patuh kepada Allah ‘Azzawajalla
Tugas kita sekarang adalah utk teruskan hidup dengan berhati² dan menjadi seorang Muslim yg bukan shj cuba mengelakkan diri dari dijangkiti virus Covid-19, namun lebih dari itu semoga terhindar dari dihinggapi oleh azab Allah Azzawajalla di Dunia dan di Akhirat nanti
Entah apa ada dalam pemikiran seorang ibu tua yang sakit, atau mungkin menyedari ajalnya semakin mendekat hinggakan air matanya mengalir saat dibawa menaiki sebuah van jenazah kerana ketidakmampuan anaknya menyewa ambulan.
Di sebalik redha dengan perjalanan akhirnya, dengan kuasa Allah, beberapa jam selepas selamat tiba dari Hospital Sungai Buloh ke rumahnya di Rawang, ibu tua ini menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan anak cucu.
Perkongsian sedih ini dikongsikan dari fb Mr Wan Chai Official yang mana pertubuhan NGO ini menubuhkan Skuad Pengurusan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) bagi membantu insan yang kurang berkemampuan.
Baca kisah dikongsinya.
IBU YANG MASIH BERNYAWA DIBAWA MENGGUNAKAN VAN JENAZAH
Saya nak minta pendapat dari semua. Hari ke hari saya berfikir tentang perkara ini. Rasa serba salah dibuatnya.
Baru baru ini kami ada menghulurkan bantuan untuk satu perempuan warga emas. Bantuan yang kami hulurkan itu bukan melibatkan pengurusan jenazah. Tetapi khidmat membawa warga emas itu pulang dari hospital ke rumah.
Pada mulanya kami agak keberatan. Membawa orang yang masih hidup menggunakan van jenazah tiada dalam perkhidmatan kami. Tetapi kami terpaksa akur. Anak kepada warga emas tersebut mengharap bantuan dari kami. Mereka terlalu mengharap. Mungkin caj perkhidmatan ambulan sangat tinggi. Mereka tidak mampu.
Ibu mereka perlu dibawa pulang kerumah atas nasihat dari pihak doktor. Sepertinya jangka hayat si ibu untuk hidup lebih lama tiada harapan lagi. Kami tetap membantu walau rasa berat dihati. Lalu satu team digerakkan ke Hospital Sungai Buloh.
Bayangkan bagaimana tubuh seorang ibu yang masih bernafas hendak kami angkat bawa masuk ke dalam van jenazah? Kami kuatkan semangat semata mata untuk membantu ibu tersebut. Perkara yang belum pernah kami lakukan akhirnya kami lakukan juga. Demi memudahkan urusan si ibu dan anak anaknya.
.
Allah… Tidak tergamak untuk kami melihat situasi tersebut. Bila tubuh si ibu dibawa masuk ke dalam van jenazah. Kami lihat air mata si ibu tiba tiba mengalir. Mungkin si ibu beranggapan kami dan anaknya mahu melihat beliau mati. Jika tidak masakan airmatanya mengalir.
Kami yang melihat terasa sebak pula. Walaupun situasi itu berlaku. Kami tetap meneruskan bantuan menghantar si ibu ke rumahnya di Rawang. Seorang anak perempuan juga ikut bersama menemani si ibu.Alhamdulillah si ibu selamat kami hantar pulang ke rumah.
Anda tahu selepas itu apa yang berlaku? Kami menerima pesanan whats app dari si anak. Ketika itu team yang bertugas dalam perjalanan pulang ke base. Katanya ibunya telah pulang kerahmatullah pada pukul 10.05 malam itu juga. Tidak lama selepas si ibu dibawa pulang.
Si ibu menghembuskan nafas terakhirnya dengan ditemani oleh anak anak. Sebenarnya Allah aturkan untuk si ibu meninggal dunia dirumah bukan di hospital. Cumanya cara membawa balik si ibu ketika masih hidup tidak sesuai.
Saya tidak mahu menyalahkan anak anak. Kos untuk menggunakan perkhidmatan ambulan swasta sememangnya tinggi. Waris terbeban dengan caj perkhidmatan yang dikenakan.Pihak hospital pula tidak menyediakan khidmat bagi membawa pulang pesakit ke rumah. Begitu juga sekiranya pesakit hendak mendapatkan rawatan susulan seperti dialisis.
Ramai waris yang mengeluh untuk mendapatkan khidmat ambulan. Sebab itu rakan rakan saya di Perlis dan Taipeng tubuhkan team ambulan. Jika anda perasan dalam gabungan kami sudah wujudkan ambulan atas inseatif sendiri.
Team VAPT di Perak dan team VAWP di Perlis. Tujuannya untuk membantu waris dan pesakit yang tidak mampu menyewa ambulan swasta. Berkaitan pengalaman yang saya kongsikan kepada anda seperti atas.
Perlukah UKVJ wujudkan perkhidmatan ambulan? Kami ada kekuatan untuk menyumbang tenaga. Untuk beli ambulan kami tidak berkemampuan. Bantu saya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?