Hari ini sudah masuk hari ketiga kita menjalani ibadah puasa. Walaupun tahun ini situasi Ramadan agak berlainan, tetapi yang penting menunaikan ibadah ini dengan penuh istiqamah.
Dalam kita berpuasa, jangan sesekali abaikan amalan wajib lain terutamanya solat. Tidak ada gunanya seharian berpuasa tetapi tidak bersolat. Ini kerana solat itu lebih utama kerana merupakan tiang agama.
Ads
Pendakwah Bebas, PU Riz dalam Tazkirah Ramadan memberitahu kedua-duanya adalah wajib untuk dilakukan.
“Solat dan puasa itu kedua-duanya perlu dilaksanakan. Tetapi bila kita tinggal salah satu terutama solat kerana solat itu adalah satu amalan yang membezakan orang Islam dengan bukan Islam.
Ads
“Kalau puasa orang Yahudi pun puasa juga. Kalau amalan solat macam kita buat ini, hanya orang Islam yang melakukannya.
Ads
“Jadi wajib kita laksanakan kedua-duanya, solat dan puasa dan semogą kita mendapat manfaatnya,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai di antara kita mungkin terleka dengan soal duniawi hingga terlalu “berat” untuk membaca Al-Quran sebelum tidur. Masa diambil tidak lama namun ada saja halangan dan kemudian kita terus tertidur hingga ke pagi.
Menyedari hal ini, dalam sama-sama mendapat redha Allah di dunia dan akhirat, Warisan Ummah Ikhlas Foundation di bawah Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama Rumah Ngaji seluruh Malaysia mengajak seluruh umat Islam untuk membaca Al-Quran sebelum tidur.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah, Puan Marhaini Yusuff mengajak semua untuk menyertai program “Jom Mengaji Sebelum Tidur (JMST).”
“Program Jom Mengaji Sebelum Tidur (JMST) merupakan sebuah inisiatif awal menuju tiga program utama di bawah WUIF, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention yang memilih surah al-Sajdah sebagai surah pilihan bagi 2022 dengan membawa tema #MalaysiaBersujud dan #DuniaBersujud melalui agenda “Thematic & Reconstruct.”
“Pemilihan surah alSajdah ini dilihat dapat membentuk kerangka fikir dalam membina karakter dan memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi pelbagai ujian dengan bersujud kepada Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.
Dalam masa yang sama pada program berkenaan, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Hussamuddin bin Hj. Yaacub akan membuat kupasan akan rahsia kejayaannya dalam perniagaan.
Adat ada jatuh bangun dalam membangunkan sesebuah empayar perniagaan kerana itu adalah lumrah kepada setiap yang bergelar usahawan.
“Namun, setiap perkara yang berlaku tersebut pasti ada hikmah disebaliknya sekiranya kita melihat dengan mata hati selaku seorang hamba-Nya. Manusia yang memiliki kecerdasan emosi pula akan dapat memimpin diri dan organisasi dalam membuat sesuatu tindakan,” katanya memaklumkan ilmu perkongsian itu akan dibuat oleh Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub dan Dr Alizi Alias berpandukan surah al-Sajdah, 32: 7-9, halaman 415 dalam program Jom Mengaji Sebelum Tidur bersama-sama Keluarga Besar KARANGKRAF menerusi platform Zoom dan Facebook Tick Talk TV, Quran Hour serta Sinar Harian pada:
Hari: Rabu Tarikh:16 Februari 2022 Masa: 9.00pm-10.00pm Tajuk: Allah cipta kita: Sudahkah kita bersyukur? (Surah Al-Sajdah, 32: 7-9) Platform: Zoom meeting & FB Live Tick Talk TV, QuranHour & Sinar Harian
.
.
Untuk yang sama ingin turut serta boleh mengikutinya pada jam 9 malam esok dan program selama sejam ini akan mengupas tajuk yang sangat menarik. Semoga kita bersama-sama ke syurga Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Maksudnya: ”Dan Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata:”Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali”(156).
Di saat sabar dengan semua ujian, masa yang terus berlalu, Allah terus memberikan izinNya buat Jahidah Nordin, 44 terus bertahan hingga ke hari ini sekalipun sudah hampir setahun terlantar koma selepas dibelasah suami.
Bahkan, anak dalam kandungannya, Nufail yang baru dilahirkan pada 1 Disember tahun lalu, terus membesar sihat di samping jagaan ibu saudara, Fauziah Nordin yang menjaga kakaknya itu semenjak dari peristiwa pahit itu.
Dari satu perkongsian di akaun Tik Toknya, @ziah_zara11 terus berkongsi saat-saat indah Nufail membesar sebagai tatapan orang ramai yang masih setia mengikuti kisah kakaknya serta terus mengirim doa agar kakaknya yang mengalami kerosakan otak dan koma separuh sedar untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Dari perkongsian, dirinya memaklumkan Nufail sedikit meragam kerana merindukan ibunya dan anak kecil itu terus terlena di sisi ibunya saat dibaringkan di sebelah ibunya.
Barangkali “bau” ibunya sudah cukup melenakannya bahkan anak kecil ini seakan faham tanpa banyak ragam bagaikan memahami situasi ibunya yang koma dan belum pernah dapat memeluknya lagi dari saat dia melihat dunia.
Melihat hal ini ramai yang sebak dan menitiskan air mata malah mereka mengharapkan adanya keajaiban agar Janidah kembali pulih untuk membesarkan anaknya. Lebih sebak, seperti dikongsi Fauziah, kakaknya itu bagaikan dapat merasai “aura” anaknya itu apabila matanya redup saat Nufail diletakkan di sisinya.
Tulisnya, “kak sekarang separuh koma, masih terlantar. Hanya mampu keluar air mata sesekali, bila letak Nufail kat tepi, mata dia redup sangat. Terima kasih doakan, kongsinya.
Semoga Allah mengangkat semua kesakitannya dan menggantikan dengan kesembuhan untuk melihat anaknya terus membesar sihat seterus menjaga ibunya di masa akan datang.
Bukan sekali tapi sudah banyak kali hal sebegini dilaporkan di media sosial. Ia berkaitan “perangai buruk” sesetengah dari kita yang suka bersedekah kain baju tapi biasanya akan bersedekah baju yang yang sesuai dijadikan kain buruk saja.
Bukan masih elok dipakai. Kata orang asbab nak kosongkan almari saja dan apa seterusnya berlaku, itu hal mereka pada hal baju disedekahkan hanya layak dijadikan kain buruk saja.
Dikongsi dari fb, Fadamir Saad dirinya berkongsi sikap sebenar orang kita, sayang nak beri barang elok saat bersedekah.
Nak rasa marah, tapi kena sabar.
Hampa tengok lah sendiri, kasut dan pakaian yang dihantar ke rumah anak anak yatim ini.
Allah, tergamak ke nak bagi mereka pakai?
Walau pun mereka anak-anak yatim, mereka juga layak pakai yang baru cantik dan elok pada pandangan mata.
Adakalanya niat kita memang cantik, memang baik, nak bagi sumbangan pada anak anak yatim tapi matlamat itu tidak menghalalkan cara. Tidak bermakna kita boleh buat apa sahaja yang kita suka, bagi pakaian lusuh yang layak dibuat kain buruk.
Orang asal di pendalaman nuh pun pandai menilai.
“Kenapa tak ambil baju itu?”.
“Tak mahu,buruk “.
Nah, tersentak aku. Bila aku lihat sendiri, ya memang lusuh, aku suruh juga ambil tapi bukan untuk di pakai hanya dibuat kain buruk habuan lap lap kepala “spark plug” bila membaiki enjin “motoboat” mereka.
Kalau nak memberi pakaian terpakai pegang konsep ini.
Berilah pakaian di mana kamu tidak muat untuk memakai lagi, masih segar warna dan baunya baru pakai sekali dua sahaja. Basuh dahulu wangi wangi pek elok2 dalam plastik, labelkan saiz dan ikut umur mudah mereka memilihnya.
Jangan diberi sebab kamu rasa warnanya sudah pudar, lusuh, zipnya tidak dapat dibaiki acap kali dipakai kamu hingga kamu menolak untuk memakainya lagi, kamu nak buat kain buruk pun kamu sayang akhirnya kamu lupuskan dengan diberikan kepada mereka demikian rupa.
Mereka bukan tidak bersyukur atas pemberian sesiapa, mereka juga ada hati untuk dijaga. Cantik pandangan mata kita tidak sama cantik pandangan orang lain.
Apa yang kita suka tidak bermakna mereka akan suka apa yang kita suka. Moga Allah swt ampunkan kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?