Rupanya Berpurdah Atau Niqab Tak Mampu Halang Jangkitan Covid-19, Mereka Dinasihat Pakai Pelitup Muka – Dr Noor Hisham

Share

Siapa sangka wabak pandemik Covid-19 kini telah memasuki gelombang ketiga.

Dan kita sangat digalakkan untuk mengikut SOP ditetapkan sepeti memakai pelitup muka atau ‘mask’ dan juga mengamalkan kebersihan kendiri bagi menghalang penularan virus ini.

Pemakaian ‘mask’ yang betul perlu diikuti oleh semua termasuk mereka yang memakai purdah untuk mengurangkanp risiko dijangkiti Covid-19 ini.

Gambar sekadar hiasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.

“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

Artikel Berkaitan: “Seri Wajah Berlipat Ganda Sejak Berniqab, Makin Sayang & Sejuk Hati ” – Azuan Mazlan Selesa Penampilan Isteri Ikut Amalan Sunnah

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya pada satu sidang media.

Dr Noor Hisham.

Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti.

Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah. Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.

Gambar sekadar hiasan.

Sumber: Berita Harian & Sinar Harian

Artikel Berkaitan: “Ya Allah Syukur Atas HidayahMu. Love U Bidadariku, ” – Ibu Sebak Neelofa Kini Tampil Berniqab, Doakan Kekal Istiqamah

IKLAN