Rupanya Inilah Penulis Teks Ucapan Makcik Kiah Dibacakan PM Yang Sangat Mendamaikan Jiwa Mendengarnya

Share

Ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, beliau memberi contoh watak Makcik Kiah.

Malah sejak itu, watak Makcik Kiah ini menjadi trending kerana denga dengan diri kita dan cukup difahami baik masyarakat di bandar atau kampung.

Sejak itu ramai tertanya siapakah yang membuat teks ucapan yang sangat sedap dipendengaran halwa telingan dan mendamaikan jiwa yang sedang resak dek penangan wabak pandemik COVID-19.

Rupanya di sebaliks teks yang dibacakan, ada insan lain yang turut membantu memberi idea dan menambahkan ‘kesedapan’ dalam setiap ayat berkenaan.

Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, Khairul Hakimin Muhammad membuka cerita tentang lelaki di sebalik ucapan padu Perdana Menteri kita.

Jika ditanya siapa yang membantu menulis dan menyiapkan ucapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka saya fikir inilah orangnya,

Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Beliau sebelum ini merupakan seorang pensyarah di UIAM, kemudiannya melangkah masuk ke Pejabat YB Timbalan kepada Perdana Menteri ke-6 pada tahun 2009 hingga ke 2013 (Tan Sri Muhyiddin), kemudiannya mengikuti lagi Tan Sri Muhyiddin semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 2013-2015.

Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Selepas itu beliau kembali ke UIAM dan menjadi pensyarah dalam dunia Sains Politik.

Pada 1hb Mac lepas, beliau kembali ke meja Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Setiausaha Sulit.

Beliau merupakan anak sulong kepada pasangan Almarhum Mohamad Bin Che Ibrahim dan Puan Rokiah Pa’chu dari Pasir Mas, Kelantan.

Maafkan saya jika saya salah. Boleh jadi Tan Sri Muhyiddin menulis ucapannya sendiri seperti YB Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun biasanya yang memurnikan sesuatu teks adalah pembantunya sendiri.

Semoga menjawab soalan dan pencarian kalian. Ya, beliau kacak seperti saya. Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Penulis teks Facebook sahaja.

IKLAN