Malah menjadi keutamaan padanya menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan menunaikan suruhan yang wajib.
Baru-baru ini, akaun Tiktok bernama Jay Jusin berkongsi sebuah video menyatakan penyanyi lagu Tergantung Sepi itu tidak pernah meninggalkan kewajipan solat.
Ads
Menurutnya setiap kali datang ke rumahnya, Haqiem Rusli tidak pernah miss minta sejadah untuknya menunaikan solat.
Malah menurutnya tersentuh dengan sikap Haqiem menyebabkan dia berharap akan dapat solat penuh satu hari nanti.
Ads
Sebaik muat naik status itu, warganet turut melemparkan komen dan memuji sikap penyanyi paling popular ini.
Ramai yang masih tidak dapat melupakan tragedi menimpa seorang kakitangan kerajaan, Jahidah Nordin, 43 yang menjadi mangsa dibelasah suami sendiri hingga koma pada April lalu.
Kecederaan parah dialaminya terutama di bahagian kepala, tengkorak selain rahang, tulang belakang serta rusuk yang retak kekal koma dari hari dirinya dianiayai suami sendiri.
Lebih menyayat hati, mangsa ketika itu sedang mengandungkan anak sulung mereka yang baru berusia 15 minggu dan dijangka melahirkan sekitar Disember ini.
Keajaiban Allah, dalam bertarung nyawa dalam keadaan koma, kandungannya kekal membesar walau ibunya tidak pernah sekali pun membuka mata. Hanya susu menjadi minuman untuk ibu dan anak ini sama-sama berjuang untuk melihat dunia. Bahkan ia diberi melalui tiub.
Dalam masa berlalu tanpa sedar, kini usia kandungan Jahidah sudah memasuki usia 36 minggu iaitu fasa terakhir kehamilan. Bahkan pertemuan dengan pakar O&G di Hospital Tuanku Jaafar pada 22 hb lalu, kakaknya itu sudah dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih teliti memandangkan keadaan kakaknya yang masih koma.
Hal ini dikongsikan oleh adiknya, Fauziah Nordin yang mengambil alih menjaga kakak sulungnya itu ketika tragedi ini menimpa.
Dan di saat ramai menanti penuh debar nasib ibu dan anak ini, Fauziah memaklumkan, doktor pakar yang merawat kakaknya sudah memaklumkan beberapa risiko mungkin terjadi seperti pendarahan, gangguan pernafasan, jangkitan kuman, serangan jantung dan tidak mustahil berlaku kematian memandangkan keadaan kakaknya itu yang masih tidak sedarkan diri sehingga ke hari ini.
Bahkan doktor pakar turut memaklumkan belum pernah berhadapan kes sebegini. Tak pernah terjadi di negara kita dan ia sesuatu yang merisaukan hati kami sekeluarga untuk menerima berita sebegini,” kongsinya.
“Terdiam dengar apa dikongsikan oleh doktor. Berat nak tandatangan borang kebenaran tapi terpaksa. Kalau ini jalan terbaik dan mungkin yang terakhir,” katanya dalam keadaan sedih di akaun Tik Toknya, @ziahzara15.
Dalam pada itu, dirinya turut memaklumkan kakaknya itu masih mampu bertahan (membawa anak dalam kandungan) sekali pun dalam keadaan bed ridden, kecederaan otak yang teruk, patah tulang belakang, rusuk, muka, rahang, tak boleh bercakap, tak boleh respon walau pun mengangguk, separuh sedar hanya mata terbuka tapi besar kemungkinan kakak tak dapat melihat.
Hanya air matanya saja yang mengalir memberikan isyarat dirinya alami penderitaan ini,” katanya yang memaklumkan semuanya terjadi atas izin Allah taala.
Masa yang sama, Fauziah turut memaklumkan kali ini hatinya cukup berat untuk melepaskan kakaknya itu di wad memandangkan kakaknya adalah pesakit berisiko tinggi.Malah pembedahan akan dilakukan dengan bius sepenuhnya.
Kongsinya, “Ya Allah, kenapa berat hati nak lepaskan kakak kali ini. Rasa macam kali terakhir bersama kakak,” katanya yang membuat emoji menangis.
Bersamalah kita mendoakan agar pembedahan yang bakal berlaku ini dalam masa terdekat berjalan lancar dan semoga ia berakhir dengan berita gembira.
Haram sambut Valentine’s Day, tiada hari tertentu dalam islam untuk zahirkan kasih sayang,’ jelas Ustazah Asma’ Harun.
14 Februari ialah tarikh yang cukup sinonim dengan Hari Kekasih. Namun, kita dilarang untuk menyambutnya kerana ia ditegah di sisi agama Islam tidak kiralah apa jua alasannya.
Oleh itu, semoga tiada lagi umat islam yang menyambut Valentine’s Day setiap tahun.
Dulu hari kekasih atau “Valentine’s Day” selalu disambut oleh remaja melayu Islam dan perkara ini sangat membimbangkan kerana maksiat amat berleluasa pada hari tersebut.
Namun alhamdulillah semakin ramai yang faham dan sedar bahawa hari kekasih ini tiada manfaat untuk diraikan bahkan hanya mengundang kerosakan kepada generasi muda.
Maka kita mengharapkan agar sambutan ini langsung tidak disambut oleh umat Islam, Insyallah.
Kebiasaannya, pada setiap 14 Februari ramai pasangan kekasih akan menyambut hari Valentine dengan keluar bersama, sama ada pergi tengok wayang, makan malam, membuat kejutan hadiah dan lain-lain. Namun di sisi Islam hukum meraikan hari kekasih adalah haram walau dengan apa jua cara sekali pun.
Dari sudut fiqh ia haram kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, sama ada di tempat terbuka mahupun tertutup dan saling bermesraan antara satu sama lain.
Ia merupakan budaya bukan Islam yang menyimpang jauh dari landasan sebenar sehingga menjadi sebab berlakunya zina dengan banyak.
Zina merupakan perbuatan keji dan terkutuk di dalam Islam kerana ia merosakkan kehidupan dari sudut keturunan, menjatuhkan maruah dan mendorong kepada gejala sosial yang buruk. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Surah al-Isra’: 32)
Perbuatan zina termasuk dalam kategori dosa besar seperti yang disebutkan di dalam sebuat hadis daripada Abdullah r.a., beliau berkata:
Maksudnya:
“Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Dosa apakah yang paling besar? Baginda menjawab: Engkau menjadikan tandingan atau sekutu bagi Allah, sedangkan Dia telah menciptakanmu.
Aku bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: Membunuh anakmu kerana takut dia akan makan bersamamu.” Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab lagi: Kamu berzina dengan isteri jiranmu.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang apa itu Valentine’s Day, mari sama-sama kita bacakan asal-usul sambutan ini dalam masyarakat bukan Islam.
SEJARAH VALENTINE DAY ATAU HARI KEKASIH
Santo Valentine ialah nama seorang paderi yang dianggap pelindung bagi golongan yang sedang mabuk bercinta. Maharaja Claudius melarang pemuda-pemuda bujang dari berkahwin.
Dia menganggap tentera yang masih bujang jauh lebih berprestasi berbanding yang sudah berkahwin. Perkara ini ditentang oleh Valentino dan tanpa pengetahuan Maharaja Clausdius, beliau telah mengahwinkan pasangan pemuda-pemudi.
Valentino telah dihukum pancung di Rome pada 14 Februari 270M dan dikebumikan di tepi jalan Flaminia. Dia dihukum mati kerana melanggar perintah yang dibuat oleh Maharaja Claudius II Gothicus.
Pada tahun 496M, pihak Vatican yang diketuai oleh Paus Glasisus I telah menjadikan kisah ini sebagai satu perayaan dengan nama St.Valentine’s Day sebagai menghormati Santo Valentino yang dirayakan pada setiap 14 Februari.
Daripada Ibnu Umar r.anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dalam kalangan mereka.”
(HR Abu Daud, hadis sahih)
Dalam Islam setiap hari adalah hari kasih sayang buat kita semua, sama ada suami isteri, ibu bapa kepada anak, anak kepada ibu bapa, saudara mara, jiran tetangga dan seluruh manusia secara amnya kerana tidak ada hari-hari tertentu untuk berkasih sayang.
Islam sama sekali tidak melarang kita semua untuk menzahirkan kasih sayang, namun tidak ada jalan yang terbaik untuk ia direalisasikan kecuali melalui perkahwinan sepertimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.anhuma dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
لَمْ نَرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ
Maksudnya: “Kami belum pernah melihat dua orang yang bercinta sebagaimana orang yang menikah.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Haram bagi umat Islam menyambut “Valentine’s Day” atau hari kekasih kerana ia merupakan budaya bukan Islam yang mengundang maksiat zina.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 pada 22-24 November 2005 menyatakan bahawa hukum orang Islam menyambut Valentine’s Day adalah haram kerana tidak ada hari tertentu di dalam Islam untuk menzahirkan kasih sayang dan memutuskan bahawa Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Ketahuilah badan kita bukanlah robot yang bekerja 24 jam tanpa berehat. Badan juga perlukan rehat yang secukupnya sebelum kembali cergas untuk bekerja.
Jangan nanti disebakan tidak cukup rehat membuatkan kita terlantar sakit.
Namun begitu perkongsian dari Pencetus Ummah Amin di laman Instagram menasihatkan jika badan terasa bisa-bisa, sakit dan lenguh segerelah berjumpa dengan doktor.
Menurutnya carilah ubat yang sesuai, makan dan berikhtiar.
Selain itu, PU Amin turut berkongsi amalan atau doa boleh diamalkan jika mengalami situasi begini.
Baca ayat ini dan tepuk perlahan-lahan pada bahagian yang sakit dan bisa. Niatkan dalam hati agar Allah sembuhkannya dan hindarkan dari segala penyakit.
Insya-Allah dengan izinNya akan sembuh. Hanya Allah Maha Menyembuhkan segala penyakit.
Jadi bagi mereka yang ada mengalami badan sakit, bolehlah berbuat demikian kerana kita yakin hanya dengan izin Allah masalah ini dapat diatasi.
“Kadang tension juga bila badan rasa bisa bisa , sakit , lenguh dan sebagainya, sampai semua kerja jadi susah. Jangan lupa jumpa doktor, ambil nasihat pakar , cari ubat yang sesuai, makan dan ikhtiar.
“Dalam masa sama Imam Nawawi dalam Al Azkar sebut baca ayat ini dan tepuk perlahan pada bahagian yang sakit dan bisa. Boleh buat pada orang lain juga.
“Inshaallah sembuh. Ramai DM tanya ada ke cara nya bila sakit, jadi saya share kan ya. Kongsikan pada yang lain, moga ada manfaat..
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.