“Pernah Hantar Makanan Pada Saya Ramadan Lalu” – Tok Ti Mohon Orang Ramai Bantu Balu Mangsa Pemandu Mabuk!

Share

Viral minggu ini apabila seorang rider penghantar makanan yang maut dilanggar pemandu mabuk.

Dalam kejadian pada 1.30 pagi kelmarin, mangsa Mohamed Zaili, 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah di kepala, selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.

Dalam pada itu, isteri kepada Allahyarham, Zahlawati Zahlan sangat terkesan dengan peristiwa itu. Bukan sahaja dia kehilangan suami, tetapi juga kehilangan dahan tempat bergantung.

Malah dalam satu laporan, dikatakan arwah suaminya melakukan pelbagai kerja untuk menampung keperluan keluarga sejak perlaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Ramai turut bersimpati dengan nasib dialami isteri mangsa dan salah seorang adalah penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza meluahkan rasa simpati ini dalam instastorynya dan beliau sangat bersedih dengan nasib yang menimpa keluarga Zahlawati atau dipanggil Yatie.

Menurutnya juga, Yatie adalah seorang pengusaha makanan dan beliau sempat membuat review makanan semasa Ramadan lalu.

 

Dalam posting berkenaan juga, Siti atau mesra dipanggil Tok Ti turut mengajak orang ramai supaya tampil membantu Zahlawati dengan memberikan sumbangan terus ke akaun banknya.

Kredit Foto: Instagram CTDK

IKLAN